Rampasan kuasa gagal – Khalid Samad
Rampasan kuasa melalui penubuhan kerajaan ‘pintu belakang’ disahkan gagal.
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berkata pertemuan politik semalam tidak berjaya kerana PM Tun Dr Mahathir tidak ke Istana Negara
Beliau juga, katanya tidak menyertai berpuluh pemimpin politik di sebuah hotel di Petaling Jaya malam tadi dengan jangkaan pertukaran kerajaan diumumkan.
“Saya mahu membuat pengisytiharan ini adalah coup d’etat yang gagal. Usaha pintu belakang ini tidak akan berjaya melainkan jika Mahathir terlibat,” katanya dipetik FMT.