Dua rangkaian makanan segera yang cukup dikenali di Malaysia, KFC dan Pizza Hut, dilaporkan berpotensi bertukar pemilik.


Hazimy Al-Jauhari





 Dua rangkaian makanan segera yang cukup dikenali di Malaysia, KFC dan Pizza Hut, dilaporkan berpotensi bertukar pemilik.

Menurut laporan The Edge Malaysia, Johor Corporation (JCorp) dan firma ekuiti persendirian CVC Capital Partners sedang mencari pembeli bagi perniagaan restoran yang dikendalikan QSR Brands (M) Holdings Bhd.
Harga jualan yang dilaporkan diminta adalah sekitar RM4 bilion. Beberapa pihak dikatakan sudah menunjukkan minat, termasuk pelabur dari Asia Barat.
Bagaimanapun, rundingan masih di peringkat awal dan belum ada kepastian bahawa urus niaga akan diteruskan.
JCorp pula menyatakan QSR Brands kekal sebagai komponen penting dalam portfolio pelaburannya, tanpa mengesahkan atau menafikan laporan penjualan tersebut.
Buat masa ini, operasi KFC dan Pizza Hut masih berjalan seperti biasa sementara sebarang perkembangan lanjut dinantikan.






KONON NAJIB BEBAS- ANAK AKU 3 ORANG KENA BAYAR HUTANG PTPTN...HARAP CAKAP KOSONG PAS MELINGKUP...HARAP UMNO BALUN DUIT RAKYAT..PUNYA CELAKA DUA PARTI NI

 

Peguam jawab desas desus Najib bayar denda RM50 juta hari ini, nafi ada arahan sedemikian

Tersebar desas desus mendakwa Datuk Seri Najib Razak bakal membayar denda RM50 juta hari ini bagi membolehkan bekas perdana menteri itu menjalani baki hukumannya di rumah.

Khabar angin itu dilaporkan beberapa media utama yang memetik sumber tidak dinamakan.

Menurut laporan, denda terbabit akan dibayar oleh wakil Najib di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, peguam Najib Razak, Tan Sri Shafee Abdullah menyatakan sebaliknya.

Bercakap kepada media di perkarangan mahkamah hari ini, beliau menafikan menerima sebarang arahan untuk membayar denda RM50 juta itu hari ini.

“Saya tidak menerima sebarang arahan mengenai perkara ini. Mungkin ada wartawan yang mereka-reka cerita,” katanya ringkas.

Terdahulu, Najib dipenjara 12 tahun dan denda RM210 juta pada Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan atas kesalahan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim kemudian memperkenan pengampunan untuk Najib menjalani tahanan rumah dengan syarat perlu membayar denda RM50 juta.

Tersebar desas desus mendakwa Datuk Seri Najib Razak bakal membayar denda RM50 juta hari ini bagi membolehkan bekas perdana menteri itu menjalani baki hukumannya di rumah.

Khabar angin itu dilaporkan beberapa media utama yang memetik sumber tidak dinamakan.

Menurut laporan, denda terbabit akan dibayar oleh wakil Najib di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, peguam Najib Razak, Tan Sri Shafee Abdullah menyatakan sebaliknya.

Bercakap kepada media di perkarangan mahkamah hari ini, beliau menafikan menerima sebarang arahan untuk membayar denda RM50 juta itu hari ini.

“Saya tidak menerima sebarang arahan mengenai perkara ini. Mungkin ada wartawan yang mereka-reka cerita,” katanya ringkas.

Terdahulu, Najib dipenjara 12 tahun dan denda RM210 juta pada Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan atas kesalahan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim kemudian memperkenan pengampunan untuk Najib menjalani tahanan rumah dengan syarat perlu membayar denda RM50 juta.





PRN Melaka: MADANI Menguji Kebenaran, Rakyat Menentukan Masa Depan!

 


IMG_9958

Pakatan Harapan (PH) memasuki gelanggang pilihan raya dengan tanggungjawab menjelaskan pencapaian kerajaan Persekutuan, mempertahankan agenda reformasi sejak 1998 lagi. Foto Leya Sari

PENDAPAT, 4 Nov – Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 bukan sekadar persaingan merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sebaliknya menjadi medan penting untuk menguji sejauh mana agenda Malaysia MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mampu diterjemahkan kepada keyakinan rakyat, pembaharuan pentadbiran dan masa depan politik negeri yang lebih inklusif.

Pakatan Harapan (PH) memasuki gelanggang pilihan raya dengan tanggungjawab menjelaskan pencapaian kerajaan Persekutuan, mempertahankan agenda reformasi dan membuktikan bahawa kestabilan politik hanya bermakna apabila disertai peningkatan kesejahteraan rakyat, peluang ekonomi yang lebih luas serta pentadbiran yang berintegriti.

Keputusan PH untuk bertanding di 24 daripada 28 kerusi DUN memperlihatkan kesediaan gabungan itu memperluas persaingan secara lebih berani, manakala penamaan Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri sekiranya PH memperoleh mandat membentuk kerajaan memberikan arah kepimpinan yang lebih jelas kepada pengundi untuk menilai tawaran politik gabungan tersebut.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari bersama Adam Adli dan Khoo Poay Tiong mengetuai sidang media Majlis Pelancaran Manifesto Aspirasi Pakatan Harapan (PH) bertemakan ‘Melaka Rumah Kita’ di Melaka pada 3 November 2026.

Kekuatan utama PH bukan semata-mata terletak pada kedudukan kerajaan Persekutuan, tetapi pada keupayaannya menghubungkan dasar nasional dengan realiti tempatan melalui penyelesaian terhadap kos sara hidup, peluang pekerjaan, perumahan mampu milik, sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana serta peningkatan mutu kemudahan awam yang menjadi ukuran langsung kesejahteraan masyarakat.

Luaskan Penerangan Agenda Ekonomi MADANI

Agenda ekonomi MADANI perlu diterangkan dengan lebih berkesan kepada pengundi Melaka kerana kestabilan makroekonomi, usaha menarik pelaburan, pengukuhan nilai ringgit dan langkah menangani tekanan harga hanya memperoleh legitimasi sosial apabila rakyat dapat memahami hubungan antara dasar kerajaan dengan pendapatan isi rumah, peluang pekerjaan berkualiti dan kemampuan memenuhi keperluan asas.

Namun demikian, kelebihan di peringkat Persekutuan tidak boleh dianggap sebagai jaminan kemenangan di peringkat negeri kerana pengundi membuat pertimbangan berdasarkan pengalaman setempat, prestasi calon dan tahap keyakinan terhadap kemampuan parti menyelesaikan masalah yang telah lama membelenggu komuniti masing-masing.

Atas sebab itu, pendekatan kempen PH melalui tema “Melaka Rumah Kita” mempunyai nilai strategik apabila menempatkan rakyat sebagai pemilik kepentingan utama negeri, sekali gus membawa mesej bahawa pembangunan tidak seharusnya dinilai berdasarkan angka pelaburan dan projek fizikal semata-mata, tetapi turut berdasarkan kemampuan masyarakat menikmati manfaat pembangunan secara adil.

Dalam konteks persaingan dengan BN dan PN, PH perlu menegaskan bahawa politik pembangunan yang berteraskan MADANI tidak boleh disempitkan kepada pertarungan sentimen kepartian, sebaliknya mesti dinilai melalui mutu dasar, ketelusan penggunaan sumber awam, kecekapan penyampaian perkhidmatan dan kesediaan pemimpin menjawab persoalan rakyat secara terbuka.

PH Perlu Tonjol Perpaduan Melalui Bahasa Kebangsaan

Isu bahasa kebangsaan yang turut mencorakkan perbahasan kempen pula perlu ditangani dengan kebijaksanaan kerana bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi mempunyai kedudukan perlembagaan yang jelas, sedangkan semangat MADANI menuntut penghormatan terhadap kepelbagaian masyarakat tanpa membenarkan perbezaan bahasa dan identiti dijadikan alat untuk mencetuskan permusuhan politik.

PH wajar memperkukuh naratif bahawa perpaduan nasional bukan bermaksud menghapuskan identiti komuniti, tetapi membina ruang bersama yang membolehkan semua rakyat menikmati hak, melaksanakan tanggungjawab dan menyumbang kepada pembangunan negara berasaskan Perlembagaan Persekutuan, prinsip kesaksamaan serta penghormatan terhadap keluhuran undang-undang.

Penyertaan calon muda PH juga perlu diketengahkan sebagai bukti bahawa pembaharuan politik tidak boleh terus ditangguhkan sehingga generasi baharu sekadar menjadi penonton, namun peluang tersebut mesti disertai pembinaan kompetensi, latihan kepimpinan, penguasaan dasar awam dan mekanisme pertanggungjawaban supaya representasi generasi muda menghasilkan perubahan yang substantif.

Bagi memastikan mesej MADANI menembusi lapisan pengundi yang lebih luas, kempen PH perlu mengutamakan tujuh keutamaan, iaitu memperincikan penyelesaian kos sara hidup, memperluas pekerjaan bergaji munasabah, meningkatkan akses perumahan, memperkukuh sokongan kepada peniaga kecil, membangunkan kemahiran belia, memperbaiki infrastruktur setempat dan memastikan setiap janji pilihan raya disertai sasaran pelaksanaan yang boleh dipantau rakyat.

Laksana Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Sepantas Kerajaan Pusat

Pada masa sama, PH perlu berani mengakui bahawa aduan tentang kebajikan, banjir berulang, saliran, penyelenggaraan kemudahan awam dan akses bantuan tidak boleh dijawab dengan retorik pencapaian nasional semata-mata kerana kredibiliti politik hanya terbina apabila pemimpin menunjukkan keupayaan mendengar, menyiasat dan menyelesaikan masalah tanpa mengira kecenderungan politik pengadu.

Kematangan politik MADANI juga perlu ditunjukkan melalui penolakan terhadap politik kebencian, fitnah dan eksploitasi sentimen kaum kerana kemenangan yang dibina melalui ketakutan mungkin menghasilkan sokongan sementara, sedangkan mandat yang berasaskan keyakinan, penghormatan terhadap kepelbagaian dan tawaran dasar yang munasabah mempunyai asas lebih kukuh untuk membina kestabilan jangka panjang.

Akhirnya, PRN Melaka merupakan peluang untuk PH membuktikan bahawa Malaysia MADANI bukan sekadar slogan pentadbiran Persekutuan, tetapi kerangka politik yang mampu menghubungkan reformasi dengan kehidupan rakyat.

Manakala, keputusan pengundi pada 14 November 2026 akan menjadi penilaian penting terhadap keupayaan gabungan itu menawarkan kepimpinan yang diyakini, dasar yang berkesan dan masa depan negeri yang lebih sejahtera.

Oleh Dr Azrie Azeh




Jangan jadikan agama senjata politik sampai label melabel dajal – Mustapha Sakmud tegur Hadi

 



Pengerusi Pakatan Harapan Sabah Datuk Mustapha Sakmud menyelar kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang cuba menyamakan pendekatan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) dengan watak “Dajal”.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) menegaskan supaya tidak memperalat sentimen agama sebagai senjata mempertikai strategi lawan, malah label sedemikian amat asing serta boleh mengelirukan umat Islam.

“Apakah apabila hujah politik tidak lagi mencukupi, istilah akhir zaman pula perlu dijadikan senjata? 

“CSA boleh dibahaskan secara rasional dalam kerangka demokrasi berparlimen tanpa perlu mengheret sentimen agama untuk memburukkan pihak yang berbeza pandangan,” kata beliau dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata pendekatan CSA  juga pernah dilaksanakan ketika Pas berada dalam barisan Kerajaan Persekutuan sekali gus mempersoalkan kewajaran melabel instrumen itu secara negatif.

Mustapha berkata kepelbagaian agama, bangsa serta latar belakang budaya sekian lama menjadi tonggak utama yang menyatukan masyarakat majmuk di Sabah, dan bukannya dijadikan alasan untuk mencetuskan permusuhan.

“Bagi rakyat Sabah, budaya melabel sesama Muslim dengan gambaran seburuk itu hanya kerana berbeza pendirian politik amat janggal dan sukar diterima.

“Agama sepatutnya menyatukan, bukan memecah-belahkan, dan Sabah tidak perlu diajar tentang perpaduan oleh mereka yang masih gemar melabel sesama sendiri,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru seluruh rakyat Sabah agar terus mempertahankan keharmonian sedia ada dan menolak sekeras-kerasnya amalan politik sempit yang mengeksploitasi agama demi kepentingan kuasa selain menekankan semua pihak wajar mencari titik kebersamaan dalam memelihara kesejahteraan.




5 tahun jadi wakil rakyat, kenapa Brisu masih berdepan banjir berulang?

 


Isu banjir berulang di kawasan Brisu, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning, kini menjadi antara persoalan yang wajar mendapat perhatian menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Selepas lima tahun kawasan itu diwakili Barisan Nasional (BN), penduduk berhak mengetahui sejauh mana masalah banjir yang membelenggu kehidupan mereka telah ditangani secara berkesan.

Persoalan ini semakin relevan apabila calon Pakatan Harapan (PH) daripada Amanah, Junainah Sahat atau lebih dikenali sebagai Ajue, membangkitkan keperluan penyelesaian menyeluruh terhadap masalah banjir di kawasan berkenaan.

Antara perkara yang menjadi perhatian ialah keadaan sistem perparitan dan sungai yang sempit, yang dikaitkan dengan kejadian banjir berulang di Brisu.

Bagi penduduk, banjir bukan sekadar masalah air melimpah ketika hujan lebat. Ia boleh menjejaskan keselamatan keluarga, merosakkan harta benda dan mengganggu aktiviti harian.

Justeru, persoalan yang perlu dijawab bukan sekadar berapa kali bantuan disampaikan kepada mangsa banjir, tetapi apakah langkah pencegahan jangka panjang yang telah dilaksanakan.

Penyandang kerusi Taboh Naning daripada BN, Datuk Zulkiflee Mohd Zin, sebelum ini dilaporkan mendakwa kira-kira 80 peratus keperluan penduduk telah ditunaikan sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Bagaimanapun, dakwaan pencapaian tersebut turut membuka ruang kepada pengundi untuk menilai apakah masalah utama yang masih belum diselesaikan, termasuk isu banjir di Brisu.

Jika projek menaik taraf sistem perparitan, mendalamkan sungai atau kerja tebatan banjir telah dilaksanakan, rakyat tentunya berhak mengetahui keberkesanan projek berkenaan.

Sebaliknya, jika masalah itu masih memerlukan peruntukan atau tindakan lanjut daripada agensi berkaitan, status dan perancangan penyelesaiannya perlu dijelaskan kepada penduduk.

PRN Melaka kali ini bukan sekadar pertandingan antara calon PH dan BN, tetapi juga peluang untuk pengundi menilai rekod pembangunan serta keberkesanan perkhidmatan wakil rakyat sepanjang penggal lalu.

Bagi Junainah, isu banjir boleh menjadi antara agenda penting yang perlu diperjuangkan sekiranya diberikan mandat oleh pengundi Taboh Naning.

Namun, pengundi juga berhak menuntut pelan tindakan yang jelas daripada semua calon, termasuk kos, agensi pelaksana dan tempoh masa yang munasabah untuk mengurangkan risiko banjir.

Akhirnya, persoalan paling penting kepada penduduk Brisu ialah sampai bila mereka perlu berdepan kebimbangan banjir berulang, dan siapakah yang mampu menawarkan penyelesaian yang benar-benar berkesan?






nkisah abdulllah bin salam yg wajar di jadikan iktibar..

 


TAPAK FREE, KHEMAH FREE, BERNIAGA JER..HANYA DI ZAMAN MADANI

 


Menyantuni Penduduk yang Terjejas Akibat Banjir di Kampung Melayu Subang dan Kawasan Sekitar


 

PANAS! PKR LONDEHKAN 55 PROJEK MELAKA TERBENGKALAI: AB RAUF CUBA LARI DARI JAWAPAN?!

 


USTAZ KATA KAT SAPA TU?LA DUDUK DENGAN PUAK KAPIAQ..

 


KERANA BUKTI CUKUP HAJI HADI TERPAKSA TARIK SAMAN TERHADAP REWCASTLE BROWN DI LONDON.



Omar Md Noor


Walau pun pada awalnya sebelum perbicaraan di makhamah Hj dengan berani bahawa beliau sudah menang dalam kes saman fitnah terhadap Rewcastle Brown yang menulis PAS menerima wang dari UMNO. Akhirnya sebelum perbicaraan bermula peguam Hj Hadi terpaksa menarik balik saman dan terpaksa membayar RM1.42 juta kepada Rewcastle Brown. Perbicaraan bemula dan Hj Hadi terpaksa membayar kos di London sebanyak RM13.2 juta.


Isu dakwaan Sarawak Report bahawa PAS menerima dana daripada UMNO melibatkan beberapa bentuk bukti dan perkembangan penting dalam perbicaraan mahkamah:


1. Rakaman Audio Nik Abduh


○ Sarawak Report mengemukakan rakaman audio yang memaparkan suara Nik Abduh (pemimpin Pemuda PAS ketika itu) yang dilaporkan mengakui bahawa pimpinan PAS menerima wang daripada UMNO.






○ Pihak PAS kemudiannya mengakui bahawa suara dalam rakaman tersebut adalah milik Nik Abduh, namun mendakwa konteks maksud kenyataan itu telah disalah tafsir atau diputar belit.


2. Kes Saman Fitnah di Mahkamah Tinggi London.


○  Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, berhubung artikel tahun 2016 yang mendakwa PAS menerima RM90 juta daripada UMNO.









○  Kes tersebut bagaimanapun diselesaikan di luar mahkamah pada Januari 2019 apabila Abdul Hadi menarik balik saman tersebut.


○ Sebagai sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah itu, Abdul Hadi membayar kos guaman berjumlah kira-kira RM1.4 juta kepada Sarawak Report. Tindakan menarik balik saman ini ditafsirkan oleh pelbagai pihak sebagai indikasi bahawa pihak plaintif mahu mengelakkan pendedahan bukti lanjut di mahkamah terbuka.


3. Peguam Hadi akui PAS terima duit Umno, dakwa Sarawak Report


Rewcastle-Brown menjelaskan, pengakuan tersebut adalah dalam rakaman ucapan Nik Abduh dalam satu mesyuarat pada Ogos 2017 berhubung penerimaan wang berkenaan.


Nik Abduh menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau merupakan individu yang menyebut perkara berkenaan, apabila rakaman itu didedahkan di media sosial pada tahun lalu.


Beliau turut mengecam tindakan tersebut sebagai fitnah dan minta individu yang membangkitkan dakwaan tersebut supaya bertaubat.


Namun, peguam Hadi dalam kenyataan yang difailkan di London berhubung dakwaan dalam pita tersebut mengakui Nik Abduh pemilik suara tersebut.


“Dalam satu kenyataan yang difailkan oleh peguamnya di London, Carter Ruck, Hadi mengakui bahawa penceramah dalam rakaman itu sememangnya pemimpin kanan partinya, Nik Abduh,” tulis Sarawak Report.


4. Siapakah yang membayar duit peguam Hadi di London


Ianya bukan lagi rahsia bahawa dalam kes Hj Hadi saman fitnah terhadap Rewcastle Brown ianya banyak di bantu oleh kedutaan Malaysia di London. Maksudnya secara langsung ianya mendapat perhatian dan bantuan dari Wisma Putera. Maka tidak salah jika ianya dalam pengetahuan Najib Razak. Antara perkara yang menjadi perbicaraan bahawa kos peguam Hadi di Lindon di bayar oleh Najib dengan mengunakan dana 1MDB sebanyak £2.5 juta atau RM13.2 juta yang di uruskan oleh Jho Low.  Keadaan ini menjelaskan bahawa juga mendapat faedah dari Wang 1MDB secara langsung.





MAKI RAKYAT MELAKA.





Aman Muhamad


 Rakyat Kedah masih nak undi PAS lagi ke selepas pemimpin PAS maki anda semua sebagai CELAKA hanya kerana pergi minta bantuan daripada wakil rakyat PAS?


Rakyat Kedah jangan ulang kesilapan sama.


Jangan undi parti yang maki rakyat sebagai CELAKA.


😊





NAJIB KELUAR BILA DAH SELESAI 50 JUTA

 


Zainuddin Omar


Najib akan keluar dari penjara hari ini jika RM50 juta dibayar? 


Siapa agaknya yang setelkan?






*******


Khabar angin bertiup kencang hari ini susulan laporan media yang membuat spekulasi bahawa Najib Razak akan membayar denda RM50 juta sekali gus membuka jalan kepada bekas perdana menteri itu kembali ke rumahnya.


Bagaimanapun, seorang daripada peguam Najib memberitahu Malaysiakini, mereka belum menerima sebarang arahan daripada ahli politik terbabit untuk berbuat demikian.


Denda RM50 juta itu – yang dipotong daripada kadar asal RM210 juta ditetapkan mahkamah – adalah penghalang tunggal untuk Najib menjalani hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya di rumah sendiri.


Untuk rekod tempoh penjara Najib juga sudah dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun.


Terdahulu, New Straits Times dan Berita Harian memetik sumber sebagai berkata, wakil Najib akan membayar denda itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.


Ketika dihubungi, peguam Farhan Shafee berkata, sekiranya denda itu dibayar, urusan berkenaan akan dilakukan oleh pasukan guaman Najib yang turut dianggotainya.


"Setakat ini, belum ada arahan daripada anak guam," katanya.


   - MK






BANGUN PAGI JADI BILLIONAIR TERSOHOR

 



Bayangkan bangun pagi, semak akaun bank dan tengok duit bertambah berpuluh bilion ringgit dalam masa beberapa jam sahaja. Bagi bilionair seperti Mukesh Ambani, fenomena gila ini bukan sekadar mimpi tetapi realiti biasa di pasaran saham.






Bos besar Reliance Industries ini sekali lagi mengejutkan dunia apabila nilai kekayaannya melonjak sebanyak 8.5 bilion dolar dalam satu hari sahaja. Angka fantastik ini secara tidak langsung mengukuhkan lagi kedudukan beliau sebagai raja kekayaan yang sukar ditandingi di benua Asia.


Dunia kewangan golongan elit ini memang bergerak pada tahap yang sangat berbeza berbanding kita rakyat biasa. Mana tidaknya, nilai lonjakan harta beliau dalam masa sehari itu sahaja sudah cukup untuk mengatasi bajet sesetengah syarikat gergasi.


Pencapaian luar biasa ini membuktikan bahawa empayar perniagaan beliau semakin kukuh dan sukar ditumbangkan. Ia juga menjadi peringatan bahawa permainan saham tahap tertinggi mampu mengubah carta orang terkaya dunia sebelum waktu makan tengah hari tiba.


Bagi korporat gergasi ini, menjana wang berbilion dolar nampak terlalu santai seperti permainan budak-budak. Hakikatnya, takhta raja kewangan Asia kini masih kukuh dalam genggaman Mukesh Ambani tanpa sebarang keraguan.





BILA TIDAK BERSAMA PARTI MEREKA.

 




Faizal Ahmad



Ada yang suruh boikot Dr Rozaimee dan rakan2 … asbab terasa pedasnya cili dalam isu “ketidakhadiran Ahli Parlimen ke parlimen




Kalau orang yang akademik dan lulusan tinggi pengajian agama pon dianggap tidak layak untuk mengkritik…. ko rasa apa jadi  negara nie klu depa perintah negara kerana pemimpinnya tak boleh di kritik?


Ke nak kata Dr Rozaimee belum cukup ilmu lagi ketimbang Lebai mereka?




TAK LEH PAKAI


 

APA KATA WALAUN


 

UTUSAN YANG KINI MELINGKUP


 

TAK SEMUA...KECUALI WALAUN PARTI JALANG

 


Che Ibrahim


MENGAPA ANWAR @ PMX DIBENCI?




Siapa pun jadi PM, kalau bukan dari Pas atau UMNO, memang akan dibenci oleh puak UMNO dan Pas, itulah sunnah politik hari ini.


Benci dan sayang hari ini kerana parti politik, bukan kerana Allah.


Puak Pas barangkali 80% benci PMX kerana ikut Haji Hadi. Adapun UMNO, ambo yakin sekitar 30% tidak membenci PMX termasuk beberapa orang menteri kabinet dari BN.






ANAK MUDA BOLEH BERBAHASA CINA


 

PERBANDINGAN MASA PH DAN BN.


 

LAGI KEJAYAAN NEGARA


 

MANA MUKA MUKA NI SEMUA...ISLAM AJAR UMAT HINA NABI KAH ?


 

FA 50..TAPI ADA YANG KEPOH.





 GEGER! FA-50M Malaysia Tiba Tanpa Rudal, Bagaimana Jet Tempur Baru Ini Siap Menghadapi Ancaman?


Dari foto dan laporan kedatangan pertama, dua FA-50M Malaysia tampaknya dikirim tanpa rudal yang terpasang di sayapnya. Namun, ini tidak berarti Malaysia membeli FA-50M tanpa persenjataan.


Dua pesawat tersebut tiba di Pangkalan Udara Kuantan pada 1 November 2026 setelah terbang dari Korea Selatan melalui beberapa tempat transit. Laporan menyebut keduanya masih harus menjalani Final Acceptance Test sebelum diterima secara resmi oleh TUDM. 


Mengapa tanpa rudal? Karena penerbangan dari Korea Selatan merupakan penerbangan pengiriman (ferry flight), bukan misi tempur. Laporan Asia Business Daily menyebut pesawat menggunakan tangki bahan bakar eksternal 275 galon untuk memperpanjang jangkauan penerbangan.





PAYAH BILA JIRAN KEPOH

 







Ada lah pihak nak showkan yang FA-50M ni problem, sebab 02 lewat sikit daripada 01 haritu 😁 


Apapun kemudian alhamdulillah 2-2 dah sampai Kuantan ✅ 


Kenapa M58 02 lewat haritu ? 


Sebab masalah teknikal, itu info rasmi dari Menteri Pertahanan sendiri.


Cerita sebenar penghantaran batch pertama FA-50M Block 20.


2 x pesawat pertama M58-01 dan M58-02 berlepas serentak dari Sacheon, Korea Selatan pada 29 Okt, transit di Jeju dan Laoag, Filipina.


Sepatutnya dua-dua mendarat di Labuan pada 30 Okt, tapi hanya 1 yang sampai. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin maklumkan pesawat kedua delay kerana masalah teknikal dan akan menyusul seawal esok selepas isu diselesaikan oleh KAI


Akhirnya M58-01 sampai Kuantan dulu, M58-02 lewat dan baru sampai Labuan pada 1 Nov, kemudian dua-dua terbang masuk WMKD Kuantan pada 1 Nov jam 3:38 petang. 


KAI tak dedahkan detail teknikal apa yang rosak, yang dimaklumkan hanya "technical issue" dan mereka yang uruskan pembaikan sebelum sambung ferry flight.


Jadi bukan sebab laluan di infografik tu (Taiwan Selatan / Clark) — laluan dalam gambar tu memang cadangan umum saja. Laluan sebenar yang digunakan hari tu ialah Jeju → Laoag → Labuan → Kuantan.


Kadang seting avionik, kadang faktor pesawat baru, faktor iklim, humidity atau macam-macam, bukan isu besar.


Kalau masalah besar tak boleh terbang 😁 tak sampai Kuantan 😅 


Begitulah yer

Oleh Salman Al Farisy


#uniformsoriginal

#salmanalfarisy

#aviationnavalarmour

#UOCG





ZAHID KANTOI GUNA DEWAN

 



Zahid Hamidi umpama bukan TPM,apa yang masalah yang di laku BN menyalah guna hak kerajaan.Zahid kata tidak bermasalah.Zahid tidak layak jadi TPM mohon PMX pecat Zahid Hamidi sebagai TPM tidak bertanggung jawab terhadap hak kerajaan.



USTA PONDOK SOKONG ANWAR


 

RAMAI MAHU SUHAILY DIKEMBALIKAN JAWATAN SEMULA


 

RENTAN ..KEH KEH KEH.....HILANG AKAL KE APA ?


 

PMTQ-PERTIKAIAN BAGAN DATO DIKATAKAN KHIANAT


 

#FADLINA SIDEK#PDRM.---Kami terima satu mesej perkongsian kisah daripada seorang guru wanita di Kuala Lumpur yang dianiaya oleh pengetua sekolah.


Afiq Nordin



 Kami terima satu mesej perkongsian kisah daripada seorang guru wanita di Kuala Lumpur yang dianiaya oleh pengetua sekolah.







Lebih mengejutkan, individu yang didakwa melakukan perkara ini juga seorang wanita.


Seorang pengetua yang sepatutnya memimpin dan menjaga kebajikan guru-guru bawahannya.


Kisah ini bukan bermula dengan pergaduhan.


Semuanya didakwa bermula dengan permintaan untuk meminjam wang sebanyak RM30,000.


Kami susun kronologi berdasarkan keterangan pengadu, surat maklum balas SISPAA dan laporan polis yang dikongsikan kepada kami.


Segala dokumen diberikan selaras dengan prinsip kami bahawa setiap pendedahan telahpun melalui proses rasmi.


#Pertama 


November 2025


Menurut guru berkenaan, pengetua telah meminta beliau membuat pinjaman peribadi melalui bank atau menggadaikan gelang emas untuk mendapatkan RM30,000 bagi dipinjamkan kepadanya.


Lebih membimbangkan, permintaan tersebut didakwa dikaitkan dengan urusan pengesahan jawatan guru berkenaan.


“Kejap! Pengetua ada kuasa ke nak sahkan jawatan?”


Tak ada. Tapi proses ini tetap melibatkan mereka.


Pengetua bertindak sebagai Ketua Jabatan di peringkat sekolah.


Sebelum SPP boleh meluluskan jawatan guru, pengetua mesti menandatangani Borang Perakuan yang menyatakan guru telah menjalankan tugas dengan baik sepanjang tempoh percubaan.


Kita sambung semula.


Guru ini menolak kedua-duanya.


Selepas itu, beliau mendakwa mula menerima layanan buruk daripada pengetua tersebut.


Akhirnya beliau buat aduan rasmi melalui SISPAA.


#Kedua


Mei hingga Julai 2026


Menurut pengadu, permintaan wang dan tekanan didakwa turut melibatkan guru-guru lain.


Pada Julai 2026, pihak pendidikan daerah mengeluarkan surat maklum balas terhadap aduan yang dibuat.


Surat tersebut menyatakan siasatan telah dilaksanakan dan tindakan bersesuaian telah diambil mengikut peraturan.


“Apa tindakan tersebut tu?”


Surat itu tak memperincikannya.


Aduan pun dianggap selesai.


Kami juga tertanya-tanya, adakah pengadu benar-benar dilindungi selepas berani membuat laporan?


#Ketiga


September hingga Oktober 2026


Guru ini turut mendakwa terdapat tekanan berkaitan kutipan wang dan dia mengelak untuk membayar yuran kelab guru.


“Kenapa tak nak bayar?”


Sebab beliau rasa ada isu yang tak jelas.


Siapa sangka pertikaian yuran kelab ini akhirnya dikaitkan dengan kejadian yang jauh lebih serius?


#Keempat


Jumaat, 30 Oktober 2026


Sekitar jam 3.20 petang, guru wanita berkenaan mendakwa dipanggil masuk ke bilik pengetua untuk menjelaskan ketidakhadirannya ke majlis kelab.


Masa itu, pengetua memang sangat marah.


Bayangkan!


Pertikaian yang sepatutnya boleh diselesaikan melalui perbincangan akhirnya membawa kepada laporan polis atas dakwaan keganasan fizikal.


Laporan polis dibuat pada malam kejadian.


“Apa yang berlaku?”


Pengadu mendakwa mengalami kesakitan fizikal dan tidak lagi berasa selamat di tempat kerjanya.


Guru ini dikasari oleh pengetuanya sendiri! 


Kami benar-benar terkesan membaca luahannya.


“Saya terfikir macam mana nak pergi sekolah Isnin ini selepas trauma kena pukul”


Kita selalu bercakap tentang keselamatan murid di sekolah.


Tetapi bagaimana pula dengan keselamatan seorang guru yang mendakwa dipukul oleh ketuanya sendiri?


#Kelima 


3 November 2026


Pagi tadi kami ada buat satu hantaran untuk mendedahkan kejadian ini.


Namun menjelang tengah hari tadi, kami terima perkembangan yang positif.


Menurut pengadu, wakil kementerian telah hadir ke sekolah dan proses mendapatkan keterangan daripada guru-guru mula dijalankan sebentar tadi.


Beliau turut dimaklumkan bahawa aduan SISPAA yang dibuat sebelum ini dikatakan telah dibuka semula untuk penelitian yang lebih serius.


Perkembangan ini amat dialu-alukan, walaupun kita masih menunggu pengesahan rasmi tentang status dan hasil siasatan.


#Keenam


Sengaja kami tidak mendedahkan nama sekolah, identiti pengetua mahupun guru yang membuat aduan.


Kita fokus pada isu sebab kami yakin ramai lagi yang menjadi mangsa tapi tak berani nak bersuara.


Kami juga tak nak mendahului siasatan polis atau Kementerian Pendidikan Malaysia.


Semua dakwaan perlu disiasat secara adil dan pihak yang dituduh berhak memberikan penjelasan.


#Ketujuh


Ada beberapa kerisauan yang bermain dalam fikiran kami.


1. Macam mana seorang guru yang dah buat aduan rasmi masih berdepan tekanan sehingga akhirnya buat laporan polis mengenai serangan fizikal?


2. Macam mana pula dengan guru-guru lain yang turut mengalami tekanan tapi takut untuk bersuara?


3. Adakah sistem aduan kita sekadar menutup kes selepas siasatan, atau turut memastikan pengadu tak terima sebarangan serangan balas berunsur dendam?


Kami berharap Kementerian Pendidikan Malaysia menyiasat perkara ini dengan telus serta memastikan keselamatan pengadu dan semua saksi dilindungi.




TUTUP SEBAB APA?


 

PMQT ANWAR JAWAB


 

BERTANYA KHABAR TENTANG MAMGSA BANJIR KAPUNG SUBANG JAYA


 

PMQT PMX JAWAB


 

TAK YAH BAGI CADANGAN YANG BUKAN BUKAN


 

TERKINI


 

MUNG BODOW....ITULAH KATA KATA YANG SELALU DIUCAPKAN AZHAR IDRUS

 





Aisayman, peruntukan ikut progresslah. Karang bagi selempuk lebai belanja yang bukan-bukan pulak.

Duit bagi, projek tak siap, duit dah diperabis.
Umpama ginilah.
Kalau anda buat rumah, pembinaan belum start takkan anda nak bagi semua kos projek selempuk dulu pada kontraktor? Faham tak.









WEHHHH...LUPA TERUK NGAT NIM...





 Dia dah jadi pelupa.

Zaman Ismail Sabri yang mula buat CSA dan PAS sebahagian Kerajaan 33 bulan.
Tiada pulak dia kata dajal.
Sesuatu sangat dia dengan PMX.