Dua rangkaian makanan segera yang cukup dikenali di Malaysia, KFC dan Pizza Hut, dilaporkan berpotensi bertukar pemilik.


Hazimy Al-Jauhari





 Dua rangkaian makanan segera yang cukup dikenali di Malaysia, KFC dan Pizza Hut, dilaporkan berpotensi bertukar pemilik.

Menurut laporan The Edge Malaysia, Johor Corporation (JCorp) dan firma ekuiti persendirian CVC Capital Partners sedang mencari pembeli bagi perniagaan restoran yang dikendalikan QSR Brands (M) Holdings Bhd.
Harga jualan yang dilaporkan diminta adalah sekitar RM4 bilion. Beberapa pihak dikatakan sudah menunjukkan minat, termasuk pelabur dari Asia Barat.
Bagaimanapun, rundingan masih di peringkat awal dan belum ada kepastian bahawa urus niaga akan diteruskan.
JCorp pula menyatakan QSR Brands kekal sebagai komponen penting dalam portfolio pelaburannya, tanpa mengesahkan atau menafikan laporan penjualan tersebut.
Buat masa ini, operasi KFC dan Pizza Hut masih berjalan seperti biasa sementara sebarang perkembangan lanjut dinantikan.






No comments: