KALAU DIBERI PILIHAN, SERAH SEMULA KEPADA RAKYAT ATAU NAIKKKAN KERAJAAN YANG BUKAN PILIHAN RAKYAT, MANA SATU PILIHAN KITA?



Semua tahu, kerajaan PH telah dipilih oleh rakyat di dalam PRU14 yang lalu. Waktu itu, hanya ada tiga parti besar yang bertanding, iaitu PH, Bn dan Pas.  Akhirnya, PH menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia. 

Kalaupun kerajaan PH yang dibentuk hasil dari PRU14 itu dilihat tidak mampu dan berupaya membela nasib rakyat, maka perlulah ditukar oleh rakyat mengikut proses demokrasi sepertimana biasa iaitu proses pilihanraya.

Hak rakyat harus dikembalikan kepada rakyat.  Amat malang sekali jika kerajaan yang dipilih oleh rakyat ini dikhianati apabila wakil rakyat mencaturkan sesama mereka untuk mewujudkan kerajaan baru tanpa pilihanraya.  Walaupun dari segi undang2 dibenarkan, namun dari segi moralnya adakah itu wajar?

Apa pun, kita di kalangan PH sebelum ini berjaya membuktikan PH telah menggunakan kaedah yg bermoral apabila membentuk kerajaan.  Kalau pun kerajaan ini tumbang tidak sampai dua tahun angkara pengkhianatan, kita patut bersyukur kerana kita tidak terlibat di dalam pengkhianatan itu.

Lebih bermaruah menjadi Pembangkang semula daripada berada di dalam kerajaan yang "mencuri dan mengkhianati" amanah dan kepercayaan rakyat.

WFAUZDIN NS