Manfaatkan kepesatan teknologi dengan adakan sidang Parlimen dalam talian


Oleh Langgak
Kepesatan teknologi ketika ini terutama dalam bidang IT membawa 1001 kebaikan kepada kehidupan seharian kita.
Ia mempertingkatkan keupayaan dalam mendepani permasalahan terutama pada masa krisis.
Sehubungan itu, kepesatan teknologi tersebut perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya terutama ketika dunia kini sedang menghadapi pandemik Covid-19. Parlimen Malaysia perlu perlu memainkan peranannya.
Sepertimana disebutkan sebelum ini, institusi itu perlu menjalankan tanggungjawabnya untuk meneliti usaha kerajaan dalam menangani  impak kesihatan awam dan ekonomi disebabkan wabak itu. 
Sebab itu wujud gesaan agar Dewan Rakyat meneroka kemungkinan mengadakan sidang Parlimen kecemasan secara dalam maya atau atas talian bagi membincangkan cara membendung penularan pandemik berkenaan dan kesannya ke atas ekonomi.
Maldives, walaupun antara negara terkecil di dunia, telah beralih kepada teknologi persidangan video untuk meneruskan sesi parlimennya ketika pandemik Covid-19, lapor Bernama.
Dikenali sebagai Majlis Rakyat, Parlimen Maldives yang terdiri 87 ahli parlimen, mengadakan sesi secara maya dengan bantuan Microsoft 365 termasuk Microsoft Teams.
Parlimen itu pertama kali menggunakan teknologi berkenaan pada Januari 2019. Susulan wabak Covid-19, Parlimen memutuskan menggunakan sepenuhnya Microsoft Teams untuk sesi bermula pada 30 Mac.
Malaysia juga perlu mengadakan sidang Parlimen dalam talian bagi menjayakan misi serampang dua mata untuk memerangi wabak Covid-19 dan menyelamatkan ekonomi negara pasca pandemik tersebut.
Oleh itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) dicadangkan proaktif dalam memastikan sidang Parlimen atas talian ini menjadi kenyataan.
Dengan adanya persidangan seumpama ini, sidang Parlimen dapat diadakan dengan lebih lama serta lebih banyak isu-isu penting dapat diketengahkan. Demi kehidupan rakyat, ekonomi negara dan masa depan Malaysia. 


No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

TUN M: SIAPA PENYANGAK?

   BOB KELANANG Tun M kata dia sedia kerjasama dengan PN di PRU ke 15. Asalkan tidak ada individu yang digelarnya “penyangak". Di...