PN pecah menjelang PRU 15?
Oleh: Subra Mani
Komponen haram Perikatan Nasional (PN) pasti akan menghadapi masalah agihan kerusi Parlimen di Semenanjung, begitu juga dengan kerusi DUN menjelang PRU-15.
Jumlah kerusi Parlimen sekarang :-
Semenanjung 165 kerusi
Sarawak 31 kerusi
Sabah 25 kerusi
WP Labuan 1 kerusi.
Sarawak 31 kerusi
Sabah 25 kerusi
WP Labuan 1 kerusi.
Jumlah: 222 kerusi Parlimen.
Manakala kerusi DUN:
Di Semenanjung dan Sabah sebanyak 505 kerusi DUN,
Sarawak sebanyak 82 DUN.
Sarawak sebanyak 82 DUN.
Dalam PRU-14, PAS bertanding 154 kerusi Parlimen (mahu menjadi king maker) dan 386 kerusi DUN.
Manakala BN pula bertanding semua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN.
PPBM iaitu janda PH pula bertanding 52 kerusi Parlimen dan 109 kerusi DUN semasa dalam Pakatan Harapan (PH) dalam PRU-14.
Bayangkan bagaimana agihan kerusi antara BN/PAS/PPBM termasuk geng kartel untuk menghadapi PRU-15. Jawapannya BN dan PAS tidak semudah itu untuk menyerahkan kerusi tradisi yang mereka bertanding kepada PPBM.
Bagi PH (PKR/DAP/AMNH) tiada masalah kerana formula agihan dalam PRU-14 akan digunapakai dalam PRU-15, cuma kerusi Parlimen yang ditinggalkan oleh PPBM sebanyak 52 kerusi (majoriti Melayu) akan diagihkan semula antara PKR/AMANAH.
Bagi Kerusi DUN sebanyak 109 yang ditinggalkan oleh PPBM juga akan diagihkan antara PKR/AMANAH. Mungkin dalam PH akan berlaku pertukaran kerusi antara DAP/PKR terutamanya di kawasan campuran.
Masalah tidak akan berlaku dalam PH, tetapi dalam agihan komponen PN pasti dan nyata akan berlaku pergaduhan. Apakah PAS dan BN sanggup berkorban untuk diberi kawasan tradisi mereka kepada PPBM?
Mungkin PPBM dan geng kartel hanya diberi sekadar kerusi kepada penyandang MP/ADUN yang melompat sahaja. Lain-lain pemimpin PPBM yang bukan penyandang agak berat untuk BN/PAS beri peluang bertanding.
Ketika inilah, baru PPBM tahu siapa kawan dan siapa musuh. Ketika menjatuhkan PH semuanya indah belaka. Apabila sudah berkahwin dalam PN Baru mengenali pasangan masing-masing, siapa jujur dan siapa yang tamak haloba.
Oleh itu, TS Muhyiddin hendaklah mengkaji balik pembelotannya dan kembali bersama PH kerana sejarah telah membuktikan PAS serta BN tidak akan memberi ruang kepada PPBM untuk menjadi parti dominan.
Ayuh TS Muhyiddin, jangan fikirkan jawatan PM kerana anda sendiri tidak selamat. Kembali bertaut bersama Tun Mahathir TETAPI jangan sekali-kali membawa Azmin / Zuraida kerana majoriti ahli PKR telah menolak geng kartel dan bila sebut saja nama Azmin dan Zuraida mereka nak muntah kerana keduanya adalah pengkhianat.
“Jangan beri peluang Azmin dilantik sebagai TPM mahu pun PM kerana inilah manusia yang tidak sedar diri apabila berjawatan angkuh dan sombong serta biadap kepada DSAI”.