TUNJUKKKKKKKKAN DIA JALAN KELUAR..

 

‘Yang dia tahu menyalahkan saja’, wibawa Akmal dipersoal, ramai sokong Ayu di Merlimau

Kewibawaan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh sebagai penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau menjadi persoalan netizen apabila calon Pakatan Harapan (PH), Rahayu Hamzah atau Ayu Hamzah menerima sokongan orang ramai.

Hantaran Facebook oleh halaman Kisah & Sejarah bertajuk ‘PRN Melaka: Biru atau Merah? Siapa Pilihan Anda?’ itu memperlihatkan sokongan kepada Ayu, 43, selain menyindir kepimpinan dan pendekatan politik Akmal, 38.

Paling menarik perhatian, pengguna Facebook, Junaidy Joe Dy yang mempersoalkan pembangunan di Merlimau sepanjang Akmal menjadi wakil rakyat sejak 2021.

Beliau menegaskan kawasan yang terletak dalam Parlimen Jasin itu sudah lama tidak menikmati pembangunan sewajarnya, malah mengkritik Akmal yang lebih banyak bersuara mengenai pihak lain.

“Si mamat Akmal kasi kubur legasinya kerja untuk kawasan. Berkurun lama tiada apa-apa pembangunan!

“Yang dia (Akmal) tahu menyalak saja,” tulisnya dalam ruangan komen berkenaan.

Untuk rekod, Akmal baru-baru ini kalah dalam kes saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Seputeh dari DAP, Teresa Kok berhubung isu pensijilan halal pada September 2024.

Ekoran itu, dia diperintah oleh mahkamah untuk membayar RM250,000 ganti rugi dan RM50,000 kos, menjadikan keseluruhannya berjumlah RM300,000.

PH terbaik

Menjengah kembali ke ruangan komentar, Shahruddin Ahmad pula secara terbuka menyatakan sokongan kepada calon Parti Amanah Negara (AMANAH) yang juga pengajar dengan tauliah mengajar al-Quran dari Jabatan Mufti Negeri Melaka itu.

“Teruskan Ayu. Nak cantik pangkah PH TERBAIK,” tulisnya.

Pandangan sama disuarakan Hipni Bohari yang menyifatkan PH sebagai pilihan terbaik, manakala Zulkifli Mohd Yusop menulis ringkas, “Pasti AMANAH!”

Tidak kurang juga yang menggunakan ungkapan seperti “Merah sudah tentu”, “Terbaik PH AMANAH moga berjaya” dan “PH Ayu Hamzah” sebagai tanda sokongan kepada calon berkenaan.

Dalam masa sama, sikap politik Akmal turut menjadi bahan sindiran apabila Muhammad Yushak mengungkit kenyataan pemimpin Umno itu berkaitan DAP.

Sementara itu, Laili Laili pula mengaitkan kritikannya terhadap Akmal dengan isu saman yang sebelum ini mendapat perhatian di media sosial.

Selain persoalan pembangunan dan kepimpinan, isu integriti turut dibangkitkan apabila pengguna Facebook, Hasbollah A Rahman menyatakan sokongannya terhadap agenda reformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengaitkan sokongannya kepada PH dengan usaha memerangi rasuah serta penyalahgunaan kuasa, yang menurutnya penting bagi memastikan kekayaan negara dikembalikan untuk kepentingan rakyat.

Malam tadi, Ayu, 43, yang juga Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Melaka diumum akan bertanding di DUN Merlimau sekali gus bakal bertempur dengan Akmal.

Pertembungan kedua-duanya sekali gus membuka ruang untuk pengundi menilai rekod perkhidmatan penyandang serta tawaran yang dibawa calon PH menjelang hari pengundian.




‘Jangan permainkan saya!’ – Ka Siong berang, beri amaran keras kepada BN Melaka

 


Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memberi amaran keras kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) Melaka supaya tidak mempermainkan parti itu dengan membuat keputusan sepihak, khususnya dalam urusan pengagihan kerusi dan pengumuman calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau yang jelas tidak berpuas hati menegaskan bahawa kedudukannya sebagai Presiden MCA tidak boleh dipandang ringan, malah tidak menolak kemungkinan mengambil keputusan besar sekiranya partinya terus tidak dihormati.

“Jangan permainkan saya. Saya beritahu kamu, saya berani bertindak. Saya datang atas dasar menghormati kamu semua, tetapi jika kamu mempermainkan saya, saya akan pergi.

“Jangan anggap saya sebagai presiden parti tidak berani bertindak,” katanya seperti dilaporkan akhbar Cina, Sin Chew Daily, hari ini.

Kemarahan Ka Siong tercetus susulan tindakan BN Melaka mengumumkan calon MCA ketika rundingan pengagihan kerusi antara parti komponen gabungan itu didakwanya masih belum dimuktamadkan.

Dalam wawancara telefon eksklusif bersama akhbar berkenaan, beliau menyelar tindakan pengumuman secara sepihak itu sebagai tidak menghormati MCA, sebuah parti komponen yang telah bersama BN sejak sekian lama.

“Kalau semua pihak belum mencapai persetujuan, jangan tergesa-gesa membuat pengumuman.

“Ini adalah soal menghormati pihak lain yang paling asas,” tegasnya.

Bantahan

Ka Siong mendakwa Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini pernah memaklumkan bahawa calon akan diumumkan pada 23 Oktober, namun beliau telah menyatakan bantahan kerana rundingan pembahagian kerusi belum selesai.

Menurutnya, watikah pelantikan calon juga belum ditandatangani, tetapi BN Melaka tetap meneruskan pengumuman berkenaan tanpa persetujuan kepimpinan tertinggi MCA.

Lebih mengecewakan, beliau mendakwa beberapa kawasan yang pernah ditandingi MCA turut diberikan kepada parti lain tanpa rundingan sewajarnya.

Ka Siong menegaskan bahawa sekalipun calon yang diumumkan merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), perkara itu tidak bermakna mereka secara automatik mendapat pencalonan daripada MCA.

Katanya, kuasa mencadangkan calon tetap terletak pada pucuk pimpinan parti berkenaan dan tidak sepatutnya dipintas oleh pihak lain.

Ketegangan itu menyaksikan Ka Siong bersama beberapa pemimpin MCA meninggalkan Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), malam tadi.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan tindakan meninggalkan majlis berkenaan bukan bermaksud MCA memboikot BN, sebaliknya sebagai bantahan terhadap keputusan yang dibuat tanpa persetujuan parti.

Masih bersedia

Ka Siong turut membandingkan kemelut tersebut dengan proses pembahagian kerusi pada PRN Johor sebelum ini apabila parti-parti komponen BN masih mampu mencapai persetujuan melalui rundingan.

Menurutnya, pendekatan saling menghormati dan semangat persaudaraan sepatutnya terus menjadi asas kerjasama parti-parti dalam BN.

Beliau menegaskan MCA masih bersedia meneruskan rundingan, namun semua pihak mesti menghormati prinsip dan pendirian setiap parti komponen.

“Kami sangat mudah untuk berbincang. Apa sahaja perkara boleh dirundingkan dan bagaimana hendak menyelesaikannya juga boleh dibincangkan,” katanya.

Untuk rekod, MCA hanya diperuntukkan dua kerusi pada PRN Melaka kali ini, berbanding tujuh kerusi yang ditandinginya pada pilihan raya negeri 2021.

Dua kerusi tersebut ialah Klebang dan Machap Jaya, masing-masing bakal dipertahankan penyandangnya, Datuk Wira Lim Ban Hong dan Datuk Ngwe Hee Sem, berdasarkan pengumuman BN.

Bagaimanapun, Ka Siong menegaskan MCA tidak akan mengiktiraf pencalonan yang dibuat tanpa persetujuan kepimpinan tertinggi parti.

Sementara itu, Ahmad Zahid hari ini memberi jaminan bahawa pertikaian berhubung pengumuman calon MCA akan dibincangkan dan diselesaikan sebelum hari penamaan calon pada 31 Oktober ini.

Beliau mengakui Ka Siong terkejut kerana tidak dimaklumkan lebih awal oleh sekretariat mengenai pengumuman calon berkenaan.

Ahmad Zahid turut menjelaskan bahawa watikah pencalonan belum ditandatangani sepenuhnya dan masih terdapat ruang untuk menyelesaikan pertikaian itu melalui rundingan.






CAKAP YANG TAU SUDAH LA.

 

Lihatlah sendiri betapa bodohnya Hadimauwang yang langsung tak erti belanjawan dan defisit. Dia membentang untuk merampas kuasa. Langsung tak faham apa itu ekonomi. Itulah taraf pemimpin PAS. Semua pemimpin PAS adalah katak di bawah tempurung. Urus kampong pun tak layak.






INI CARA MENILAI ANAK MUDA.LEKEH NYA UMPAS.

 



Baru sahaja diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Kuala Linggi, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah atau Mukhlis Mubin sudah menjadi sasaran sindiran dan serangan peribadi di media sosial.






Apa yang menarik, calon muda daripada generasi Z itu bukan diserang kerana dasar atau cadangan pembangunan yang dibawanya, sebaliknya beberapa hantaran memilih untuk mempermainkan penampilan fizikalnya.


Menerusi satu hantaran Facebook, individu menggunakan nama Azrul Abu Hassan yang memaparkan identiti berkaitan UMNO pada gambar profilnya menyamakan Mukhlis dengan etnik Rohingya.


“Melampau betul PH ni sampai etnik Rohingya pun diorang angkat jadi calon,” tulisnya sambil berkongsi poster rasmi Mukhlis.


Tidak cukup dengan itu, beliau turut menyindir pakaian calon berkenaan.


“Siap pakai jaket Pink lagi,” tambahnya bersama beberapa emoji ketawa.


Hantaran tersebut tidak mengemukakan sebarang bukti bahawa Mukhlis berketurunan Rohingya. Kenyataan itu sebaliknya dilihat sebagai sindiran terhadap penampilan calon muda tersebut.


Sebuah lagi halaman Facebook, Tentera Troll Kebangsaan, turut berkongsi poster Mukhlis dengan kapsyen yang mempermainkan calon berkenaan.


“Ada yang kata ‘Joki motor malam minggu mana ni?’” menurut hantaran tersebut.


Sementara itu, akaun PHan Fizs turut memuat naik gambar Mukhlis ketika majlis pengumuman calon dengan kapsyen, “Macam tak ada harapan ja calon dari Pan ni.”


Apa yang menjadi persoalan, mengapa penampilan seorang calon muda menjadi tumpuan serangan sedangkan latar belakang dan kebolehannya juga boleh dinilai?


Mukhlis bukanlah nama asing dalam dunia pengucapan awam. Pada 2023, beliau pernah muncul juara Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri bagi kategori Alam Melayu.


Kejayaan tersebut menunjukkan beliau mempunyai pengalaman dalam bidang pengucapan awam, walaupun kebolehan berpidato sahaja belum cukup untuk menentukan kemampuan seseorang menjadi wakil rakyat.


Kini, Mukhlis mengambil langkah lebih besar apabila bertanding dalam pilihan raya negeri dan perlu membuktikan kemampuannya memahami masalah penduduk Kuala Linggi.


Sebagai calon PH, beliau tentunya terbuka untuk dinilai dan dikritik berdasarkan idea, tawaran serta pendirian politiknya.


Namun, serangan yang mempermainkan rupa paras atau mengaitkan seseorang dengan etnik tertentu tanpa asas tidak membantu pengundi menilai kemampuan calon.


Lebih-lebih lagi apabila parti-parti politik sering bercakap tentang pentingnya memberikan ruang kepada generasi muda untuk terlibat dalam kepimpinan negara.


Kalau benar mahu menguji kemampuan calon Gen Z, persoalkanlah apa perancangannya untuk rakyat, bagaimana mahu menangani kos sara hidup atau apa yang boleh dilakukan bagi membangunkan Kuala Linggi.


Bukannya sekadar mempermainkan wajah, jaket dan penampilan calon.


Bagaimanapun, hantaran individu dan halaman yang menggunakan identiti pro-BN itu tidak semestinya mewakili pendirian rasmi UMNO atau Barisan Nasional.


Apa yang jelas, kemunculan Mukhlis sebagai calon PH sudah mencetuskan perhatian, termasuk serangan peribadi sebelum kempen pilihan raya bermula.


Daripada pentas pidato antarabangsa ke gelanggang PRN Melaka, Mukhlis kini berdepan cabaran baharu yang bukan sahaja melibatkan persaingan politik, tetapi juga budaya serangan peribadi di media sosial.



PRN MELAKA: BIRU ATAU MERAH? — SIAPA PILIHAN ANDA? 🔥

 


🔥 PRN MELAKA:  BIRU ATAU MERAH? — SIAPA PILIHAN ANDA? 🔥



📍 N.27 MERLIMAU


Persaingan semakin hangat! Dua calon, dua parti, dan satu kawasan yang menjadi perhatian. 👀


❤️ Ayu Hamzah — Amanah/Pakatan Harapan

👍 Datuk Dr. Muhamad Akmal bin Saleh — UMNO/Barisan Nasional


💬 Jika anda mengikuti perkembangan politik Melaka, siapa pilihan anda di Merlimau?


Kongsikan pandangan anda secara matang dan berhemah di ruangan komen. Hormati perbezaan pendapat, kerana setiap suara membawa perspektif tersendiri.


👇 Pilih ❤️ atau 👍 dan nyatakan sebab pilihan anda!


#PRNMelaka #Merlimau #Amanah #UMNO #PolitikMelaka #Malaysia




36 tahun memerintah, tak sempurna. Sebab kita bukan Nabi” - Nik Amar

 

Wan Hadi



“36 tahun memerintah, tak sempurna. Sebab kita bukan Nabi” - Nik Amar



Tapi puak2 dia hari2 balun kerajaan MADANI yang belum pun genap satu penggal. Serba tak kena yang baik pun dia balun. 36 tahun mereka jadi kerajaan di Kelantan, dia mintak rakyat Kelantan bersabar, kami bukan Nabi, ada kelemahan, kekurangan. 


Ini cara PAS tipu walaun2 & pentaksub mereka. 


Dasar kerajaan MADANI lambat sikit, mereka balun kiri kanan kata PMX kaki spin, gagal, kena turun. Tapi negeri dia lembab nak mampos mereka mintak rakyat sabar, rakyat kena bagi masa. Pakej buat perbandingan dengan Nabi yang ambik masa 23 tahun, katanya dia bukan Nabi, mungkin lagi lama. Ini gila punya tunggang tuan puan. 


Orang lain kena cepat, kena sempurna serba serbi tak boleh ada cacat cela. Tapi mereka punya lembab tak apa, kita bukan Nabi. 🤣🤣🤣🤣






ISU TAK BAYAR KE NI...AWAT HANGPA NI MEMALUKAN LA..ADA PENJELASAN DAK.?

 Perbezaan dibayar dgn rela hati..


Amin





FIKRAH KHAWARIJ.


Jamzuri Ardani






 Antara bahaya fikrah politik PAS ialah mereka membohongi rakyat kononnya parti mereka sahaja Islam dan pemerintahan Islam hanya tertegak bila parti mereka memerintah. 


Inilah bibit-bibit pemikiran takfiri. Tiada beza pemikiran seperti ini dengan ISIS, Al Qaeda, Taliban, dan seumpamanya. Cumanya mereka tidak sampai lagi ke peringkat mengangkat senjata.


Tetapi jika dibiarkan sahaja, tidak mustahil ia boleh sampai ke peringkat itu suatu masa nanti.





IDUP MCA..MCA KAWAN KAMI.


Aman Muhamad






 Daripada beri kerusi kepada PAS, lebih baik beri kepada MCA.


MCA tidak akan khianat UMNO, namun PAS akan khianat UMNO bila-bila masa sahaja.


Sifarkan kerusi PAS.

Birukan Melaka

😊





CALON MUDA BERPOTENSI

 


Riduan Abu Bakar



Kira² sebulan yang lalu, saya hubungi Mukhlis Mubin untuk jadi 'jurucakap' mini dokumentari 'Menjejaki Khawarij', dan beliau segera setuju, cuma katanya "kalau 18/11, saya nak konvo !", saya kata "wajib ! Kita susun".





Beberapa hari selepas itu, dalam mesyuarat Biro Politik Amanah Nasional, saya dapati nama beliau tersenarai sebagai calon , lalu saya kembali hubungi beliau "apapun kita tangguh rencana kita, lepas menang kita kira lain". 


Malam tadi, dari kejauhan, saya dengar pengumuman rasmi beliau sebagai calon N01 Kuala Linggi. Semoga berjaya hendaknya !


Minggu depan, sekembali dari program menjejaki Khawari, saya akan bermukim di Kuala Linggi, InsyaAllah



RAKYAT MELAKA PERLU MENILAI DIMANA KURANGNYA PH













 Malam tadi, perkarangan Stadium Hang Jebat, Melaka meriah dengan kehadiran pimpinan dan jentera Pakatan Harapan sempena Majlis Pengumuman Calon dan Pelancaran Jentera PRN Melaka Ke-16. 


YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan 21 calon Pakatan Harapan, termasuk 5 calon daripada Parti Amanah Negara (AMANAH).


Dalam ucapan, Bang Mat mengingatkan rakyat Melaka isu Raja Berperlembagaan yang berlaku di Negeri Sembilan untuk dijadikan iktibar. 


Kita boleh berbeza pandangan dan berpihak, tetapi jangan sampai bermaki hamun serta memecahbelahkan masyarakat. 


Pengalaman krisis politik akibat perebutan kuasa di pertengahan jalan sebelum ini wajar dijadikan pengajaran agar peristiwa sama tidak berulang.


Bang Mat turut berkongsi usaha Kerajaan MADANI membuka peluang kepada usahawan pertanian meningkatkan pendapatan sehingga bergelar jutawan melalui pasaran eksport, selain menegaskan pendirian Malaysia yang konsisten dan tegas terhadap Israel dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin.


Dalam menghadapi PRN Melaka, Bang Mat menyeru agar rakyat menilai kepentingan kestabilan politik, kesinambungan pembangunan dan masa depan negeri ini.


Tahniah diucapkan kepada semua calon. Teruskan kerja kuat berkhidmat untuk rakyat. 


#PakatanHarapan 

#AMANAH 

#PRNMelaka16 

#MelakaRumahKita




Ooooo...BINA UNTUK BANGSA LAIN

 


Maknanya rumah rumah yang dibina oleh Syk Binaraya, anak syarikat SEDC bukan untuk dijual kepada anak Kelantan la??





NI BUKAN SAJA SAJA NAK FITNAH .INI BETUL BETUL. BAGI JA PUAK NI PERINTAH ..MELINGKUP LA NEGARA NI.




 Kelantan:

Program solat munajat dan program maksiat dianjurkan serentak di Kelantan.


Kedah:

Semua pelaburan di Kedah sedang digambarkan sebagai hasil usaha MB walhal ia kerja keras Madani & kerajaan Pusat.


Terrengganu:

LKAN  dedah 20  daripada 26 anak syarikat negeri Terengganu telah rugi RM24.01 juta.


Perlis:

MB digantung oleh partinya sendiri.


Kesimpulan, kesemua status MB SG4 adalah luar tabii'.


:)




DATA TAK MENIPU...MELINGKUP ANAK SYARIKAT KERAJAAN 32-0.

 

Aman Muhammad


20 daripada 26 ANAK SYARIKAT TERENGGANU RUGI RM24.01 JUTA.







Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 bagi Negeri Terengganu, telah mendedahkan kegagalan MB Terengganu mengurus negeri sampai 20 anak syarikat negeri Terengganu rugi dan hanya 6 sahaja yang untung.


Kerugian yang dicatat ialah sebanyak RM24.01 juta.


Antara anak syarikat Terengganu yang rugi ialah:


1) Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT - RM12.86 juta


2) Yayasan Terengganu (YT) - RM5.07 juta


3) Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) - RM3.38 juta


4) Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) - RM0.50 juta


5) Yayasan Islam Terengganu (YIT) - RM0.08 juta


Nabi dah pesan.

Jika kita lantik orang yang tidak berkelayakan.

Tunggulah saat kehancurannya.


:)





PAS SEKULAR ATAU MUNAFIK ?

 




Aman Muhamad


Di Stadium Muhammad IV, PAS anjur solat munajat.


Di Mydin Tunjong, PAS benar konsert maksiat.


Ini baru betul-betul lPAS iberal dan luar tabii.





TERBAIK UMNO



Aman Muhamad



 "Serah kerusi MCA kepada PN bagaikan memberi kemenangan percuma kepada DAP"

- MCA







MCA membantah 5 kerusi yang mereka pernah bertanding diserahkan kepada PN tanpa sebarang rundingan dengan pihak mereka.


Dalam PRN Melaka 2021, MCA bertanding 7 kerusi.

2 menang, 5 kalah.


Dan 5 kerusi yang kalah tu diserahkan kepada PN tanpa restu MCA.


1. N16 Ayer Keroh (DAP)

2. N19 Kesidang (DAP)

3. N20 Kota Laksamana (DAP) 

4. N22 Bandar Hilir (DAP)

5. N24 Bemban (BERSATU)


Presiden MCA dilaporkan berkata, tiada sebarang rundingan dibuat dengan MCA untuk menyerahkan 5 kerusi itu kepada PN.


"KIta MCA sudah bekerja keras untuk DUN tersebut, tapi bila pilihanraya serah kepada orang lain pula"


Aku berharap DS Zahid Hamidi dapat ubah keputusan dan beri peluang kepada MCA bertanding 5 kerusi tu semula.


Kalau PN nak bertanding itu hak mereka, tapi MCA mesti diraikan kerana MCA ialah rakan setia BN, bukannya PAS atau GERAKAN.


Harap UMNO tidak khianat MCA sebagaimana PAS mengkhianat rakan-rakan mereka.


🙂




PADAN MUKA


Perantau Cari Rezeki



 Nak lawan DAP dengan cara fitnah,akhirnya kerana mulut badan binasa.





Oooo CAM GITU...BEROK KATA KE ORANG BEROK...




Mat Debe




 🔥🔥🔥

Standard konon ularmak PAS. 


Biasalah..... Anak murid Haji Hadi kan


Segala jenis binatang memang mereka suka petik. 


Hanya manusia yang berperangai macam binatang yang suka buat macam ni kan🤣🤣🤣





UMNO BERI PAS JALAN MATI.KIOK







Amran Jan


 1). 7 kerusi yang UMNO bagi kat PAS tu... 'Jalan Mati'.! 


2). MCA pun cabut awal (protes) program pengumuman Calon BN. ! 


Kahh.

.



PENYATUAN UMMAH VERSI UMNO DI MELAKA


Che Ibrahim




- Sisihkan rakan sendiri MCA demi beri laluan kepada kawan baru. 

- serahkan semua kerusi kalah kepada kawan baru. 

- kerusi menang kekal untuk pemenang.





LAWYER PA TAK PAHAM


RMS




 Gila dah laywer PN.. bila masa hakim kata pengharaman PN haram..?? RoS batalkan berdasarkan peraturan RoS, adakah mahkamah batalkan pengharaman PN oleh ROS..??


Tidak..apa yang berlaku hakim memutuskauntuk  membenarkan permohonan penangguhan sementara (interim stay) terhadap notis pembatalan pendaftaran oleh RoS..


Lawyer apa kalo undang undang pun tak faham.




PERBEZAAN KETARA ERA MADANI BERBANDING ZAMAN TERDAHULU;

 




PERBEZAAN KETARA ERA MADANI BERBANDING ZAMAN TERDAHULU;


1. Ekonomi berkembang lebih kukuh — 3.6% (2023) → 5.1% (2024) → 5.2% (2025) → 5.5% (2026 jangkaan)


2. Defisit fiskal semakin mengecil — 5.0% (2023) → 4.1% (2024) → 3.7% (2025).


3. Pelaburan diluluskan meningkat — RM267.8 bilion (2022) → RM431.1 bilion (2025). RM218 bilion separuh penggal 2026!


4. Pengangguran turun — daripada 3.9% (2022) kepada sekitar 2.9% (2025).


5. Inflasi semakin terkawal — Inflasi makanan pernah 5.8% → inflasi keseluruhan 1.4%.


6. Pelaburan asing bersih meningkat — RM47.4 bilion pada 2024.


7. Ringgit semakin kukuh berbanding tempoh kelemahan ketara sebelumnya.


8. Bantuan STR dan SARA diperluaskan kepada lebih ramai golongan yang memerlukan.


9. Subsidi mula disasarkan kepada golongan yang benar-benar layak, mengurangkan ketirisan.


10. Penjimatan subsidi disalurkan semula kepada bantuan rakyat dan pembangunan negara.


11. Gaji minimum dinaikkan — daripada RM1,500 kepada RM1,700 dan RM2,000 untuk tahun 2027.


12. Pelaburan bernilai tinggi diberi keutamaan, termasuk semikonduktor, tenaga boleh baharu dan ekonomi digital.


13. Pelan perindustrian baharu diperkuatkan melalui NIMP 2030.


14. Malaysia semakin menarik sebagai destinasi pelaburan global, dengan nilai pelaburan diluluskan mencatat rekod.


15. Kedudukan daya saing Malaysia meningkat dalam ranking IMD.


16. Tadbir urus dan disiplin fiskal diperkemaskan melalui reformasi fiskal.


17. Hasil negara diperkukuh tanpa bergantung semata-mata kepada pinjaman baharu.


18. Bantuan pendidikan diperluaskan, termasuk bantuan awal persekolahan dan pelbagai bantuan kepada pelajar.


19. Kos sara hidup ditangani melalui program bersasar seperti SARA, Jualan Rahmah dan inisiatif bantuan makanan.


20. Lebih banyak fokus kepada ekonomi rakyat, bukan hanya pertumbuhan KDNK — termasuk bantuan tunai, pekerjaan, gaji dan peluang keusahawanan.


Kesimpulan mudah:


Ekonomi naik. Pelaburan naik. Pekerjaan bertambah. Inflasi terkawal. Defisit turun. Bantuan rakyat diperluas.



PENAFIAN PMX


 

LAPORAN POLIS TERHADAP MUKHRIZ MAHATHIR





Pada 21 Oktober 2026, jam lebih kurang 6.00 petang, ketika saya berada di kampung Ranau kota marudu, saya telah membaca satu hantaran (posting) di laman media sosial Threads milik Mukhriz Mahathir melalui pautan berikut  :


https://www.threads.com/share/FyTKZk1kg/


Dalam hantaran tersebut, Mukhriz Mahathir telah menulis seperti berikut:


"Tindakan ROS membatalkan pendaftaran #perikatannasional tidak mengejutkan sebab itupun yg disyor oleh pembentangan Inisiatif Strategik di Konvensyen PKR di Melaka 15 Ogos lepas. Salahguna kuasa dan Anwar Ibrahim berpisah tiada."


Hantaran tersebut turut memaparkan satu slaid bertajuk "WHAT PMX MUST DO TO KEEP HIS POWER" yang antara lain mengandungi cadangan untuk menggantung aktiviti Perikatan Nasional (PN), bersama satu paparan berita mengenai keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).


Saya menganggap tuduhan yang dibuat oleh Mukhriz Mahathir ini sebagai SATU FITNAH JAHAT, TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DAN BERNIAT BURUK terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Saya percaya tindakan Mukhriz Mahathir merupakan satu usaha untuk mencemarkan nama baik Parti Keadilan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, selain mewujudkan persepsi buruk seolah-olah keputusan ROS dibuat atas arahan politik dan penyalahgunaan kuasa oleh Perdana Menteri.


Saya juga bimbang tuduhan yang saya anggap sebagai fitnah jahat ini boleh mengelirukan rakyat, menimbulkan kebencian terhadap kepimpinan negara serta menggugat keyakinan masyarakat terhadap kebebasan dan integriti institusi kerajaan.


Sehubungan itu, saya membuat laporan polis ini bagi memohon pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh terhadap Mukhriz Mahathir berhubung hantaran tersebut, khususnya di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) serta Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan (Akta 574), atau mana-mana peruntukan undang-undang lain yang bersesuaian.


Saya memohon agar pihak polis menyiasat kesahihan tuduhan tersebut, sumber asal slaid yang disebarkan serta unsur niat di sebalik penyiarannya. Sekiranya terdapat bukti berlakunya kesalahan jenayah, saya memohon agar tindakan undang-undang yang tegas dan sewajarnya diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab supaya penyebaran tuduhan tidak berasas yang boleh menjejaskan reputasi individu, parti politik dan institusi kerajaan dapat dibendung.


Sekian laporan saya.





KEH KEH KEH.... SEMBANG SI AKHMAL


 

MEMANDAI


 

MENJAWAB LEBAI MALANG


 

BUDAK BAHLOL NI TAK KAN TAK ADA ANAK NAK JADI WALI SOK...






Che Ibrahim





 Adakah budak ini yakin Allah tidak tahu niat sebenar dalam hatinya meleparkan kata kata ini?? 


Dengan manusia kamu boleh la berdolak dalih, tapi dengan Allah kamu tidak akan dapat berlepas diri.





MEMBANTU KOS SARA HIDUP

 



Hari ini saya bertemu warga Melaka ketika menghadiri Program Sentuhan Kasih MADANI dan meluncurkan Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030 (NCLAP30), sebagai kesinambungan usaha Kerajaan MADANI menangani kos sara hidup rakyat.














Dalam ucapan, saya menyentuh kenaikan harga minyak dunia yang mencecah sekitar US$130 satu tong ketika ini. Tatkala banyak negara di seluruh dunia merasai kesannya, alhamdulillah Kerajaan MADANI terus mempertahankan harga RON95 pada RM1.99 seliter menerusi BUDI95, meskipun kita perlu menanggung lonjakan kos subsidi minyak yang diunjur mencecah sehingga RM45 bilion setahun.


Dalam keadaan ini, ada suara yang menyifatkan pemberian subsidi ini mengajar rakyat jadi malas, dan ada pula yang mengatakan lonjakan subsidi ini akan membebankan kerajaan. 


Pendirian Kerajaan MADANI jelas: lebih baik Kerajaan yang menanggung beban daripada membiarkan rakyat dan ibu bapa kita yang menanggung derita. Kita memahami bahawa minyak digunakan untuk bekerja, menghantar anak ke sekolah dan mendapatkan rawatan. Setiap kenaikan harga akan terus menambah tanggungan keluarga.


Inilah makna ‘menggapai di langit, mengakar di bumi’. Tatkala kita memacu kemajuan negara, kebajikan rakyat mesti terus diutamakan agar segala kemakmuran diterjemahkan kepada kehidupan yang lebih bermaruah.


Peluncuran NCLAP30 hari ini juga adalah sebahagian ikhtiar kita menangani kos sara hidup, di samping memperluas Jualan Rahmah melalui penglibatan lebih ramai petani, nelayan dan pekebun. Penghargaan kepada seluruh pasukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang terus turun padang menyantuni rakyat.


Insya-Allah, kita akan terus bekerja agar ibu bapa dapat mengurus keperluan keluarga dan menyekolahkan anak dengan lebih tenang. Penat lelah mereka mesti kita santuni dengan dasar dan tindakan yang benar-benar meringankan beban.


#MalaysiaMADANI 

#YakinMADANI






PENYANYI NI PERLI SIAPA

 



Penyanyi rap terkenal, Waris, mencuri perhatian apabila tampil dengan satu hantaran berbaur sindiran mengenai isu proklamasi yang menjadi perdebatan hangat dalam politik Negeri Sembilan.



Menerusi akaun Threads miliknya, @warisn9, penyanyi yang terkenal dengan identiti Negeri Sembilan itu mempersoalkan dakwaan bahawa terdapat pihak mahu membuat pusingan U berhubung pendirian mereka sebelum ini.


“Donga cerito nak U-Turn balik.. Aikkkkkkkk. MRR pun tolak proklamasi mereka!” tulisnya menggunakan loghat Negeri Sembilan.


Tidak cukup dengan itu, Waris turut menyelitkan sindiran yang mengaitkan tindakan berpatah balik dengan aplikasi navigasi Waze.


“Kau ingat ni Waze ke?” soalnya.


Lebih menarik, penyanyi tersebut turut menutup hantarannya dengan satu lagi persoalan yang cukup tajam.


“Penderhaka where u at!” tulisnya.


Hantaran berkenaan dipercayai merujuk kepada kontroversi politik Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan isu proklamasi serta hubungan antara kepimpinan politik negeri dengan institusi diraja.


Bagaimanapun, Waris tidak menamakan mana-mana individu secara khusus dalam hantaran tersebut.


Beliau juga tidak memperincikan pihak yang didakwanya mahu membuat pusingan U atau menjelaskan dokumen proklamasi yang dimaksudkan.


Justeru, kenyataan itu lebih tepat dilihat sebagai sindiran dan persoalan yang dibangkitkan oleh penyanyi berkenaan, bukannya pengesahan bahawa mana-mana pihak benar-benar sudah mengubah pendirian.


Apa yang menarik perhatian ialah cara Waris menggunakan bahasa santai dan loghat Negeri Sembilan untuk menyampaikan pandangan mengenai isu yang cukup serius.


Daripada ungkapan “Donga cerito” sehinggalah perbandingan dengan Waze, sindiran tersebut cukup mudah difahami oleh pengguna media sosial.


Malah, penggunaan perkataan “penderhaka” turut menjadikan hantaran berkenaan lebih tajam kerana isu yang dibangkitkan menyentuh hubungan dengan institusi diraja.


Namun, istilah tersebut merupakan ungkapan yang digunakan Waris dalam hantaran media sosialnya dan bukan suatu penentuan undang-undang terhadap mana-mana individu.


Dalam politik, tindakan mengubah pendirian bukanlah sesuatu yang luar biasa, terutama apabila berlaku perkembangan atau rundingan baharu.


Tetapi apabila sesuatu isu sudah menjadi perhatian umum, sebarang perubahan pendirian tentu mengundang persoalan mengenai alasan di sebaliknya.


Itulah yang cuba diketengahkan Waris menerusi sindiran ringkasnya.


Setakat tangkap layar yang dikongsikan, hantaran berkenaan menerima lebih 200 tanda suka dan beberapa reaksi pengguna Threads.


Walaupun dikenali sebagai penyanyi, Waris nampaknya tidak keberatan menggunakan platform media sosial untuk menyuarakan pandangan mengenai perkembangan politik di negeri kelahirannya.


Dan kali ini, satu perkara yang menjadi bahan sindirannya cukup jelas.


Kalau dalam Waze, tersalah jalan boleh buat U-turn dan cari laluan baharu.


Tetapi dalam politik, apabila pendirian sudah diumumkan secara terbuka, tindakan berpatah balik tentunya memerlukan penjelasan yang lebih daripada sekadar menukar arah perjalanan.


- Nengok TV