Waytha Moorthy diperintah bayar RM80,000 kepada PM, saman cabar keabsahan Anwar ditolak


 


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan saman pemula difailkan P. Waytha Moorthy bagi mencabar keabsahan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Tambun dan Perdana Menteri.

Hakim Alice Loke Yee Ching, menegaskan bahawa sebarang cabaran terhadap keputusan pilihan raya atau pemilihan mana-mana ahli Dewan Rakyat seharusnya dikemukakan melalui petisyen pilihan raya selaras dengan Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan.

“Saman ini tidak dapat dipertahan atau dihujahkan.

“Plaintif tidak mempunyai harapan untuk berjaya… Oleh itu, permohonan bagi membatalkannya adalah dibenarkan,” katanya.

Dalam masa sama, mahkamah turut memerintahkan Waytha Moorthy membayar kos sebanyak RM80,000 kepada pihak defendan.

Waytha Moorthy memfailkan saman itu 12 Ogos lalu dengan mendakwa pelantikan Anwar sebagai ketua pentadbir kerajaan pada 24 November 2022 adalah tidak berperlembagaan.

Dia juga mendakwa pelantikan PMX itu sebagai terbatal dan tidak sah, selain mempersoalkan kelayakan Anwar untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).




PADAN MUKA- Hamzah ‘lawan’ Muhyiddin, dedah punca sebenar dipecat


 

AKMALA MEMBABI BUTA! TUNGGANG ISU GARI ZAMRI INI PENJELASAN PEGUAM!


 

JANGAN BUANG SAMPAH DINEGERI ORANG.





Bertabahlah wahai perantau demi negeri tercinta..... Berpeganglah kepada kata kata semangat dan keramat.... Setahun sekali jah.....





 

Nik Anuar

Sejam setengah jem nak masuk Gua Musang. Tak gerak-gerak. Sia'sia jer bertolak seawal 3.00 pagi korban tidur sahur tengah jalan.abam abam polis PDRM sila pantaulah trafik ni kenapa boleh jadi gini. Dah 2 kali dah ni telefon gegar IPD Gua Musang minta hantar anggota mai pantau kasi smooth sikit traffik. So pointnya tak payahlah try try balik ikut Gua Musang time gini. Sengsaraaaa. Huhuhu. Balik ikut LPT. Walau jauh tapi tenang.

Konflik Asia Barat: Kapal Perang Amerika Hampiri Selat Melaka

 

Kapal perang USS Tripoli (LHA-7) dan USS New Orleans (LPD-18) melakukan transit di sekitar Selat Singapura menuju Asia Barat pada 17 Mac 2026. Foto Military Aviation Photography Singapore

SINGAPURA, 18 Mac – Sebuah kapal perang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) menghampiri Selat Melaka sekitar perairan Singapura ketika dalam perjalanan ke Asia Barat, demikian menurut data penjejakan maritim semalam seperti laporan saluran berita CNN.

Kapal serangan amfibia, USS Tripoli menghampiri Singapura, di hujung barat daya Laut China Selatan pagi semalam, demikian menurut data penjejakan AIS yang dilihat oleh CNN.

Kapal Tentera Laut AS itu sering bergerak dengan transponder AIS dimatikan. Namun, mendedahkan kedudukannya semasa transit di kawasan trafik maritim yang sibuk seperti perairan sekitar Singapura, membolehkan operasi yang lebih selamat.

Kapal perang USS Tripoli (LHA-7) dan USS New Orleans (LPD-18) melakukan transit di sekitar Selat Singapura menuju Asia Barat pada 17 Mac 2026. Foto Military Aviation Photography Singapore

Akhbar The Wall Street Journal sebelum ini melaporkan, anggota marin tambahan akan dibawa USS Tripoli ke Asia Barat.

Mereka berasal daripada Unit Ekspedisi Marin ke-31 (MEU) berpangkalan di Okinawa, Jepun dan merupakan pasukan tindakan pantas terdiri daripada 2,200 askar, kata tiga pegawai yang biasa dengan rancangan tersebut.

Markas Perintah AS (CENTCOM) mengatakan, kira-kira 50,000 askarnya telah berada di Asia Barat sebagai sebahagian daripada perang dengan Iran.

Kapal perang USS Tripoli (LHA-7) dan USS New Orleans (LPD-18) melakukan transit di sekitar Selat Singapura menuju Asia Barat pada 17 Mac 2026. Foto Military Aviation Photography Singapore

CNN cuba mendapatkan komen daripada Armada ke-7 dan Armada ke-5 Tentera Laut AS.

Beberapa pegawai memberitahu bahawa unit itu dihantar ke Asia Barat, tanpa mendedahkan dengan tepat di mana ia dikerahkan atau untuk apa ia akan digunakan.

Berpangkalan di Sasebo, Jepun, USS Tripoli yang memiliki panjang hampir 260 meter dan sesaran 45,000 tan, pada awalnya adalah kapal pengangkut pesawat kecil.

Ia membawa jet pejuang halimunan F-35 dan pengangkut MV-22 Osprey serta vesel pendaratan untuk memindahkan tentera ke darat. – AGENSI

TERKINI: Anwar Berjaya Batalkan Saman Waytha Moorthy

 


Hakim Alice Loke Yee Ching memutuskan demikian pada 18 Mac 2026 selepas menolak saman pemula Waytha Moorthy yang difailkan tahun lalu.

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, untuk membatalkan saman bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy berhubung pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Tambun.

Hakim Alice Loke Yee Ching memutuskan demikian selepas menolak saman pemula Waytha Moorthy yang difailkan tahun lalu.

Beliau berkata mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar saman berkenaan kerana ia sepatutnya difailkan melalui petisyen pilihan raya.

Mahkamah kemudian mengarahkan Waytha Moorthy membayar kos sebanyak RM80,000 kepada Anwar.

Peguam Ranjit Singh yang mewakili Anwar, berhujah pada prosiding permohonan Anwar untuk membatalkan saman pemula itu, berkata Perkara 118 melarang sesuatu pilihan raya dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya, termasuk yang difailkan Waytha Moorthy.

Terdahulu, Peguam Ranjit Singh yang mewakili Anwar, berhujah pada prosiding permohonan Anwar untuk membatalkan saman pemula itu, berkata Perkara 118 melarang sesuatu pilihan raya dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya, termasuk yang difailkan Waytha Moorthy.

Beliau berkata, saman pemula berkenaan yang difailkan 12 Ogos tahun lalu, tidak difailkan di hadapan seorang hakim pilihan raya seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 33 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Katanya, Waytha Moorthy juga tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memulakan tindakan bagi mencabar atau mempersoalkan keputusan pilihan raya sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 34 AKPR 1954.

“Saman pemula ini difailkan di luar tempoh masa mandatori bagi memfailkan petisyen pilihan raya sebagaimana dikehendaki di bawah Seksyen 38 AKPR 1954.

“Ia dimulakan bagi tujuan yang tidak wajar dan tujuan sampingan, termasuk untuk meraih keuntungan politik, mengekalkan relevan dari segi politik, dan untuk mengganggu defendan (Anwar),” katanya.

SELAMATKAH KITA JIKA AIR MINUMAN INI TERDEDAH KEPADA MATAHARI ? BERHATI HATI.


 

NOHHHH...PECAT


 

GARI VS TAK GARI.

 


TAMATLAH SUDAH……






🚨 RASMI: MALAYSIA DIKENAKAN DUA KEKALAHAN PERCUMA OLEH AFC

.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) secara rasmi telah mengambil tindakan terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) susulan penggunaan pemain naturalisasi yang tidak layak.

.

❗ Keputusan Utama

.

👉 FAM didapati bersalah melanggar Artikel 56 Kod Tatatertib dan Etika AFC.

👉 🇲🇾 Malaysia diberikan dua kekalahan percuma dalam Kelayakan Piala Asia 2027 – 

Pusingan Akhir:

.

• menentang 🇳🇵 Nepal (25 Mac 2025) → Kalah 0-3

• menentang 🇻🇳 Vietnam (10 Jun 2025) → Kalah 0-3

👉 💰 FAM didenda sebanyak USD 50,000 dan perlu dibayar dalam tempoh 30 hari.

.

