PRK Slim: Kita lihat bagaimana Umno layan Pas dan Peja

PRK Slim: Kita lihat bagaimana Umno layan Pas dan Peja

Pemuda AMANAH Negeri Perak mengucapkan tahniah kepada Gabungan Mahasiswa Semalaysia (GAMIS) atas keberanian mereka menongkah arus menyatakan pendirian mereka agar Umno memandang serta menghargai Pas khususnya. Keberanian ini merupakan satu usaha yang terpuji agar Pas serta Bersatu dihargai dalam gabungan Perikatan Nasional.
Kami melihat pandangan itu adalah cabaran kepada Umno untuk melihat sejauh mana komitmen mereka kepada kerjasama Perikatan Nasional walaupun kita tahu Umno tidak akan sekali-kali beralah dengan rakan parti Perikatan Nasional untuk kerusi-kerusi mereka ini lebih-lebih lagi kerusi DUN Slim yang menjadi kerusi tradisi menang bagi Umno dan BN.
Dan ini terbukti melalui kenyataan terbaru daripada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datok Tajudin Abd Rahman yang jelas tidak akan melepaskan kerusi itu kepada sesiapa dan mahu Umno yang bertanding. Dan ini adalah manifestasi bagaimana mereka melayan permintaan-permintaan rakan parti mereka untuk PRU akan datang.
Bagi kami, mereka hanya akan memendam rasa tidak puas hati itu dan masing-masing akan mencurigai keikhlasan antara satu sama lain dalam siri-siri rundingan mereka sehinggalah ke PRU akan datang.
Di sini juga kita akan lihat bagaimana kekuatan Datuk Faizal Azumu sebagai Menteri Besar dan bagaimana layanan Umno kepadanya.
Kita yakin, dia akan mengalah atau hilang sokongan dalam DUN nanti?
KHAIROL NAJIB HASHIM
Ketua Pemuda AMANAH Perak
merangkap Ketua AMANAH Kawasan Tanjung Malim


No comments: