Amanah Perak sambut baik jelajah ‘Bersatu Blackout’
Dr Muhaimin Sulam
Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak menyambut baik hasrat menganjurkan Perhimpunan ‘Blackout BERSATU’ di negeri Kedah baru-baru ini dan mengalu-alukan jika turut untuk mengadakannya di negeri Perak serta menurunkan Tun Dr Mahathir Mohamed bertemu penyokongnya adalah tepat.
Penganjuran di Kedah adalah satu mesej jelas bahawa keupayaan penyokong Tun Mahathir untuk hadir memberikan sokongan kepada Kumpulan atas nama ‘Blackout BERSATU’ yang lahir daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kini bangkit membetulkan kembali parti tersebut di landasan yang sebenar.
AMANAH Perak bersedia membantu penyokong ‘Blackout BERSATU’ ini untuk sama-sama dengan matlamat yang satu agar dikembalikan mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu dan menolak pengkhianatan yang dilakukan atas nama Perikatan Nasional (PN) bersama Tun Mahathir.
AMANAH Perak juga yakin jika penganjuran perhimpunan tersebut diadakan di Perak khasnya, akan ramai penyokong ‘Blackout BERSATU’ bersama Tun Mahathir akan menunjukkan sokongan mereka agar tuntutan bersama ini akan mencapai matlamat dan mengambalikan semula mandat rakyat tercapai.
______________________________________________________________________________
Penulis merupakan Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak