PRN Johor: PN letak calon di 33 kerusi - PAS tanding 11, Bersatu tanding 16


N Faizal Ghazali & Alyaa Alhadjri


Diterbitkan:  Jun 25, 2026 10:15 PM
⋅
Dikemaskini: Jun 26, 2026 1:17 AM











PN setakat ini mengumumkan 
akan meletakkan calon di 33'
 kerusi pada Pilihan Raya Negeri 
Johor yang akan berlangsung pada 11 Julai depan.

PN setakat ini mengumumkan akan meletakkan calon di 33 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Johor yang akan berlangsung pada 11 Julai depanPAS bertanding di 11 kerusi manakala Bersatu di 16 kerusi serta MIPP di lima kerusi dari 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Pejuang yang tampil di bawah payung PN pula akan bertanding hanya di satu kerusi.

Pengumuman itu dibuat pada empat majlis berasingan malam ini, melibatkan parti komponen PN; PAS, Bersatu dan MIPP.

Walaupun PAS dan Bersatu bertelagah sebelum ini namun dua parti itu tidak bertembung sesama sendiri malahan menggunakan logo PN pada pilihan raya yang akan berlangsung 11 Julai nanti.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan senarai penuh calon-calon PAS pada majlis di Bakri pada malam ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin pada majlis di Pagoh mengumumkan 16 calon yang akan mewakili PN pada PRN Johor.

Komponen PN, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) pada majlis di Tiram pula mengumumkan akan meletakkan calon di lima kerusi.

Sementara itu, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir pada majlis lain mengumumkan calon tunggal partinya yang turut mewakili PN akan bertanding di DUN Gambir iaitu Suraya Sulaiman.

Kesemua 33 calon akan bertanding di bawah logo PN dan tiada sebarang pertindihan kerusi berlaku di antara gabungan itu.

Walaupun keempat-empat parti menganjurkan majlis masing-masing, Samsuri mempunyai kuasa untuk menandatangani surat watikah bagi semua calon gabungan tersebut.

Sementara itu, Gerakan memaklumkan bahawa parti itu tidak akan meletakkan sebarang calon di Johor, begitu juga parti baru Wawasan Negara pimpinan Hamzah Zainudin yang dipecat daripada Bersatu.


Senarai calon PAS:

  1. Jementah - Saifullah Abdul Wahab, 36

  2. Tenang - Normala Sudirman, 53

  3. Simpang Jeram - Arshed Yahya

  4. Maharani - Mohamad Anuar Hayan

  1. Sungai Balang - Mohammad Amin Sailan

  2. Semerah - Halim Kepol

  3. Sri Medan - Ahmad Rosdi Bahari

  4. Endau - Hasnul Hakimi Hussein

  5. Pasir Raja - Yuhanita Yunan

  6. Tiram - Khairul Muntanazar Ismail

  7. Kahang - Mazlan Bujang

Senarai calon Bersatu:

  1. Bukit Kepong - Dr Sahruddin Jamal

  2. Layang-layang - Abd Mutalip Abd Rahim

  3. Sedili - Rasman Ithnain (bekas adun)

  4. Parit Raja - Dr Mohamed Maliki Mohamed Rapiee

  5. Kemelah - Uzzair Ismail

  6. Bukit Pasir - Idzhar Nasirruddin

  7. Serom - Mahfidz Omar

  8. Bukit Naning - Mohd Radzi Amin

  9. Semarang - Syafiq Aziz

  10. Rengit - Syed Mohamad Syed Alwi

  11. Tenggaroh - Muhamad Amerul Muhamad

  12. Panti - Mohamad Alias Rasman

  13. Johor Lama - Aisah Esa

  14. Stulang - Lim Chin Eng

  15. Senggarang - Mohd Rashid Hasnon

  16. Penawar - Fairulnizal Rahmat

Senarai calon MIPP:

  1. Bukit Permai - Lina Manoh A/P Manogaran

  2. Paloh - Jeevakumar A/L Dhayalan

  3. Kota Iskandar - Anna Pravina A/P Segaran

  4. Pemanis - Dr Ariventharan A/L Anandan

  5. Permas - Vela A/L Tebakumaran

Calon Pejuang:

Gambir - Suraya Sulaiman


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk

 mendapatkan perkembangan berita terkini!





PRN Johor: Ucapan Saifuddin Nasution di Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan


 

GEMPAK! PROF KANGKUNG EXCO PAS DIDAKWA DI MAHKAMAH KERANA MEMFITNAH KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI!


 

MANTAP! HUBUNGAN SULIT PAS PN DAN UMNO? 23 DUN PN BERI UMNO LALUAN?


 

BENARKAH SAMSURI MENDAPAT SOKONGAN TERTINGGI? ATAU DS ANWAR DI DEPAN!


 

PEMIMPIN KAYA ...YANG DOK GADOH NI DI BAWAH


 

@jasonyew_ Join "Berita palsu apakah? Yang terasa kenapa?


 

TERKINI! RAKYAT JOHOR TERUJA BERSUA MUKA DENGAN PERDANA MENTERI DS ANWAR!


 

BLOG AKAN DI UPDATE LEWAT PETANG.

 


Blog akan diiudate lewat PETANG KERANA talian tidak STABIL.Terima kasih.





LONDEH PAKAT LONDEH PRN JOHOR

 


BUAT PENGUNDI BUKAN MELAYU

 


JAWAB.. JANGAN TAK JAWAB...


 

JOM DENGAR APA PAA BUAT DENGAN HUDUD... RUU355... APA PAS BUAT. SOKONG APA LAGI?


 

𝗧𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗧𝗨𝗝𝗨 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗝𝗔𝗗𝗜 “𝗕𝗢𝗡𝗘𝗞𝗔 𝗜𝗦𝗧𝗔𝗡𝗔”, 𝗣𝗨𝗔𝗗 𝗭𝗔𝗥𝗞𝗔𝗦𝗛𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗨𝗠𝗡𝗢



1. Kenyataan media Dr Puad Zarkashi hari ini agak berat dan membuka lebih banyak persoalan.


2. Beliau mendakwa UMNO Johor tidak lagi bebas membuat keputusan kerana wujud campur tangan pihak Istana dalam keputusan politik parti.


3. Menurut beliau lagi, Onn Hafiz sekadar pak turut dan boneka yang terikat.


4. Dakwaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada UMNO Johor, tetapi boleh mengheret nama institusi Raja ke dalam polemik politik kepartian. Sebab itu penjelasan amat penting.


5. Kerana rakyat akan bertanya, siapa sebenarnya yang menentukan calon UMNO? Siapa pula yang menyediakan perbelanjaan kempen UMNO Johor?


6. Kalau UMNO menang, siapa sebenarnya bertanggungjawab terhadap dasar dan pentadbiran kerajaan negeri?


7. Adakah undi rakyat kepada UMNO nanti benar-benar diterjemahkan kepada dasar yang mewakili suara rakyat?


8. Dalam sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen, Raja berada di atas politik kepartian. 


9. Parti yang dipilih rakyat pula memerintah dan bertanggungjawab terhadap dasar kerajaan.


10. Sebab itu, kalau berlaku kesilapan dalam polisi atau pentadbiran, parti pemerintahlah yang patut dipertanggungjawabkan. Rakyat bebas menilai dan menyalahkan kerajaan.


11. Dengan cara itu, kemuliaan institusi Raja dapat dipertahankan daripada dipersalahkan atas keputusan politik parti.


12. Justeru, dakwaan Dr Puad Zarkashi ini sangat serius. Onn Hafiz dan UMNO Johor wajar beri penjelasan segera supaya tidak timbul kekeliruan yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap demokrasi dan institusi Raja Berperlembagaan.




JIWA DR PUAD TERLALU KECIL, ANAK MUNGKIN HILANG MASA DEPAN



25 Jun 2026


Biasanya pemimpin yang berani keluar parti adalah mereka yang berani.


Apatah lagi jika tindakan keluar parti itu kerana mempertahankan prinsip perjuangan  yang selama ini kental dipegang.


Tetapi, agak mengecewakan melihat apa yang berlaku kepada Dr Puad Zarkashi, Speaker DUN Johor.


Semalam pagi, beliau memaklumkan akan membuat satu pengumuman penting kerana tidak setuju dengan senarai calon UMNO bagi PRN Johor.


Ketika itu, nama-nama calon yang bakal bertanding belum lagi diumumkan kerana pengumuman hanya dibuat pada sebelah petang.


Mungkin Dr Puad sudah ada maklumat awal mengenai senarai calon yang bakal diumumkan itu.


Walaupun pada mulanya Dr Puad dijangka akan membuat pengumuman pada 27 Jun, tetapi hari ini (25 Jun), beliau sudah tampil dengan pengumumannya.


Apa yang diumumkannya tidak lain ialah keluar UMNO kerana mendakwa UMNO Johor tidak lagi bebas membuat keputusan dan dikawal istana.


Berat sebenarnya dakwaan Dr Puad itu, bukan saja kepada UMNO Johor, tetapi juga kepada Istana Johor.


Berdasarkan akan ada beberapa laporan polis terhadapnya, siasasan dan pertuduhan di mahkamah tidak mustahil akan menyusul.


Namun demikian, hanya beberapa jam selepas Dr Puad mengumumkan keluar parti, Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki tampil dengan pendedahan mengenai apa di sebalik tindakan Speaker DUN Johor itu.


Dr Asyraf berkata, Dr Puad bertindak demikian semata-mata kerana tuntutan peribadinya untuk mencalonkan anaknya dalam pilihan raya tidak dipenuhi oleh kepimpinan tertinggi parti.


Menurut Dr Asyraf Wajdi, anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu, sebelum ini telah mengemukakan ugutan itu dan berkata, akan menyerang UMNO sekiranya anaknya tidak dipilih menggantikan dirinya di Rengit. 


“Beliau sendiri menulis kepada saya secara panjang lebar mengugut untuk keluar parti dan akan menghentam parti sekiranya kepimpinan tertinggi UMNO tidak mempertimbangkan untuk mencalonkan anaknya sebagai calon di DUN Rengit,” tambah Dr Asyraf.


Masya Allah, apa jadi ni Dr Puad?


Untuk makluman, Dr Puad sebelum ini telah membuat kenyataan tidak mahu bertanding lagi di DUN Rengit, antaranya dengan alasan untuk memberi laluan kepada calon muda bertanding.


Rupa-rupanya laluan kepada calon muda yang diharap-harapkannya ialah anaknya sendiri.


Jika benar seperti apa yang dikata pleh Dr Asyraf, ternampak jiwa perjuangan Dr Puad terlalu kecil dan tidak secocok dengan dirinya yang berkelulusan PhD.


Sepatuynya Dr Puad sedar, soal menjadi calon pilihan raya adalah keputusan parti bedasarkan pelbagai pertimbangan dan bukan bahan untuk dijadikan ugutan.


Siapa anaknya dan apa jawatannya dalam UMNO sehingga ingin dijadikan penggantinya di DUN Rengit itu?


Jika anaknya ada jawatan kanan dalam parti dan dikenali ramai dalam khidmat kepada masyarakat setempat, parti tentunya lebih tahu untuk meletakkan sebagai calon tanpa sang bapa sibuk-sibuk menonjolkannya dan memberi ugutan?


Kesian Dr Puad, beliau sepatutnya melatih anaknya dalam politik dengan membentuk jiwa perjuangannya  menjadi lebih kuat, bukan dengan memberikan contoh yang buruk. 


Malah, tindakan beliau ini secara tidak langsung juga telah membunuh karier politik masa depan anaknya. - ShahbudinHusin 25Jun2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1319895590133557&id=100063393840098




APAKAH TINDAKAN SPRM TERHADAP MAFIA KORPORAT




 PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta PERDANA MENTERI menyatakan hasil siasatan dan tindakan yang diambil oleh SPRM berkenaan dakwaan 'mafia korporat' yang melibatkan pegawai SPRM dan ahli perniagaan. Apakah langkah-langkah pembaharuan yang akan dilaksanakan oleh Ketua Pengarah baharu SPRM.


JAWAPAN


YB DATO' SRI AZALINA OTHMAN SAID MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI)


Tuan Yang di-Pertua,


1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dakwaan berkenaan mafia korporat merupakan suatu perkara yang berada di dalam siasatan Polis Di-Raja Malaysia.


2. Di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Dato' Sri Abd Halim bin Aman, SPRM memberi tumpuan khusus untuk meningkatkan semula imej serta kepercayaan rakyat melalui pelaksanaan lima prinsip utama, iaitu Integriti tanpa kompromi, penguatkuasaan yang adil, pencegahan lebih baik daripada hukuman, teknologi dan ketelusan serta membina kepercayaan rakyat. Sejajar dengan prinsip tersebut, beliau menegaskan bahawa SPRM akan terus bertindak secara tegas, profesional dan bebas daripada sebarang pengaruh politik atau kepentingan tertentu, dengan berpaksikan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] dan prinsip "nobody is above the law".


3. Bagi mengukuhkan integriti dalaman dan ketelusan, Ketua Pesuruhjaya telah mengarahkan semua pegawai SPRM untuk mengemas kini perisytiharan harta dalam tempoh satu bulan, dengan beliau sendiri memulakan proses tersebut sebagai teladan. SPRM juga memperkukuh pematuhan kepada Standard Operating Procedure (SOP), sistem semak dan imbang, pengurusan kewangan berintegriti serta budaya kerja berasaskan kompetensi dan merit, di samping menolak sama sekali sebarang bentuk salah laku dalam kalangan warga SPRM yang boleh mencemarkan imej institusi.


4. Langkah ini selaras dengan pekeliling terbaharu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang memperincikan garis panduan pemilikan aset, termasuk saham, sekuriti dan aset digital dalam kalangan penjawat awam. SPRM juga memperkukuh pematuhan kepada Standard Operating Procedure (SOP), sistem semak dan imbang, pengurusan kewangan berintegriti serta budaya kerja berasaskan kompetensi dan merit, di samping menolak sama sekali sebarang bentuk salah laku dalam kalangan warga SPRM yang boleh mencemarkan imej institusi.


5. Selaras dengan cabaran jenayah rasuah dan kewangan yang semakin kompleks, SPRM mengukuhkan penggunaan teknologi terkini, analitik data, pemantauan transaksi serta risikan strategik, di samping memperluas kerjasama dengan agensi dalam dan luar negara.


6. Di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya SPRM, beliau akan memastikan SPRM bertindak dengan ketegasan yang lebih mutlak, keadilan yang saksama dan tanpa sebarang kompromi terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan kuasa tanpa mengira pangkat, kedudukan mahupun pengaruh.


7. Pada masa yang sama, SPRM memberi penekanan kepada usaha pencegahan dan pendidikan anti rasuah serta memperkukuh perlindungan kepada pemberi maklumat, diiringi komitmen kepimpinan baharu untuk mengamalkan budaya organisasi yang berdisiplin, rendah diri dan terbuka kepada teguran.


8. Langkah-langkah menyeluruh ini bertujuan memastikan SPRM benar-benar dilihat rakyat sebagai sebuah institusi yang bebas, telus, profesional dan berwibawa, sekali gus mengembalikan keyakinan terhadap usaha memerangi rasuah di negara ini.


Sekian, terima kasih.




Keluarga Altantuya tuntut siasatan afidavit Azilah, pendengaran 6 Oktober ini


71768946918_kesaltantuya.jpg
Pendengaran permohonan semakan kehakiman oleh keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu ditetapkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 6 Oktober depan. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Pendengaran permohonan semakan kehakiman oleh keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu supaya polis menyiasat afidavit tambahan dan akuan bersumpah bekas pegawai polis yang terbabit dalam kes pembunuhan model Mongolia itu, ditetapkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 6 Oktober depan.

Peguam, Sangeet Kaur yang mewakili bapa model itu, Dr Shaariibuu Setev ketika dihubungi media berkata, kes berkenaan dijadualkan untuk prosiding pendengaran di hadapan Hakim, Norliza Othman.

Pada prosiding berkenaan, Ketua Polis Negara, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia, Peguam Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Muhammad Muhairi Mohamed Noh.

Pada 16 Oktober 2025, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan Shaariibuu memulakan prosiding semakan kehakiman agar polis menyiasat afidavit tambahan dan akuan bersumpah bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri yang terbabit dalam kes berkenaan.

Pada 25 Ogos 2025, keluarga Altantuya memfailkan permohonan untuk mendapatkan deklarasi bahawa keputusan semua responden yang tidak memberitahu status siasatan terkini yang dijalankan pada 2019 oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman terhadap kandungan afidavit tambahan dan akuan bersumpah diikrarkan Azilah, bertentangan dengan undang-undang.

Afidavit tambahan bertarikh 24 September 2024 dan akuan bersumpah bertarikh 17 Oktober 2019 itu digunakan oleh bekas pegawai polis tersebut bagi menyokong permohonan semakan hukuman mati terhadapnya di Mahkamah Persekutuan pada 10 Oktober 2024.

Kedua-dua dokumen antara lain mengandungi pernyataan Azilah bahawa dia mendapat arahan daripada ‘pihak atasan’ untuk menjalankan ‘operasi sulit’ bagi 'membunuh dan menghapuskan si mati'.

Shaariibuu selaku pemohon berkata, sekiranya siasatan terhadap afidavit tambahan dan akuan bersumpah itu masih berjalan, beliau memohon perintah mandamus agar siasatan dilengkapkan dalam tempoh sebulan dari tarikh perintah mahkamah.

Turut dimohon perintah mandamus agar kesemua responden memaklumkan secara terperinci status terkini siasatan yang dijalankan oleh responden kedua (Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman) terhadap kandungan kedua-dua dokumen dalam tempoh tujuh hari dari tarikh keputusan mahkamah.

Shaariibuu berkata, jika kesemua responden memutuskan untuk mengklasifikasikan kertas siasatan sebagai 'Tiada Tindakan Lanjut,' beliau mahukan alasan tindakan itu diambil.

Model Mongolia, Altantuya ditemui mati dibunuh dan mayatnya diletupkan berdekatan Puncak Alam, Shah Alam, Selangor pada 2006.

Wanita itu dilaporkan berperanan sebagai penterjemah proses rundingan penjualan kapal selam oleh sebuah syarikat pembekal senjata dari Perancis kepada kerajaan Malaysia.

Pada 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati terhadap Azilah dan seorang lagi bekas anggota polis, Koperal Sirul Azhar Umar kerana membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober 2006 hingga 1 pagi keesokannya.

Sementara penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat melakukan pembunuhan terbabit.

Bagaimanapun pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan di Putrajaya melepas dan membebaskan mereka daripada pertuduhan membunuh itu.

Sirul berada di Australia selepas dibebaskan dan tidak pulang ke negara ini sewaktu rayuan akhir pendakwaan didengar di Mahkamah Persekutuan.

Pada 13 Januari 2015, Mahkamah Persekutuan di Putrajaya mengetepikan keputusan membebaskan mereka.

Pada 10 Oktober 2024, Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati terhadap Azilah dengan pemenjaraan selama 40 tahun dan 12 sebatan. -Sinar Harian




SIAPA CALON PM DARI PAS?


 

PAS JOM MAKI UMNO


 

TAK TINGGAI DUNIA... KEJAQ DUNIA JUGA


 

NOHHH ISTANA MASUK CAMPOQ KA? MMMMMM.... NAK SOH ISTANA MASUK CAMPOQ LAK?KaA HANGPA NI BUAT DAKWAAN KOT.

 


SYARIKAT MANA MONOPOLI


 

CERAI.. EDAH TAK HABIS LAGI...


 

NOHH.. SANUSI.. MAKI KAT ORANG


 

PULAK.... SANUSI DOK CERITA MACAM BAGUIH JA... JOM KITA DWNGAR CERITA APA DIA..


 

MB NI KENA BERDEPAN..BUKAN TULIS DALAM FB



 

MESYUARAT PUN TAK MAU HADIR.....LEMAH BETUL.


 

KEH KEH KEH.


 

CERITA BAB DATA DIA SENYAP...DIA PERNAH JADI TIMBALAN MENTERI DULU..BUAT APA NTAH LA .