MAT SABU DAKWA HADI BOHONG ISU ROHIYA



Setiap kali saya menghadiri mesyuarat di antara Menteri-Menteri pertahanan Asean ataupun di antara Negara-Negara di dalam Asean, Isu penindasan Umat Islam Rohingya selalu saya utarakan.
Isu rohingya ianya tanggungjawab dan masalah bersama untuk diselesaikan.
Ketika pertemuan bersama Setiausaha Pertahanan Amerika, Menteri Pertahanan UK, Perancis, Jerman, Australia, New Zealand, Russia, dan Menteri Pertahanan China saya sebagai Menteri Pertahanan Malaysia tegas menimbulkan isu Rohingya supaya jalan penyelesaian yang terbaik dicapai untuk menyelamatkan rakyat Rohingya yang dihalau keluar daripada tanah air mereka.
Begitu juga sewaktu bertemu dengan Menteri Pertahanan Qatar, Kami membincangkan supaya Qatar memainkan peranan lebih hebat, menghulurkan bantuan lebih tinggi kepada rakyat Rohingya khasnya mebantu hospital Cox’s Bazar yang telah Malaysia membuka field hospitalnya di situ.
Oleh itu jika Hadi Awang mengatakan bahawa kerajaan Pakatan Harapan tidak memperdulikan hal Rohingya adalah satu fitnah dan pembohongan yang cukup besar.
Terkini, agensi berita antarabangsa melaporkan bot pelarian Rohingya dihalau daripada Malaysia menyebabkan kemalangan jiwa hampir 30 org di perairan Malaysia berlaku semasa pemerintahan Perikatan Nasional yang Hadi Awang bersamanya.
Mengapa Hadi Awang sanggup berbohong di atas isu Rohingya sedangkan saya sebagai Menteri Pertahanan malaysia termasuk Tun Mahathir selaku Perdana Menteri amat lantang menyuarakan pembelaan terhadap Umat Islam Rohingya dan pelarian Rohingya secara amnya yang ditindas oleh kerajaan zalim Myanmar pimpinan Aung San Suu Kyi.
HJ MOHAMMAD SABU
Presiden,
Parti Amanah Negara.
28 April 2020.

No comments: