Tun M rayu MPT Bersatu tidak paksanya mungkir janji dengan Anwar - Kadir Jasin


Tun M rayu MPT Bersatu tidak paksanya mungkir janji dengan Anwar - Kadir Jasin
Apa sahaja kerajaan yang bakal ditubuhkan oleh Dr Mahathir, yang pastinya kleptoktrat tidak akan berada dalam senarainya. - Gambar fail
















KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan
 sebagai Pengerusi Parti 
Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) selepas kecewa apabila
 majoriti ahli MPT parti itu
 lebih mendengar cakap Setiausaha Politiknya, dakwa 
Datuk A. Kadir Jasin.

Kadir juga mendedahkan apa yang berlaku ketika Mesyuarat 
MPT Bersatu yang 
berlangsung di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, Ahad lepas.
"Dalam mesyuarat tersebut, beliau menjelaskan mandat penuh 
yang diberikan oleh Majlis 
Presiden Pakatan Harapan kepadanya pada 21 Februari lalu.

"Beliau merayu kepada ahli MPT agar tidak memaksa beliau 
melanggar prinsip dan janji 
yang dibuat (menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar
 Ibrahim selepas Persidangan
 Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) November nanti),
"katanya dalam tulisan 
terbaharu di blognya.
Mengulas mengenai rayuan agar menarik balik peletakan jawatan
 yang dibuat oleh ahli 
MPT Bersatu dalam kunjungan tidak dirancang ke kediaman 
Dr Mahathir, Kadir
 menjelaskan Dr Mahathir tidak melihat rayuan itu sebagai
 perkara yang penting.

"Begitu sepatutnya. Ada banyak perkara penting lain yang 
memerlukan perhatian beliau.

"Ini termasuklah menguruskan ekonomi, menstabilkan pasaran,
 meneruskan cadangan
 pakej ransangan ekonomi, berunding dengan ketua-ketua 
penjawat awam dan berjumpa
 dengan parti-parti politik utama," katanya lagi.

Kadir turut mengulas tentang cakap-cakap mengenai kerajaan 
perpaduan yang mula
 heboh sehari dua ini.

Menurut beliau, apa sahaja kerajaan yang bakal ditubuhkan oleh
 Dr Mahathir, yang 
pastinya kleptoktrat tidak akan berada dalam senarainya.

“Apa juga kerajaan yang bakal diputuskan oleh Dr Mahathir,
 satu perkara yang pasti.
 Penjenayah, kleptokrat, OKT (orang kena tuduh) dan yang
 korup tidak dijemput.

“Ini telah beliau dijelaskan kepada partinya pada mesyuarat 
Ahad lalu.

“Kedaulatan undang-undang, perbicaraan berprofil tinggi dan
 agenda reformasi akan
 diteruskan,” katanya.

Pada Isnin, Dr Mahathir menyerahkan surat peletakan 
jawatannya sebagai perdana 
menteri kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Yang di Pertuan Agong menerima peletakan jawatan itu tetapi
 telah berkenan melantik 
Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim sementara menunggu
 pelantikan perdana 
menteri yang baharu.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, 
keputusan itu selaras
 Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Dr Mahathir juga melepaskan jawatannya sebagai pengerusi 
BERSATU selepas 
Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan 
parti berkenaan keluar
 dari Pakatan Harapan.



No comments: