JAWAPAN MENTERI KEPADA PECACAI



Jawapan Tim Menteri kpd pencacai dan walaun pasmno yg selalu spin dan putar belit fakta..Terimalah hakikat yg pasmno mmg tdk mesra OKU,warga emas dan kanak2.. Penolakan Bajet Tambahan Utk golongan2 itu SAMALAH MEMBENCI GOLONGAN TERSEBUT..

INI JAWAPAN TIMBALAN MENTERI HANNAH YEOH:

Selepas saya membuat sidang media membacakan senarai nama Ahli Parlimen BN + PAS yang tidak menyokong peruntukan Kementerian kami, saya melihat ramai penyokong BN sibuk melakukan damage control apabila cuba mengalih perhatian umum dengan memainkan isu ketidakhadiran Ahli Parlimen PH di dalam Parlimen. Biar saya menjawab spin mereka:

(1) Kehadiran Ahli Parlimen Kerajaan + Pembangkang boleh dipertingkatkan. Kalau hendak mainkan isu senarai Ahli Parlimen yang tidak hadir pada malam itu - jangan kita lupa nama Najib Razak, Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein, Hadi Awang, Tuan Ibrahim dan Wee Jeck Seng (yang baru dilantik untuk mewakili Tanjung Piai) juga.

(2) Tidak hadir ke dalam dewan tidak boleh disamakan dengan mereka 28 Ahli Parlimen BN + PAS yang hadir tetapi telah mengundi untuk TIDAK BERSETUJU dengan belanjawan Kementerian kami. Mereka ini secara terang-terangan telah mengundi tidak bersetuju dan cuba menggagalkan peruntukan untuk golongan miskin yang sangat memerlukannya.

(3) Ada juga 2 Ahli Parlimen GPS yang hadir tetapi memilih untuk berkecuali. Mereka ini lebih bijak berbanding 28 Ahli Parlimen BN + PAS. Mereka tidak menentang kerana mereka tahu ini adalah peruntukan untuk kebajikan.

(4) Ada juga penyokong BN yang mendakwa PH juga pernah mengundi tidak bersetuju dengan Belanjawan yang dibentangkan oleh BN zaman dulu. Itu adalah untuk KESELURUHAN Belanjawan yang dibentangkan oleh Najib Razak yang tidak dipercayai oleh rakyat (termasuk 1MDB dan gaya pentadbiran yang terbukti banyak pembaziran dan penyelewengan). Ini berbeza dengan malam 26 Nov yang lalu di mana peruntukan spesifik untuk bantuan kebajikan Kementerian kami telah ditolak secara bertulis oleh 28 Ahli Parlimen ini!

(5) Ada juga penyokong BN mengatakan mereka ini mengundi tidak setuju kerana mereka meminta peruntukan yang lebih tinggi. Walhal, tiada pertikaian fundamental tentang peruntukan yang telah dibentangkan semasa perbahasan. Inilah masalahnya apabila mereka tidak membaca buku Belanjawan 2020 dan hanya berminat main politik sahaja. Kementerian kami telah menerima kenaikan 4.44% untuk Belanjawan 2020 berbanding tahun lepas. Ini adalah penambahan sebanyak RM105,036,090 untuk golongan sasar kami. Itu pun ada yang tak nak sokong?

Jadi nasihat saya, terimalah hakikatnya bahawa selama-lamanya 28 Ahli Parlimen BN + PAS ini telah mengundi TIDAK BERSETUJU peruntukan untuk kebajikan. Ini adalah fakta. Itu adalah hakikatnya. Nama mereka akan tercatat dalam sejarah sebagai Ahli-Ahli Parlimen yang tidak bersetuju dengan peruntukan kebajikan untuk orang miskin yang sangat memerlukan. Spin tahap mana pun tidak dapat mengubah hansard pada malam itu.

Hannah Yeoh

No comments: