Omar Md Noor
Walau pun pada awalnya sebelum perbicaraan di makhamah Hj dengan berani bahawa beliau sudah menang dalam kes saman fitnah terhadap Rewcastle Brown yang menulis PAS menerima wang dari UMNO. Akhirnya sebelum perbicaraan bermula peguam Hj Hadi terpaksa menarik balik saman dan terpaksa membayar RM1.42 juta kepada Rewcastle Brown. Perbicaraan bemula dan Hj Hadi terpaksa membayar kos di London sebanyak RM13.2 juta.
Isu dakwaan Sarawak Report bahawa PAS menerima dana daripada UMNO melibatkan beberapa bentuk bukti dan perkembangan penting dalam perbicaraan mahkamah:
1. Rakaman Audio Nik Abduh
○ Sarawak Report mengemukakan rakaman audio yang memaparkan suara Nik Abduh (pemimpin Pemuda PAS ketika itu) yang dilaporkan mengakui bahawa pimpinan PAS menerima wang daripada UMNO.
○ Pihak PAS kemudiannya mengakui bahawa suara dalam rakaman tersebut adalah milik Nik Abduh, namun mendakwa konteks maksud kenyataan itu telah disalah tafsir atau diputar belit.
2. Kes Saman Fitnah di Mahkamah Tinggi London.
○ Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, berhubung artikel tahun 2016 yang mendakwa PAS menerima RM90 juta daripada UMNO.
○ Kes tersebut bagaimanapun diselesaikan di luar mahkamah pada Januari 2019 apabila Abdul Hadi menarik balik saman tersebut.
○ Sebagai sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah itu, Abdul Hadi membayar kos guaman berjumlah kira-kira RM1.4 juta kepada Sarawak Report. Tindakan menarik balik saman ini ditafsirkan oleh pelbagai pihak sebagai indikasi bahawa pihak plaintif mahu mengelakkan pendedahan bukti lanjut di mahkamah terbuka.
3. Peguam Hadi akui PAS terima duit Umno, dakwa Sarawak Report
Rewcastle-Brown menjelaskan, pengakuan tersebut adalah dalam rakaman ucapan Nik Abduh dalam satu mesyuarat pada Ogos 2017 berhubung penerimaan wang berkenaan.
Nik Abduh menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau merupakan individu yang menyebut perkara berkenaan, apabila rakaman itu didedahkan di media sosial pada tahun lalu.
Beliau turut mengecam tindakan tersebut sebagai fitnah dan minta individu yang membangkitkan dakwaan tersebut supaya bertaubat.
Namun, peguam Hadi dalam kenyataan yang difailkan di London berhubung dakwaan dalam pita tersebut mengakui Nik Abduh pemilik suara tersebut.
“Dalam satu kenyataan yang difailkan oleh peguamnya di London, Carter Ruck, Hadi mengakui bahawa penceramah dalam rakaman itu sememangnya pemimpin kanan partinya, Nik Abduh,” tulis Sarawak Report.
4. Siapakah yang membayar duit peguam Hadi di London
Ianya bukan lagi rahsia bahawa dalam kes Hj Hadi saman fitnah terhadap Rewcastle Brown ianya banyak di bantu oleh kedutaan Malaysia di London. Maksudnya secara langsung ianya mendapat perhatian dan bantuan dari Wisma Putera. Maka tidak salah jika ianya dalam pengetahuan Najib Razak. Antara perkara yang menjadi perbicaraan bahawa kos peguam Hadi di Lindon di bayar oleh Najib dengan mengunakan dana 1MDB sebanyak £2.5 juta atau RM13.2 juta yang di uruskan oleh Jho Low. Keadaan ini menjelaskan bahawa juga mendapat faedah dari Wang 1MDB secara langsung.





No comments:
Post a Comment