⚖️ Kesan

❌ Selepas dua kekalahan 0-3 diberikan, Malaysia kini ketinggalan 6 mata di belakang Vietnam dengan hanya satu perlawanan berbaki — sekali gus menamatkan harapan untuk layak secara matematik.

.

✅ Sementara itu, Vietnam secara rasmi telah mengesahkan tempat ke Piala Asia 2027 lebih awal, dengan baki satu perlawanan. 🇻🇳🏆

.

SAYONARA!!





BOLEH BERBANDING DAH LEPAS NI.

 


Zainuddin Omar


Harap Dr MAZA bertanding pada PRU16 nanti. Kalau menang boleh berhujah di parlimen dan bukan di FB lagi.





RASA DIA NI SEKOLAH TAK TINGGI NI.

 

Syam Ghaz.


Malaun Sanusi ni tahu ke tidak ART tu apa benda? 


Desak apa nya ? Takda kaitan langsung dgn Malaysia.


Mahkamah Agung US yang batalkan tarif tu.





DIA JA ISLAM. ORANG MUNAFIK. DIA LAK TAK PERASAN PUAK KHAWARIJ.



Jamzuri Ardani


 Kesan buruk politik tonggang agama ... senang-senang label orang Islam lain sebagai munafik.




‘Terima kasih PM, dalam mimpi pun tidak terbayang ada jambatan yang boleh dilalui kereta’


 


Lebih 50 penduduk Kampung Chatel Damai, Lata Rek di Kuala Krai, Kelantan melibatkan tujuh buah rumah, tahun ini menyambut Aidilfitri dengan perasaan paling gembira.

Mana tidaknya, hampir tiga dekad mereka mempertaruhkan nyawa menggunakan titi gantung yang semakin uzur sebelum runtuh pada 1 Januari lalu.

Namun, sejak 11 Mac lalu mereka sudah menarik nafas lega apabila siapnya jambatan baharu yang boleh dilalui kereta sepanjang 36 meter panjang dan tiga meter lebar.





Wakil penduduk, Wan Syukri Wan Isa, 54, menzahirkan rasa terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila jambatan keluli dengan kos RM200,000 itu telah siap menjelang Aidilfitri.

“Terima kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kami sudah lama mengidamkan jambatan baharu.

“Dalam mimpi pun tidak terbayang ada jambatan yang boleh dilalui kereta. Duduk berpuluh tahun di sini guna jambatan gantung itu saja sampai runtuh tidak boleh dibaiki lagi.

“Dengan jambatan baru ini bolehlah naik kereta, anak cucu nak balik Hari Raya ni. Mujurlah siap sebelum Hari Raya,” katanya kepada pemberita semalam.

Untuk rekod, jambatan keluli yang mampu menampung kenderaan berat sehingga lima tan itu mula dibina 29 Januari lalu dan siap sepenuhnya dalam tempoh enam minggu sahaja.

Pada 1 Januari lalu, lebih 50 tetamu sebuah majlis perkahwinan terjatuh ke dalam Sungai Chatel Damai di Lata Rek apabila titi gantung yang dilalui tiba-tiba runtuh.

‘Mesyuarat mana yang putuskan Dr Sam calon PM?’ – Menantu Hadi persoal


 

‘Mesyuarat mana yang putuskan Dr Sam calon PM?’ – Menantu Hadi persoal

Perdebatan mengenai siapa calon Perdana Menteri daripada Pas terus berlarutan apabila menantu kepada Tan Sri Abdul Hadi Awang iaitu Zaharudin Muhammad tampil mempersoalkan usaha mengangkat Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar ke posisi itu.

Walaupun menyokong peranan Samsuri sebagai Pengerusi Perikatan Nasional, beliau secara terbuka menegaskan bahawa individu yang paling layak menjadi Perdana Menteri adalah Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Idris Ahmad.

Dalam respon balasnya terhadap komen Dewan Ulamak Pas Negeri Selangor yang mempertikai pandangan tersebut, Zaharudin mempersoal, mesyuarat mana yang memutuskan Ahmad Samsuri sebagai PM kerana mesyuarat memilih calon belum pun dimulakan.

