ADUN Batu Tiga anjur program bio-remediasi pasca banjir

 






Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail baru baru ini menganjurkan program pembersihan banjir bio-remediasi.



Program ini dilakukan secara kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Dun Batu 3, Biostar dan Yayasan Aman dengan penyertaan Air Selangor, MBSA serta sukarelawan.



"Terima kasih Datuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang turut hadir membuat flag off (pelepasan) kepada sukarelawan program ini," katanya.



Program tersebut dijayakan oleh sukarelawan daripada Ranting KEADILAN kawasan Batu Tiga, KEADILAN Muar, NGO ABIM Manjung, Team Selangor, Air Selangor, Jingga 13 Kota Raja, MPKK Petaling, NGO Generasi KEADILAN, Media PINS, NSU (negeri sembilan update), NGI Sijangkang, Team Melaka, MPKK Klang, Tengkorak Bikers Tanjung Karang, Pesim Manjung, SUKA Batu 3 dan PeBS Bt 3.



Program Bio-Remediasi Selangor Pasca Banjir adalah pembersihan kediaman dan kawasan secara bersepadu bagi mengelakkan jangkitan panyakit dan menjamin keselamatan mangsa banjir mendiami kembali rumah mereka.

Untuk apa dilantik Penasihat Khas, Kerajaan BN - PN ada Duta Khas



 

Tindakan Menteri Luar Kerajaan BN - PN, Datuk Saiffudin Abdullah melantik Penasihat Khas dalam hal ehwal Asia Timur dan hal kebajikan antarabangsa mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat.


Menurut Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung, tiada gunanya Saifuddin melantik Penasihat Khas dalam keadaan telah wujud Duta Khas yang ditugaskan dan berperanan di peringkat antarabangsa.


"Kerajaan sebelum ini telah melantik Duta Khas bertaraf Menteri sebanyak 3 orang, kenapa masih perlu melantik 2 Penasihat Khas lagi?


"Kerajaan BN-PN telah melantik Duta khas ke China Datuk Seri Tiong King Sing, Duta Khas Timur Tengah Datuk Seri Hadi Awang, Duta Khas Asia Selatan SA Vigneswaran dan juga Duta Khas Asia Timur Datuk Seri Richard Riot. Kos Duta-duta khas ini mencecah juta ringgit setiap tahun.


"Bayangkan pembayaran elaun dan gaji bagi pegawai serta Setiausaha untuk Duta Khas mencecah RM 145,653 setiap bulan, iaitu sebanyak RM 1.7 juta setiap tahun, ia masih tidak termasuk elaun dan gaji duta-duta khas.


"Menteri sepatutnya bekerjasama dengan duta khas tersebut, apakah rasional kerajaan memilih untuk melantik penasihat yang baru?" tanyanya.


Dakwa ADUN Semambu itu lagi, pelantikan Penasihat Khas mungkin sengaja dibuat melangkaui proses pelantikan pegawai tadbir diplomatik dengan melantik orang luar yang dijanjikan jawatan politik sebelum ini.


Katanya, pelantikan seperti itu sama sekali tidak memenuhi tatacara kementerian.


"Kementerian Luar Negeri telah mempunyai sistem latihan yang sempurna, malah ada pegawai tadbir diplomatik yang profesional untuk memberi cadangan. Tindakan Saifuddin melantik orang sendiri sebagai ganjaran dilihat sebagai satu penghinaan terhadap pegawai tadbir diplomatik yang profesional.


"Jika pun perlantikan tersebut tidak akan menggunakan satu sen dana kerajaan, tetap ia akan dilihat Menteri menggunakan jawatan kementerian luar negeri sebagai modal politik peribadi dan tidak mencerminkan tatacara serta protokol yang profesional," katanya lagi.

 

SAUQI TOUPOI HENTAM MUKHRIZ DAN PEJUANG


 

Adakah sistem perparitan Taman Sri Muda diurus dengan betul, soal bekas timbalan menteri


Sekurang-kurangnya 25 orang maut dalam banjir di Selangor, kebanyakannya di Taman Sri Muda, Shah Alam. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang bekas timbalan menteri mempersoalkan penguatkuasaan berhubung sistem perparitan di Taman Sri Muda, kawasan paling teruk dilanda banjir akibat fenomena lekukan tropika.

Sekurang-kurangnya 25 orang maut dalam banjir di Selangor, kebanyakannya berlaku di kawasan kejiranan yang terletak di Shah Alam itu.

Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Raja Kamarul Bahrin Shah, yang terlatih sebagai arkitek, berkata banjir tidak akan seteruk itu jika ia diuruskan dengan baik.

“Amaran telah dikeluarkan berkali-kali, tetapi tiada siapa yang mengambilnya serius,” katanya.

Persatuan penduduk Taman Sri Muda memberitahu FMT baru-baru ini, sistem saliran mereka dibebani air dari kawasan lain, tiga kali ganda daripada jumlah yang dapat dikendalikan oleh longkang-longkang mereka.

“Apabila ada perumahan baharu akan dinaikkan, mesti ada pengiraan yang dikemas kini untuk melihat sama ada kawasan perumahan lama mampu menampung isipadu berlebihan,” kata Raja Kamarul.

Raja Kamarul Bahrin Shah.

“Jika tidak, pembangunan baharu itu mesti mencari sistem perparitan bebas untuk menampung jumlah itu,” katanya.

“Namun, sejauh mana ini dipatuhi? Sekalipun ia dipatuhi, adakah ia (sistem saliran) diselenggara dengan baik?”

“Pemaju sentiasa mencari jalan untuk mengelak daripada mematuhi peraturan, (namun) pihak berkuasa perlu tegas.”

Tanggungjawab terletak pada pihak berkuasa untuk memastikan keselamatan projek yang mereka luluskan, katanya.

Pihak berkuasa tempatan bertanggungjawab untuk menguatkuasakan peraturan berkaitan pembangunan dalam kawasan mereka, dan projek tidak seharusnya diluluskan melainkan pemaju mematuhi peraturan ini.

Antara pemilik rumah yang menzahirkan kebimbangan adalah M Ali, pengerusi Gabungan “Save KL” yang menyokong perancangan bandar bertanggungjawab di Kuala Lumpur.

Ali berkata, beliau gagal mendapatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menunjukkan rancangan saliran air larian dalam pembangunan sedia ada.

Beliau bimbang Bangsar dan kawasan sekitarnya akan ditenggelami air kerana tanah kosong di Bangsar, termasuk bukit dan cerun, sedang diintai untuk pembangunan.

“Dengan kelulusan yang diberikan bagi pembangunan besar-besaran, mana longkang untuk mengalirkan air permukaan dari kawasan itu?” soalnya.

Kawasan perumahan tidak seharusnya menumpang sistem perparitan sedia ada, tambahnya.

Bagaimanapun, pihak berkuasa diketahui hanya menuruti pemaju dalam menyembunyikan impak negatif projek.

Beliau menggesa undang-undang baharu digubal untuk mengenakan hukuman berat kepada pemaju yang tidak menyediakan sistem perparitan yang sempurna.

“Pegawai atau pihak berkuasa yang meluluskan juga mesti bertanggungjawab,” katanya.

JOM KITA BERSATU KEMBALI DAN TUMBANGKAN KERAJAAN HARI INI.


 

KEH..KEH..KEH.....


Bila cikgu suruh student kelas belakang dan paling tercorot dalam kelas tolong bagi markah untuk satu kelas.
Tak berani komen lebih-lebih, nanti tak bau Pamoga, silap-silap di campak ke dalam Melaka, Takdir!

MMMS




6 ORANG SAJA PUN TAK SEPENDAPAT


 MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF



La macam mana 6 ahli lembaga tak sependapat dengan kenyataan Pengerusi?

Ni kes "you scratch my back and I'll scratch yours" ke?
Habis tu sumpah Allah dan Rasul macam mana, nak tambah junjung Al-Quran tak?
Demikianlah...




SELAIN PM..AJAK JUGA PIMPINAN PAS DAN ANNUAR MUSA..KESIAN KENA PEMBOHONG DENGAN PIMPINAN MELAYU ISLE....MEREKA MUNGKIN MEMBELINYA DENGAN HARGA YANG LEBIH TINGGI.....




Jangan biarkan kami ditindas, pemilik tanah Kg Sungai Baru tuntut PM campur tangan


Oleh BORHAN AHMAD / January 9, 2022

Selepas hampir sebulan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim berjanji untuk mengadakan libat urus dengan mereka dan pemaju tetapi gagal sehingga kini, pemilik tanah Kampung Sungai Baru, Kg Bharu menuntut agar Perdana Menteri campur tangan.

Ini kerana, walaupun janji mahu menyelesaikannya dibuat pada 13 Disember lalu di Dewan Rakyat, sehingga kini tidak ada libat urus itu dibuat oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dengan mereka.

Yang akan datang pada minggu depan, 19 Januari, adalah mereka sessi pendengaran kedua cadangan pengambilan tanah mereka yang akan dibuat oleh Pejabat Tanah dan Galian Kuala Lumpur mengikjut Akta Pengambil Tanah.

“Janji Menteri Wilayah Persekutuan, pembangunan Kampung Sungai Baru akan berlaku jika kami bersetuju dengan pampasan yang diberikan dalam suasana win win.

“Namun kami agak terkejut, sessi kedua pendengaran akan dilakukan sedangkan janji YB menteri belum dilaksanakan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung Sungai Baru, Eli Suzana (gambar) dalam sidang media mereka petang semalam.



Ili Suzana dalam sidang media petang semalam.

“Kami menuntut mereka campur tangan dan jangan membiarkan PTG, Perbadanan Kampung Bharu (PKB) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat penindasan dan penganiayaan terhadap pemilik yang mempunyai geran yang sah dan sekali lagi saya tegaskan kami bukan setinggan,” kata beliau.

Pihak pemaju akan mengambil alih tanah Kampung Sungai Baru yang teletak antara Kampung Baru dan sungai yang memisahkan mereka dengan KLCC itu dengan menggunakan Akta Pengambil Tanah selepas tidak semua penduduk bersetuju dengan cadangan pembelian mereka.

Ini kerana, tanah mereka hanya akan dibeli dengan harga sekitar RM500 sahaja sekaki persegi.

 

Menurut jurunilai swasta yang mereka lantik, harga tanah mereka tidak kurang RM1500 per sekaki persegi tetapi pihak pemaju hanya mahu membayar RM500 sekaki persegi sahaja, kata Ili Suzana.

Beliau mewakili 37 pemilik tanah rumah teres yanhg terletak di Kampung Sungai Baru mengadakan sidang media bersama mereka semalam.

Ketika Pakatan Harapan memerintah, Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Khalid Abdul Samad menawarkan harga RM1,000 sekaki persegi untuk kerajaan membeli tanah mereka bersama tanah Kampung Bharu.

Ketika itu, pelbagai dakwaan dihalakan terhadap Khalid termasuk mahu menjadi broker tanah dan harga yang ditawarkan oleh Khalid terlalu rendah.

Namun belum sempat ia dilaksanakan, kerajaan PH jatuh dan kini di bawah kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri dari Umno, Akta Pengambilan Tanah akan digunakan untuk mengambil tanah mereka.

 

Nak kritik Anwar? Jadi MB pun tak cukup penggal, Hassan bidas Mukhriz

 

Adalah hak Mukhriz Mahathir untuk bercakap bahawa masa depan Anwar Ibrahim sudah berlalu dan Pakatan Harapan perlukan pemimpin baru.

Maka penulis ini pun ada hak yang sama untuk mengulas komen Mukhriz Mahathir itu.

Masyarakat kita dan Malaysia ini bersikap terbuka.

Hanya Mukhriz elok juga menyedari betapa ramai rakyat biasa sama ada anggota PKR ataupun bukan; penyokong PH atau pun bukan yang terluka di hati apabila ayahanda Mukhriz mungkir janji kerana enggan melepaskan jawatan Perdana Menteri yang telah dijanjikan kepada Anwar Ibrahim.

Cakaplah apa jua yang Mukhriz mahu cakapkan untuk memperkecil dan melekehkan Anwar sebab Anwar berjiwa besar untuk terganggu dengan kata-kata yang Mukhriz lontarkan itu.

Tetapi penulis kerdil ini tidak akan membiarkan pemimpinnya yang telah berkorban untuk rakyat dan negara merengkok di dalam penjara lebih 11 tahun lamanya diperkotak-katikkan oleh seorang ahli politik muda anak bangsawan yang tidak pernah semalam pun merengkok dalam lokap kerana berani bersuara untuk rakyat.

Namun begitu penulis masih memberi peluang dan hak Mukhriz yang jadi presiden Pejuang yang hanya ada empat orang Ahli Parlimennya di seluruh negara mempersenda dan mengecilkan kekuatan sokongan Anwar yang mempunyai lebih 30 Ahli Parlimen PKR dan lebih 90 Ahli Parlimen PH keseluruhannya.

Selemah-lemah Anwar yang dikatakan oleh Mukhriz bahawa masa untuk Anwar sudah berlalu, pada hari ini Anwar masih menjadi Presiden PKR, Pengerusi PH, dan Ketua Pembangkang di Parlimen.

Manakala sehebat-hebat Mukhriz anak bangsawan ini beliau tidak dapat melindungi fakta sejarah bahawa dua kali Mukhriz dijatuhkan sebagai Menteri Besar Kedah di pertengahan jalan.

Tak pernah Mukhriz pegang jawatan MB Kedah dari awal hingga ke akhir macam Menteri-menteri Besar yang lain.

Penulis bukan suka sangat hendak menulis cerita-cerita seperti ini, tetapi apabila Mukhriz berani celupar dan kurang adab, maka beliau perlu menerima ulasan seperti ini.

Tangan yang berani menghunus keris maka perlu bersedia untuk tertikam senjata sendiri.

 

Hassan Abdul Karim adalah Ahli Parlimen Pasir Gudang

SELAIN SAH MENIPU DAN BERBOHONG, ABU ZAHAR JUGA CEMARKAN NAMA AGONG

 

Termasuk Abu Zahar Ujang selaku pengerusi, Lembaga Penasihat Pencecahan Rasuah (LPPR) SPRM mempunyai tujuh orang anggota.

Berikutan sidang media Abu Zahar atas nama LPPR pada 5 Januari lalu yang membersihkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki daripada sebarang salah laku berkaitan kontroversi pemilikan saham korporat yang dikaitkan dengannya, enam anggotanya hari ini tampil dengan kenyataan media bersama yang menjarakkan diri mereka daripada pendirian tersebut.

Mereka menyangkal pernah bersetuju dengan apa yang disebut oleh Abu Zahar dalam sidang medianya itu, bahkan menyifatkannya sebagai pandangan peribadi bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah itu semata-mata.

“Kami dengan terang ingin menyatakan bahawa ahli-ahli lembaga pada mesyuarat LPPR pada 24 November lalu atau pada bila-bila masa selepasnya, tidak pernah menzahirkan pendirian sedemikian seperti yang dinyatakan oleh Abu Zahar.

“Kami ingin menyatakan bahawa kenyataan berkenaan adalah sepenuhnya pandangan peribadi Abu Zahar,” kata kenyataan itu lagi.

Mereka sebaliknya mencadangkan supaya kes Azam dirujuk kepada sama ada jawatankuasa bebas, jawatankuasa pilihan Parlimen mengenai rasuah atau panel aduan SPRM.

Bagaimanapun, mereka berkata, pandangan tersebut tidak dinyatakan oleh Abu Zahar semasa sidang medianya itu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan bersama oleh semua ahli LPPR kecuali Abu Zahar, iaitu Ismail Omar, Azman Ujang, Akhbar Satar, Hamzah Kassim, David Chua Kok Tee dan Mohammad Agus Yusoff.

Dengan enam daripada tujuh anggota LPPR, kecuali Abu Zahar, sependirian menyatakan mereka tidak pernah terlibat dalam membersihkan nama Azam, bermakna sahlah Abu Zahar telah menipu, berbohong dan bertindak mengelirukan dalam sidang media pada 5 Januari lalu.

Ia juga bermakna, Abu Zahar sudah boleh dianggap hilang kepercayaan daripada semua anggota LPPR sendiri

Kenapa Abu Zahar pandai-pandai secara sendirian berbuat demikian?

Apakah kerana beliau sedar kes Azam itu memang tidak boleh dipertahankan?

Jika begitu, apa tujuannya pandai-pandai membersihkan nama Azam dengan membelakangkan semua anggota LPPR?

Apa kepentingannya dalam kes Azam ini?

Dengan perlakuan tidak bermoral ini, Abu Zahar bukan saja telah merosakkan nama LPPR, malah mencemarkan nama Yang Dipertuan Agong yang melantiknya memegang jawatan tersebut.

Menipu dan berbohong atas jawatan yang dilantik oleh Agong adalah perbuatan yang tidak harus dimaafkan oleh seluruh rakyat negara ini.

Maka, selain harus meletakkan jawatan dengan serta-merta, siasatan salah laku juga seharusnya diambil terhadap Abu Zahar, bersekali dengan Azam yang bersungguh-sungguh cuba dipertahankannya itu.

SPRM harus dibersihkan dengan sebersih-bersihnya, terutama dengan perangai macam Abu Zahar ini jika rasuah ingin dibanteras dengan sebaik-baiknya di negara ini. – ShahbudinHusin 08/01/2021.



Enam ahli LPPR nafi sependapat, sekarang giliran Abu Zahar beri penjelasan

 


Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar perlu memberi penjelasan secara terbuka susulan kenyataan terbaru enam Ahli LPPR yang tidak sependapat dengan kenyataan beliau tentang pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Abu Zahar dalam sidang medianya sebelum ini memberitahu, ahli lembaga LPPR berpuas hati dengan penjelasan Tan Sri Azam Baki bahawa akaun miliknya digunakan adiknya Nasir Baki untuk membuat pembelian saham.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil bertanya adakah Abu Zahar sebenarnya telah membuat keputusan ‘membersihkan’ nama Ketua Pesuruhjaya SPRM itui secara bersendirian.

“Abu Zahar kini tiada pilihan kecuali untuk memberi penjelasan penuh secara terbuka berkenaan perkara ini – atau meletakkan jawatan serta merta.

“Amat jelas beliau tiada lagi hak moral untuk menjadi pengerusi LPPR,” kata Fahmi mengulas pengakuan terbaru enam ahli LPPR hari ini.

Enam ahli lembaga SPRM hari ini menegaskan bahawa kenyataan Abu Zahar adalah pendapat peribadinya sendiri dan tidak mewakili pendirian mereka.

“Kami dengan terang ingin menyatakan bahawa ahli-ahli lembaga pada mesyuarat itu atau pada bila-bila masa selepasnya tidak menzahirkan pendirian sedemikian seperti yang dizahirkan Abu Zahar,” kata mereka.

Penjelasan tersebut mewakili Tan Sri Ismail Omar, Datuk Seri Azman Ujang, Datuk Seri Akhbar Satar, Datuk Dr. Hamzah Kassim, Datuk David Chua Kok Tee dan Prof. Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Sementara itu Fahmi berkata, kenyataan yang dikeluarkan itu merupakan satu tamparan hebat buat kredibiliti Abu Zahar, dan adalah satu bentuk ‘undi tidak percaya’ terhadap beliau.

“Jelas, seperti yang dijangka pelbagai pihak, ‘penjelasan’ Abu Zahar dan Azam Baki tempoh hari hanya menimbulkan seribu satu persoalan baharu,” tambahnya.

UNDUR AZAM BAKI! Ahli Parlimen Keadilan Buat Laporan Polis, Ketua SPRM K...


YB Fahmi Fadzil, YB Akmal Nasir, YB Maszlee Malik, YB Mariah Chin dan beberapa orang Ahli Parlimen lain telah membuat satu laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki membabitkan isu rasuah


PAS " PLAY SAFE" ISU AZAM BAKI KERANA PERNAH "BERURUSAN " DENGAN SPRM DAN KEGAGALAN MENYAMAN HUSAM MUSA ISU 90 JUTA

 

Punca sebenar Pas memuji Azam Baki akhirnya terbongkar


Punca sebenar Pas memuji Azam Baki akhirnya terbongkar


Dunia maya dikecohkan dengan kenyataan rasmi parti Pas yang menyambut baik penjelasan terbuka Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki mengenai dakwaan pemilikan sahamnya dalam beberapa syarikat.

Menurut pengguna media sosial, tindakan pelik Pas itu dianggap satu cuban bermain selamat daripada serangan balas SPRM sekiranya menyambut saranan Ketua Pemuda Pas yang mencadangkan Azam Baki direhat sementara menantikan hasil siasatan terhadapnya selesai.

Ini berpunca daripada satu siasatan yang pernah dibuat terhadap Pas sebelum ini yang pernah dikaitkan dengan isu rasuah RM90 juta daripada wang 1MDB. Isu ini didedahkan oleh pirtal akhbar Sarawak Report sebelum dipanjangkan pula oleh Husam Musa yang menuntut agar satu siasatan dijalanlan terhadap dakwaan portal tersebut.

Pas melalui presidennya, Hadi Awang mengambil tindakan saman terhadap editor portal tersebut, Rewcastle Brown demi menyekat imej parti itu daripada terus rosak, yang dijalankan di Mahkamah di England.

Meskipun SPRM kemudiannya mengesahkan tiada kemasukan wang 1MDB seperti yang dihebahkan, Pas kemudiannya bertindak menarik balik saman terhadap Sarawak Reports, malahan terpaksa membayar pula sejumlah besar wang kepada editornya bagi tujuan tersebut.




Lebih menghairankan, Pas juga gagal mengambil tindakan mahkamah terhadap Husam yang pernah membangkitkan isu ini kepada media, meskipun Pas pernah berjanji akan berbuat demikian ketika itu.


Menurut sumber, meskipun SPRM telah membuat pembersihan terhadap parti tersebut, namun dipercayai terdapat bukti yang jelas pengaliran wang ke dalam akaun beberapa pemimpin Pas yang dijadikan proksi telah disembunyikan daripada pengetahuan umum oleh penyiasat SPRM yang diketuai Azam Baki ketika itu.

Malah tidak mengejutkan sekiranya Azam Baki bertindak balas dengan membocorkan perkara itu kepada umum sekiranya Pas terus-terusan menekan agar tindakan tegas diambil ke atas dirinya.

Semalam, setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menegaskan tuduhan terhadap Azam merupakan cubaan “untuk menggugat kestabilan negara di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.”

“Kenyataan terbuka ketua pesuruhjaya SPRM tersebut yang berupa penafian terhadap tuduhan berkenaan diharap dapat menghentikan tindakan beberapa pihak yang kelihatan sengaja membangkitkan isu seumpamanya bagi menimbulkan keraguan di kalangan rakyat…

“Dengan ini juga, beban pembuktian terletak ke atas pihak yang masih terus membuat dakwaan yang serupa bagi membuktikan segala tuduhan ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM berkenaan berasas, sekiranya tidak ia adalah sekadar tuduhan melulu.

“PAS yakin pihak berkuasa akan meneliti kenyataan tersebut dan menilai serta seterusnya mengambil tindakan yang adil kepada semua pihak berdasarkan fakta dan undang-undang,” katanya pada kenyataan lewat malam tadi.

Ini selepas Pemuda PAS menyarankan agar Azam direhatkan ekoran dakwaan pemilikan sahamnya itu, sehingga siasatan selesai.

Semalam, Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata meskipun dia menghormati Azam, namun pegawai tertinggi SPRM itu wajar memberi laluan kepada siasatan untuk membersihkan namanya.

Fadhli turut menyarankan semua pihak yang terlibat, termasuk pegawai tertinggi SPRM direhatkan sehingga siasatan selesai bagi “memastikan ketelusan dalam siasatan, serta membuktikan keseriusan kerajaan dalam menegakkan kedaulatan undang-undang”.

Azam dilanda kontroversi hebat berhubung dakwaan pemilikan saham di dua syarikat pada 2015. Berdasarkan laporan tahunan Excel Force Bhd 2015, Azam memiliki 2,156,000 waran dalam syarikat itu setakat 21 Mac 2016. Ketika itu, Azam adalah pengarah bahagian siasatan SPRM.

Ia mengundang gesaan agar siasatan dilakukan berhubung hal itu dan Azam direhatkan daripada jawatan ketua tertinggi agensi pencegahan rasuah negara.

Ekoran itu, Azam dalam satu sidang media kelmarin berkata yang dia memaklumkan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bahawa akaun perdagangan miliknya digunakan oleh adiknya untuk memperoleh saham tersebut.

Saham itu telah dipindahkan kepada adiknya, Nasir Baki.

Pengerusi LPPR Abu Zahar Ujang yang turut hadir, berkata LPPR berpuas hati dengan penjelasan Azam bahawa dia tiada kepentingan kewangan mahupun konflik kepentingan dalam pemerolehan saham tersebut.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah memaklumkan pihaknya akan menghubungi Azam selepas dia mengaku adiknya telah menggunakan nama akaun dagangannya untuk membeli saham.

Azam berkata dia akan memberi kerjasama penuh kepada SC.

Ketua pesuruhjaya SPRM juga telah memulakan tindakan undang-undang atas fitnah terhadap pemberi maklumat yang mendedahkan pegangan sahamnya.

Perjelas kenapa ‘bersih’ nama Azam atau letak jawatan, Abu Zahar diberitahu


Pengerusi Bersih Thomas Fann dan Presiden Aliran Anil Netto menyelar Abu Zahar Ujang yang dilihat menutup penglibatan Azam Baki. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: BERSIH menggesa Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Zahar Ujang meletak jawatan jika gagal menjelaskan keputusannya membersihkan nama Azam Baki berhubung isu pemilikan saham.

Gesaan itu susulan pendedahan enam ahli LPPR bahawa kenyataan Abu Zahar mengenai Ketua Pesuruhjaya SPRM terbabit pada sidang media Rabu lalu adalah pandangan peribadinya.

Pengerusi BERSIH, Thomas Fann, mendesak Abu Zahar meletak jawatan apabila jelas memberi gambaran salah berhubung cadangan ahli lembaga berkenaan.

“Malangnya, Abu Zahar atas sebab yang hanya diketahui dirinya, memilih menutup penglibatan Azam. Jadi beliau mesti memberi penjelasan atau jika gagal, perlu meletak jawatan,” katanya kepada FMT.

Thomas Fann.

Sementara itu, Presiden Aliran Anil Netto memberitahu FMT, kenyataan dikeluarkan ahli LPPR itu ibarat menunjukkan “kapal SPRM semakin karam”.

“Jika benar apa dikatakan mereka (ahli LPPR), maka pengerusinya perlu membuat penjelasan,” katanya dengan menambah ahli lembaga juga perlu menjelaskan kenapa mereka mengambil masa beberapa hari sebelum bersuara.

“Jangan siasat Azam saja, malah pegawai SPRM yang aktif dan telah bersara yang melakukan kesalahan seperti itu,” katanya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil turut mendesak Abu Zahar memberi penjelasan atau meletak jawatan, malah beliau disifatkan jelas tiada lagi hak moral untuk menjadi Pengerusi LPPR.

Anil Netto.

“Jelas, seperti yang dijangka pelbagai pihak, ‘penjelasan’ Abu Zahar dan Azam Baki tempoh hari hanya menimbulkan seribu satu persoalan baharu,” katanya di Facebook.

Beliau berkata, tindakan enam ahli LPPR itu merupakan tamparan hebat buat kredibiliti Abu Zahar, dan boleh disifatkan sebagai satu bentuk “undi tidak percaya” terhadap beliau.

Enam ahli yang mengeluarkan kenyataan bersama itu adalah Akhbar Satar, Ismail Omar, Azman Ujang, Hamzah Kassim, David Chua Kok Tee dan Mohammad Agus Yusoff.

Menurut mereka, sebelum sidang media pada Rabu lalu mereka telah mengadakan perbincangan berasingan dengan Abu Zahar dan mencadangkan perkara itu dirujuk kepada Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah atau Jawatankuasa Aduan SPRM.

Bagaimanapun, pandangan dan cadangan mereka tidak dibangkitkan Abu Zahar pada sidang media tersebut, kata mereka.

Pada masa sama, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menolak dakwaan bahawa kerajaan berdiam diri dalam isu itu, sebaliknya menegaskan semua pihak perlu memberi ruang untuk pihak berkuasa melakukan siasatan sepenuhnya.

Katanya, beliau sentiasa memantau isu berkaitan SPRM, selain agensi itu adalah suruhanjaya bebas dengan tatacara sendiri untuk mengendalikan perkara seperti itu.

YANG REPORT PULA KENA SIASAT





Adoi! Whistleblower pula yang kena saman. Ajaib sungguh la. Di mana-mana negara dalam dunia, bila ada kes begini, yang dituduh akan berusaha untuk bersihkan nama.

Tapi di Malaysia lain. Yang dikantoikan boleh buat alasan, tak kiralah remeh atau tidak, dan kemudian saman whistleblower. Ini seperti menakutkan para whistleblower yang lain daripada menyatakan kebenaran.

Sepatutnya Azam Baki buktkqni apa yang dia perkatakan tentang saham itu betul. Tunjuk bukti yang memang adiknya yang gunakan akaun dia. Itu bukan saham miliknya.

Masalahnya Suruhanjaya Sekuriti pun nak minta penjelasan dari Azam. Sebab kalau ikut akta pun, setiap akaun yang dibuka mesti atas nama sendiri. Macamana adiknya boleh guna akaun dia?

Jadi Azam nak kata fitnah tang mana? Respon yang sebegini tak pulihkan nama Azam dan SPRM. Sebaliknya hanya menjadi bahan tawa rakyat dan semakin menghakis keyakinan rakyat.

Yang peliknya PM Ismail Sabri macam tengah berhibernasi. Senyap terus. Sepatutnya bila sudah sampai ke tahap begini, PM dah kena masuk campur. Sebab ini menggugat nama baik agensi kerajaan.

Tapi memang style Ismail kot, suka datang last. Mungkin dia terpengaruh dengan filem. Hero selalu muncul bila cerita nak habis. Kalau begini cara kerja PM, negara ini dah macam auto pilot.

Apa pun, aku harap PH yang mempunyai ramai peguam yang

hebat

akan tampil untuk membantu whistleblower ini dalam menghadapi tuntutan yang dikemukakan oleh Azam Baki ini.

Aku yakin majoriti rakyat Malaysia menyokong tindakannya mendedahkan perkara yang dapat menimbulkan keraguan dan kebimbangan ini.

Raja Gelap