MENUNGGU SIASATAN ROS STATUS HALAL HARAM PN



Berikutan kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan yang menyebut Perikatan Nasional atau PN bukan sebuah entiti politik yang berdaftar, ramai yang tidak ragu-ragu menganggap gabungan kerajaan itu adalah sebuah pertubuhan yang haram.
Blog ini dalam artikelnya semalam adalah antara yang terawal mengungkap persoalan tersebut serta mempertikaikan mengapa setelah hampir dua bulan menjadi kerajaan, tetapi PN masih tidak didaftarkan.
Hari ini, susulan kedudukan PN sebagai pertubuhan haram itu sudah menjadi perbualan yang merata, telah ada individu tampil membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan.
Salinan laporan tersebut adalah seperti di bawah ini:-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
25 April 2020
Kepada
Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
Aras 8 & 9, Block D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Perseketuan
42546, Putrajaya.
ADUAN BERKAITAN SEBUAH ‘PERTUBUHAN’ YANG DISYAKI BERGERAK SECARA HARAM.
1. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sejak 1 Mac 2020, terdapat satu pertubuhan atau perikatan politik yang disyaki ‘haram’ telah beroperasi dalam negara Malaysia.
3. Pertubuhan / perikatan politik tersebut dikenali sebagai ‘Perikatan Nasional’, yang kononnya merupakan sebuah perikatan antara beberapa parti politik yang telah bertindak membentuk sebuah kerajaan ‘tebuk atap’ pada awal Mac yang lalu.
4. Maklumat berkaitan Perikatan Nasional adalah sebuah pertubuhan haram diperkuatkan oleh Timbalan Presiden UMNO yang mengesahkan bahawa Perikatan Nasional tidak pernah berdaftar seperti Barisan Nasional.
5. Pihak JPPM perlu bertindak tegas atas pertubuhan haram ini, kerana sudah ramai rakyat yang terpedaya dan ditakuti akan diikuti oleh rakyat dengan menjalankan aktiviti atas nama pertubuhan yang tidak didaftar ataupun pertubuhan haram.
6. Semoga aduan ini diambil perhatian sewajarnya dalam usaha menegakkan kedaulatan undang-undang di kalangan rakyat.
Saya yang melapor
RIDZWAN BIN ABU BAKAR
Rakyat Malaysia.
(surat ini akan dihantar kepada Ketua Pengarah JPPM pada hari isnin – ini merupakan salinan awam).
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selain laporan ini, difahamkan pelbagai pihak lain akan turut membuat laporan yang sama kepada RoS berhubung kedudukan PN selepas ini.
Meskipun PN sekarang adalah kerajaan serta Setiausaha Agung Bersatu lantikan Muhyiddin Yassin pula merupakan Menteri Dalam Negeri, tetapi RoS wajar menyiasat dan menentukan kedudukan gabungan itu dengan adil serta berdasarkan fakta.
RoS juga wajar menentukan status kerajaan sekarang sekiranya benar PN tidak pernah didaftarkan dan merupakan sebuah pertubuhan yang haram.
Sesungguhnya, kedudukan ini benar-benar memalukan kerana sudahlah membentuk kerajaan melalui tebuk atap, PN yang diwar-warkan sebagai gabungan baru pula bukan sebuah pertubuhan yang sah.
Oleh itu, penjelasan RoS adalah amat diperlukan. (ShahbudinHusin 27/04/2020)

No comments: