1. Hal moratorium ni, awal hari tu Bank Negara cakap automatik. Siapa yang tak mahu kena opt out atau isi borang atau reply SMS yang bank hantar.
2. Tup tup tup, hari ni Bank Negara umum benda dah terbalik. Siapa nak moratorium, kena bagitau bank untuk opt in. Benda ni efektik1 Mei 2020.
3. Ya, 1 Mei 2020 ialah esok.
4. Esok adalah cuti Hari Pekerja. Kot lah kau lupa sebab dah lama duduk rumah masa PKP ni kan.
5. Esok juga Jumaat, tapi tiada solat Jumaat.
6. Serentak dengan U-turn of the year ini juga, kita dimaklumkan bahawa pinjaman sewa beli kenderaan dan pembiayaan peribadi Islamik kadar tetap akan dikenakan faedah tambahan untuk moratorium selama 6 bulan.
7. Kah kah kah, Islamik my ass.
8. Maknanya, selain pinjaman engkau extended 6 bulan selepas moratorium, bayaran ansuran kau juga boleh bertambah kerana ada tambahan faedah tadi.
9. Oleh itu, kita diberi dua pilihan mudah selepas habis moratorium nanti.
9.i. Bayar segedebuk semua ansuran bulanan kau pada bulan Oktober 2020 nanti (7 bulan semuanya).
9.ii. Bayar je ansuran bulanan macam biasa mulai Oktober 2020, tapi ansuran kau tu bertambah jumlahnya dan sambung lagi 6 bulan.
10. Kalau tak mahu faedah tambahan, jangan ambil moratorium.
11. Rumusan dia macam mana? Mudah je, orang miskin kena bayar lebih kemudian hari sebab sekarang tak mampu. Orang kaya, bayar je macam biasa. Bak kata Azmin Ali, kesian.
12. Benda ni memang complicated, dan orang yang tak ada financial atau banking background akan pening kepala.
13. Macam Mak Cik Kiah, dia mungkin susah nak faham. Jadi laki dia yang kerja bawa Grab tengah seronoklah tak payah bayar loan kereta 6 bulan, tapi sebenarnya nanti kena bayar lebih. Harap anak dia yang belajar universiti dan tak payah bayar pinjaman PTPTN tu tolong explain baik-baiklah pada orang tua dia.
Sekian.
P/S: Jadi RM250 bilion tu macam mana? Macam aku cakaplah, habuk pun tarak.