#TRUST_DEFICIT KINI MENAMPAKKAN KESAN.

#SUDAH lama sejak #KERAMITA mengambilalih kuasa dari Kerajaan PH, seawal 16 March saya sudah menulis mengenai Trust Deficit. Kebimbangan saya tentang kesan negatif kepada ekonomi akibat Trust Deficit menjadi nyata.


Sektor yang paling terkesan ialah Foreign Direct Investment (FDI) kerana Trust Deficit akan menyebabkan pelabur gusar dan tidak berani melabur di Malaysia. Q1 2019 di era PH FDI meningkat ke rekod RM193.88 billion manakala di era PN dan ekonomi pandemic Q1 2020 FDI merudum kepada hanya 6.37 billion.

Semalam, 18 Julai 2020 Bekas Menteri Kewangan II, DS Johari Ghani dilapurkan berkata :
"KERAJAAN yang tidak stabil akan menyukarkan Malaysia menarik pelaburan asing terutama ketika semua negara serantau agresif cuba memulihkan ekonomi yang terjejas akibat Covid-19".
Saya siarkan komentar dari Sdr
Gino Marvela yang menjelaskan lebih terperinci dan pengalaman bagi mereka yang terlibat dalam usaha membawa masuk FDI. Keadaan ini hanya boleh dipulihkan jika PH menang di Snap Election atau PRU15 nanti.
Sehingga itu....bersedialah berjimat atau mengikat perut anda jika kesannya menyebabkan keadaan ekonomi lebih parah, negara tiada industri baharu dan rakyat hilang peluang pekerjaan.
Wallahualam.
- Zus Din
19 Julai 2020
***********************************
#TRUST_DEFICIT CABARAN UTAMA BAWA MASUK FDI
Kebanyakan pelabur yang kami jumpa mmg terlalu takut untuk masuk ke Malaysia di sebabkan terlampau banyak sandiwara di bahagian pentadbiran kerajaan. Semasa PH memerintah, keyakinan pelabur untuk masuk ke Malaysia semakin pulih berdasarkan kriteria pendakwaan kes besar di mahkamah. Walaupun proses pendakwaan dan penghakiman itu lewat, para pelabur ini semakin mempercayai pentadbiran selepas era kleptokrasi.
Kini, suasana politik berubah. Pelabur ini hilang keyakinan sepenuhnya berdasarkan dasar-dasar pentadbiran tebuk atap. Mereka risau akan banyak skandal korupsi mega di lepaskan melalui judiciary dan kes Anifah Aman dah di buktikan keakuan tersebut. Dasar yang berubah setiap minit, pentadbiran yang tidak stabil dan ini tidak termasuk beberapa masalah lama yang berlaku sewaktu kleptokrasi memerintah sebelum PRU14 kini kembali mengikat.
Hasilnya Malaysia pada ketika ini, terpaksa berhadapan dengan situasi kehilangan kepercayaan pelabur. Mereka lebih gemar letakkan wang mereka di Singapore, Indonesia dan Thailand.
Kami sendiri terpaksa lakukan banyak kerja. Saat pelabur lari, kami juga bergantung hidup pada sebahagian pelabur ini. Mereka si pelabur ini terlalu gusar akan duit miliknya. Masakan tidak, jika bawa wang pada skala besar ke dalam negara si pelabur asing ini berkata, "Duit aku pasti kena beku/hilang di tangan Kerajaan Kleptokrasi". Akhirnya bagi cuba untuk tidak mempercayai berita negatif tersebut, bawa masuk sedikit sebagai trial & error pun benar-benar hilang. Alasannya dokumen tak lengkap dan wang dari luar negara tidak dapat disahkan?
Situasi di Singapore berlainan sedikit, untuk bawa masuk pelabur ada 2 proses utama. Perlu report ke bahagian perbankan & satu lagi di bahagian Monetary. Mereka kan tanya wang untuk apa, projek apa. Cukup dokumen dan laporan ke pihak berwajib, mereka hanya kenakan cukai terhadap wang pelabur.
Di sini timbangtara antara 2 pihak buleh berlaku. Jika lapuran di pihak bawahan saja tak cukup & tak lepas...mereka ada mekanisma selepas lulus berapa hari buleh clear, jika tak lulus apa proses seterusnya. Pada tahap ini wang pelabur TAK HILANG! Pelabur buleh tarik pada bila-bila masa sekiranya ada masalah dan kembali masuk sekali lagi. Asalkan cukup sumber dokumen dan aspek, hanya cukai di kenakan kepada pelabur dan mereka akan jaga pelabur sebaiknya.
Bezanya situasi Singapore dan Malaysia sangat jauh bezanya. Masuk ja duit melalui BNM, dokumen tambahan tak cukup ja mereka akan kata ini wang daripengganas untuk melobi! Padahal pelabur yang sama itu jugalah pernah berurusan dengan Muhyiddin, Assmin, Hishamuddin, Najib dan Mahathir itu sendiri. Dah beku @ tersangkut, hantar ejen luar kata nak membantu proses lepaskan cuma perlu bayar persen. Inilah masalah Malaysia...
#TRUST_DEFICIT berada di tahap skala paling teruk dan mungkin lebih teruk berbanding di bawah tangan Najib suatu ketika dahulu. Cuma kerajaan tebuk atap ini cuba menukarkan persepsi negatif dan tidak berjaya. Kerna dasar-dasarnya masih tidak berubah dan perangai kleptokrasi masih di bawa hingga ke hari ini.
Indoneasia pula lain caranya, mereka memang tagih pelaburan asing bagi membantu ekonomi apatah lagi untuk membangunkan wilayah Kalimantan. Prosesnya cuba dipermudahkan sebaik mungkin agar win-win situation buleh berlaku. Thailand pula semakin cuba meniru keadaan Singapore. Malangnya Malaysia pula semakin menghampiri teknik seperti Cuba, Afrika & sebagaian negara bermasalah sepertimana negara Latin.
Malaysia hanya cuba berubah melalui air liur, tapi tindakannya bukan seperti di gambarkan. Akhirnya para pelabur kini benar-benar lari dari Malaysia dan lebih suka melabur di negara jiran yang lebih selamat wangnya. Adanya masalah seperti dokumen atau apa-apa isu rasional, kerajaan mereka bukan bertindak sebagai polis yang menahan wang setiap para pelabur itu sebaliknya dengan mempermudahkan mereka...kerajaan di negara jiran kita tahu di mana sumber perolehan yang seharusnya mereka perolehi. Kita pula dengan dasarnya yang berubah setiap menteri tebuk atap buka suara, negara cuba makan cukai dari mereka...anai-anai di bawahnya pula tidak kurang gelojohnya untuk mengenakan cukai bawah meja.
Banyak lagi faktor nak cakap. Tapi cukup sekadar dua tiga butir informasi kecil di sini.
Terima kasih.




No comments: