POLIS SERBU PONDOK BURUK DISANGKA TEMPAT MAKSIAT, ADA SEORANG TUA MENGEREKOT DI ATAS PANGKIN KAYU SAMBIL MENAHAN LAPAR


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri dan luar


Niat mahu menyerbu sebuah pondok buruk di hutan kecil berhampiran Damaisari, Wangsa Melawati, bertukar simpati apabila mendapati ia sebenarnya dihuni oleh seorang warga tua. Warga tua yang dikenali sebagai Muhammad Dris itu sudah mencecah 74 tahun, hanya mengenakan kain pelikat dan paling menyayat hati mengerekot di atas pangkin kayu sambil menahan lapar.
Jelas Timbalan Ketua Balai, Sarjan Jasman Aris, mereka masuk ke hutan kecil itu dengan niat mahu menyerbu pondok buruk yang mungkin dijadikan sarang maksiat tapi sangkaan kami meleset sama sekali.
“Tak sangka ada lagi orang yang terlalu daif sehingga terpaksa tinggal dalam keadaan serba daif di pondok buruk di dalam hutan, ” katanya.
Tersentuh dengan keadaan pak cik Muhammad, beberapa anggota polis terus membelikan makanan untuknya. Dia menangis apabila melihat jumlah makanan yang dibelikan. Menurut Jasman lagi, pak cik Muhammad tinggal di pondok buruk itu sejak 30 tahun lalu, ketika kawasan itu masih lagi sebuah estet getah.
“Dia tinggal sebatang kara dan tidak mahu menyusahkan orang lain. Katanya, dia hanya makan roti hasil sumbangan mereka yang tahu dia tinggal di situ,” katanya.
Anggota polis dari Balai Polis Wangsa Maju terus mengambil inisiatif memaklumkan keadaan pakcik Muhammad kepada Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan usaha untuk mendapatkan rumah yang lebih selesa sedang dijalankan.
Menurut posting terbaru Facebook Balai Polis Wangsa Maju, Baitulmal MAIWP akan menanggung kos pembinaan rumah pak cik berkenaan setelah dipersetujui beliau untuk dipindahkan.
Kredit twitter wanista.com



No comments: