Ada lah pihak nak showkan yang FA-50M ni problem, sebab 02 lewat sikit daripada 01 haritu 😁
Apapun kemudian alhamdulillah 2-2 dah sampai Kuantan ✅
Kenapa M58 02 lewat haritu ?
Sebab masalah teknikal, itu info rasmi dari Menteri Pertahanan sendiri.
Cerita sebenar penghantaran batch pertama FA-50M Block 20.
2 x pesawat pertama M58-01 dan M58-02 berlepas serentak dari Sacheon, Korea Selatan pada 29 Okt, transit di Jeju dan Laoag, Filipina.
Sepatutnya dua-dua mendarat di Labuan pada 30 Okt, tapi hanya 1 yang sampai. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin maklumkan pesawat kedua delay kerana masalah teknikal dan akan menyusul seawal esok selepas isu diselesaikan oleh KAI
Akhirnya M58-01 sampai Kuantan dulu, M58-02 lewat dan baru sampai Labuan pada 1 Nov, kemudian dua-dua terbang masuk WMKD Kuantan pada 1 Nov jam 3:38 petang.
KAI tak dedahkan detail teknikal apa yang rosak, yang dimaklumkan hanya "technical issue" dan mereka yang uruskan pembaikan sebelum sambung ferry flight.
Jadi bukan sebab laluan di infografik tu (Taiwan Selatan / Clark) — laluan dalam gambar tu memang cadangan umum saja. Laluan sebenar yang digunakan hari tu ialah Jeju → Laoag → Labuan → Kuantan.
Kadang seting avionik, kadang faktor pesawat baru, faktor iklim, humidity atau macam-macam, bukan isu besar.
Kalau masalah besar tak boleh terbang 😁 tak sampai Kuantan 😅
Begitulah yer
Oleh Salman Al Farisy
#uniformsoriginal
#salmanalfarisy
#aviationnavalarmour
#UOCG


No comments:
Post a Comment