ANWAR DAKWA TANDATANGAN DIMANIPULASI



Anwar berkata tidak akan  melayan tuntutan mohon maaf dan kenyataan bersama yang ditandatangani 20 pemimpin parti itu  yang mengandungi desakan yang boleh dipertikaikan.

Beliau mendakwa dua pemimpin yang menandatangani kenyataan itu, naib presiden Tian Chua dan anggota MPP R Sivarasa, kini mempertikai sebahagian kandungannya.

"Mereka tak setuju bahagian yang meminta saya memohon maaf atas pemecatan Zakaria. Bahagian itu tiada dalam draf.

"Ini bermakna ada sesuatu yang memanipulasi surat itu kerana surat itu tidak betul seluruhnya," katanya ketika sidang media di Pulau Pinang hari ini.

Ditanya berkenaan siapakah yang memanipulasi kenyataan itu, Anwar berkata: "Saya tak tahu tapi timbalan presiden yang tandatangan."

"Kenyataan perlu dipersetujui semua tetapi ada bahagian yang tiada dalam draf. Biar mereka jelaskan perkara itu dulu," katanya lagi.

Anwar juga berkata beliau terbuka jika lembaga disiplin PKR ingin menilai semula pemecatan Zakaria, kerana ia adalah hak yang dimiliki semua anggota parti.

"Lebih baik Zakaria membuat rayuannya sendiri terhadap pemecatannya," katanya lagi.

Katanya lagi, isu itu bukan persoalan politik atau pergeseran antara kem tetapi PKR ialah sebuah parti yang berasaskan dasar reformasi, termasuk melawan rasuah.


No comments: