RAKYAT KENA

AKHIRNYA YANG DIPERKIRA ADALAH KEHILANGAN SEMENTARA PENDAPATAN KAPITALIS BESAR, SEDANG PENIAGA DAN PEMILIK FIRMA KECIL, BIARKAN SAHAJA MEREKA RUGI DAN GULUNG TIKAR.

Bagi peniaga kecil dan pemilik firma kecil, bukanlah mudah untuk mendapat pinjaman kenderaan atau perumahan. Bertungkus-lumus mereka menstabilkan penyata kewangan mereka yang tidak banyak itu untuk memohon sesuatu pinjaman, yelah, kerja sendiri bukan berpendapatan tetap, mereka bukanlah pemakan gaji yang masih tersenyum lebar di saat dikurung sebegini.

Bila berlaku keadaan seperti Perintah Kawalan Pergerakan, mereka hilang seratus-peratus pendapatan, firma-firma kecil tidak boleh mengutip fee dari klien-klien mereka, bahkan pejabat mereka juga ditutup. Yang bekerja sendiri dengan pendapatan melebihi B40 tetapi tidak pula sampai ke tahap dicukai kerana pelepasan-pelepasan yang mereka ada lagi terseksa. Mengharap bantuan prihatin nasional yang seribu itu pun sampai sekarang berstatus Dalam Proses, apalagi mahu bermimpi dengan geran RM3,000 seperti yang dijanjikan, sampai ke sudah nampaknya air liur terus meleleh.

Makin deritalah nampaknya dengan pengumuman terbaru dari Bank Negara ini. Kalau pada 25 Mac, moritarium 6 bulan untuk pinjaman kenderaan dan perumahan adalah automatik, hanya yang mahu terus membayar sahaja perlu menghubungi bank, hari ini sudah jadi terbalik. Peminjam perlu membalas pesanan mesej pihak Bank dengan membekalkan maklumat-maklumat tertentu. Kegagalan berbuat demikian dianggap sebagai mahu terus membayar. Kalau berlaku ketidaksedaran akan pesanan mesej tersebut dan peminjam tidak membayar untuk 6 bulan seterusnya, ia akan dianggap keingkaran, yang akan mewujudkan penalti lewat bayar dan kemungkinan kereta ditarik atau rumah disita! Ini sudah bukan bernama moritarium automatik namanya. Makcik Kiah telah ditipu hidup-hidup. Belum lagi dengan kadar faedah dan kadar keuntungan yang terus berjalan selama tempoh 6 bulan ini, padahal pengumuman bank sebelum ini seperti contoh di bawah menyatakan dengan jelas bahawa kadar faedah dan kadar keuntungan juga diberi moritarium 6 bulan untuk pinjaman kenderaan.

Maka benarlah kata Azalina Othman Said bahawa Menteri Kewangan kita wakil bank, bukannya wakil rakyat. Jadi dia bercakap bagi pihak bank, bukan bagi pihak rakyat. Bahkan tulisan kawan-kawan saya yang lalu di dinding facebook saya, kawan-kawan yang bukan ahli politik, ada setengahnya yang makan gaji dengan bank pun, mempersoalkan perkembangan terbaru ini. Bank tidak boleh rugi sekejap, alasan basi adalah untuk memastikan operasi tidak terganggu, padahal pada masa yang sama, operasi peniaga dan pemilik firma kecil sedang terganggu teruk, ditambah lagi dengan perubahan terbaru ini. Biarlah nanti peniaga dan pemilik firma kecil kehilangan kereta dan rumah mereka, jangan pemilik bank kena menukar kereta dari Mercedes kepada BMW.

Zukri Aksah
Zukri Aksah Consulting :: Certified Company Secretary

#covid19 #covid19malaysia #kitajagakita
#perintahkawalanpergerakan #dudukrumah
#stayathome #staysafe #pray4malaysia
#StayIn #mco #movementcontrolorder
#akukeadilan #kamikeadilan #neoreformia
#keadilan21tahun #lawantetaplawan
Anwar Ibrahim Dr Wan Azizah Wan Ismail
Parti Keadilan Rakyat Parti Keadilan Rakyat
Pakatan Harapan Tengku Zafrul Kementerian Kewangan Malaysia Bank Negara Malaysia | Central Bank of Malaysia (Official)

No comments: