KONON NAJIB BEBAS- ANAK AKU 3 ORANG KENA BAYAR HUTANG PTPTN...HARAP CAKAP KOSONG PAS MELINGKUP...HARAP UMNO BALUN DUIT RAKYAT..PUNYA CELAKA DUA PARTI NI

Peguam jawab desas desus Najib bayar denda RM50 juta hari ini, nafi ada arahan sedemikian

Tersebar desas desus mendakwa Datuk Seri Najib Razak bakal membayar denda RM50 juta hari ini bagi membolehkan bekas perdana menteri itu menjalani baki hukumannya di rumah.

Khabar angin itu dilaporkan beberapa media utama yang memetik sumber tidak dinamakan.

Menurut laporan, denda terbabit akan dibayar oleh wakil Najib di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, peguam Najib Razak, Tan Sri Shafee Abdullah menyatakan sebaliknya.

Bercakap kepada media di perkarangan mahkamah hari ini, beliau menafikan menerima sebarang arahan untuk membayar denda RM50 juta itu hari ini.

“Saya tidak menerima sebarang arahan mengenai perkara ini. Mungkin ada wartawan yang mereka-reka cerita,” katanya ringkas.

Terdahulu, Najib dipenjara 12 tahun dan denda RM210 juta pada Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan atas kesalahan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim kemudian memperkenan pengampunan untuk Najib menjalani tahanan rumah dengan syarat perlu membayar denda RM50 juta.

No comments: