NAJIB KELUAR BILA DAH SELESAI 50 JUTA

 


Zainuddin Omar


Najib akan keluar dari penjara hari ini jika RM50 juta dibayar? 


Siapa agaknya yang setelkan?






*******


Khabar angin bertiup kencang hari ini susulan laporan media yang membuat spekulasi bahawa Najib Razak akan membayar denda RM50 juta sekali gus membuka jalan kepada bekas perdana menteri itu kembali ke rumahnya.


Bagaimanapun, seorang daripada peguam Najib memberitahu Malaysiakini, mereka belum menerima sebarang arahan daripada ahli politik terbabit untuk berbuat demikian.


Denda RM50 juta itu – yang dipotong daripada kadar asal RM210 juta ditetapkan mahkamah – adalah penghalang tunggal untuk Najib menjalani hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya di rumah sendiri.


Untuk rekod tempoh penjara Najib juga sudah dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun.


Terdahulu, New Straits Times dan Berita Harian memetik sumber sebagai berkata, wakil Najib akan membayar denda itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.


Ketika dihubungi, peguam Farhan Shafee berkata, sekiranya denda itu dibayar, urusan berkenaan akan dilakukan oleh pasukan guaman Najib yang turut dianggotainya.


"Setakat ini, belum ada arahan daripada anak guam," katanya.


   - MK






No comments: