Bangsa Melayu istimewa masuk Syurga?
Dalam hidup ini jika kita berduit kita kena bantu yang memerlukan, jika kita berilmu kita ajar pada mereka yang memerlukan. Jika kita hanya fikir kita… barangkali Islam itu pun kita tak kenal.
Orang yang berduit jangan sombong.. rezeki yang ada itu Tuhan suruh kongsi sedikit dengan yang memerlukan. Yang berilmu ajar pada orang-orang kampung supaya mereka tidak mudah ditipu. Yang beragama… ajar kepada yang kurang beragama bukannya menyesatkan orang, kafirkan orang dan letakkan syurga macam milik nenek mu.
Ada rakan bertanya kenapa saya musuhi parti Melayu tu? Jawapan saya kerana tidak boleh terima alasan Melayu boleh makan rasuah kerana darurat. Covid-19 ini pun tak sampai darurat. Setakat nak projek kata darurat…gila ke apa. Mazhab apa yang ajar Melayu jadi begitu.
Ada kawan kata dia tahu Najib itu merompak wang 1MDB tapi ada jasa Najib yang dia tak pedulikan kemungkaran itu. Ightifar saya dalam hati apa jenis pemikiran ini. Banduan-banduan yang di dalam penjara itu pun ada kebaikkan yang dia lakukan.
Pernah dgr cerita anak muda yang duduk di tepi sungai dalam kelaparan tiba-tiba termampak buah epal hanyut lalu dimakan. Selepas separuh buah tersebut di makan, tiba-tiba dia teringat pesanan Rasulullah adalah haram memakan buah yang bukan milik kita.
Akhirnya dia menyusuri sungai tersebut sehingga berjumpa dgn kebun epal di tepi sungai. Lalu dia bertanya kpd pemilik tersebut dan memberitahu dia telah termakan epal yang hanyut di sungai.
Lalu pemuda itu berikan epal yang telah separuh dimakan utk dipulangkan kpd pemilik Epal tersebut. Katanya dia memohon maaf separuh epal yang telah dimakan dan minta dihalalkan.
Pemilik ladang epal itu tidak mahu memaafkannya kecuali jika dia bersetuju berkahwin dgn anaknya yg cacat. Lelaki itu tiada pilihan kerana pemilik ladang epal itu berkata jika dia tidak mahu berkahwin dgn anaknya yang pekak, bisu, buta dan lumpuh itu dosanya akn dipertanggungjawab di hadapan Allah.
Lalu malam itu juga pemuda itu bernikah dan alangkah terkejut apabila melihat isterinya itu sgt cantik, tidak pekak, tidak buta dan tidak lumpuh hingga dia keluar bilik takut tersilap org.
Pemuda itu bertanya adakah benar itu isterinya. Pemilik Epal yg beriman itu memberitahu benar. Dia memilih pemuda itu kerana dia mahu mencari org yg soleh. Jika hanya separuh epal dimakan lalu sanggup mencari jauh pemilik epal ini utk memohon maaf apatah lagi jika amanah yg lebih besar.
Hasil perkahwinan anak muda ini lahirlah Imam Abu Hanifah. Lahir dari kedua ibu bapa yg mulia. Begitu juga jika kita mengikuti kisah Umar Al Khattab. Masih ingat kisah ibu dan anak perempuannya penjual susu.
Ibunya mahu susu dicampur air tetapi anaknya tidak mahu kerana takut dgn Allah. Umar yg ketika sdg meronda tgh malam mendengar perbualan itu terus memberitahu anak2 nya tentang kebaikkan perempuan tersebut.
Lalu anak bongsunya Ashim yg masih belum berkahwin bersetuju menikahi wanita amanah itu. Hasil perkahwinan tersebut lahirlah insan yg hebat iaitu S. Umar Abdul Aziz.
Terlalu byk kisah amanah telah diceritakan dari para Nabi dan sahabat2. Jika ibu bapa soleh Insyallah akn dpt anak yg solehah.
Jadi saya hairan bagaimana umat Melayu boleh meredhai begitu sahaja wang rakyat berbillion billion dicuri. Kenapa org Melayu tidak terkesan? Sebab itu saya katakan budaya rasuah yg dibenci Islam ini mesti diperangi sepertimana takut dan bencinya umat Melayu kpd babi, Cina, anjing dan Rohingnya.
Adakah di sisi Allah Taala esok pengadilannya Melayu yg mencuri tidak mengapa dan terus dimasukkan ke syurga? Kenapa Melayu mudah sgt dipermainkan emosi mereka. Ini zaman edan bukan lagi zaman Parameswara yg sumber maklumat sgt mudah diperolehi.
Kita sebagai Islam wajib memilih pemimpin yg amanah dan adil. Pemimpin yg jahat apabila dia tidak amanah dia menipu rakyatnya dan akhirnya membinasakan rakyat.
Ingat dosa org yg tidak amanah bukan semudah memohon ampun begitu sahaja kerana dia terpaksa menjawab kpd Allah dan rakyat wang yg dicurinya itu. Jgn ingat dgn wang rasuah pergi Umrah diampunkan begitu saja. Jika rakyat tak ampunkan bagaimana???
Lihatlah Melayu ada pemimpin wang sejuta hanya duit poketnya sahaja. Percayalah tidak akn kaya raya seorang ahli politik jika dia pemimpin yg amanah.
Percayalah jika kita tidak ada perasaan benci kpd pemimpin yg makan rasuah bermakna kita tak hayati apa yg diminta Allah dan Rasulullah. Bermakna kita juga sudah tertipu dgn politikus usang itu. Mana ada manusia di dunia yg boleh menerima pencuri malah diagung agungkan…Cukup2 lah ini zaman edan.