“Saya jawab ringkas dulu, isunya mustahil Tuan Ibrahim atau Ustaz Idris setuju atau tidak (melantik Ahmad Samsuri calon PM) kerana isu ini belum mesyuarat pun. 

“Soalan lebih tepat ada dua. Pertama, mesyuarat mana yang putuskan dia (Ahmad Samsuri) PM? 

“Jawapannya pasti bukan rasmi parti, maka soalan lanjut ialah kenapa ada pihak yang promosikan dan angkat Dr Sam, bukan Tuan Ibrahim atau Ustaz Idris?,” soalnya.

Dalam hantaran di Facebook semalam, Zaharudin menyokong jika Ahmad Samsuri dilantik sebagai Pengerusi PN dan Ketua Pembangkang di Parlimen supaya tiada percanggahan keputusan-keputusan penting kelak jika ketua pembangkang adalah orang lain.

Namun dalam soal calon PM, individu yang lebih layak katanya adalah Tuan Ibrahim dan Idris Ahmad.

Ia kemudian mendapat respon Dewan Ulamak Pas Negeri Selangor yang bertanya adakah menantu Abdul Hadi itu akan berkeras dengan pandangan peribadinya jika Tuan Ibrahim dan Idris Ahmad menyokong Ahmad Samsuri sebagai calon PM.

Laman itu juga mencabar untuk mengadakan muzakarah dengan mereka secara tertutup dan mengingatkan supaya tidak lagi menimbulkan kontroversi secara terbuka.

“Sebab ustaz memang tak layak jadi pemimpin pun. Kalau tak puas hati, kita aturkan muzakarah dgn DUPNS secara tertutup. Tak perlu la timbulkan kontroversi secara terbuka lagi,” kata laman itu.

Membalas lanjut komen tersebut, Zaharudin menekankan bahawa faktor senioriti, pengalaman serta kelayakan dari sudut hukum tidak boleh dipinggirkan dalam menentukan calon Perdana Menteri.

“Sedangkan dari segi senioriti dan pengalaman serta kelayakan hukum, mereka berdua jauh lebih layak. Banyak kebaikan DS TITM dan Datuk Ustaz Idris ketika mereka berdua menjadi menteri. Kenapa kumpulan ini tidak highlight dan angkat?” soalnya.


Kerajaan laksana 9 langkah ringan beban sempena Aidil Fitri, no 8 paling disenangi


 

Kerajaan laksana 9 langkah ringan beban sempena Aidil Fitri, no 8 paling disenangi

Kerajaan Madani melaksanakan lapan langkah untuk meringankan bebanan rakyat sempena Hari Raya Aidil Fitri ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara langkah itu itu adalah potongan harga tol 50 peratus pada 18 dan 19 Mac ini di kesemua lebuh raya kecuali di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA).

Inisiatif ini melibatkan tanggungan kewangan berjumlah RM21.03 juta bagi tujuan pampasan kepada syarikat konsesi tol, katanya.

Diskaun ini akan berkuat kuasa mulai jam 12.01 tengah malam pada 18 Mac 2026 (Rabu) hingga jam 11.59 malam 19 Mac 2026 (Khamis), melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua lebuh raya, kecuali di tiga plaza tol di atas.

Tujuh lagi langkah itu adalah:-

 Pemberian cuti tambahan Aidilfitri
 Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan dari 14 hingga 28
Mac 2026
 Bayaran awal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 pada 10 Mac
2026 kepada 5.2 juta penerima melibatkan RM1.3 bilion
 Penyaluran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam, pesara
dan veteran, termasuk sumbangan khas kepada lebih 70,000 imam, bilal,
tok siak, noja, marbut serta guru KAFA dan takmir
 Peluasan subsidi tiket penerbangan FLYsiswa bernilai RM400 kepada
pelbagai institusi pengajian tinggi
 Pelaksanaan hampir 1,900 Program Jualan Rahmah MADANI sepanjang
Ramadan bagi memastikan bekalan mencukupi dan harga berpatutan
 Larangan penjualan minyak masak paket bersubsidi kepada warga
asing bagi memastikan subsidi hanya dinikmati rakyat Malaysia.

Menurut Anwar, Kerajaan MADANI menerusi Jabatan Insolvensi Malaysia juga akan
melaksanakan ikhtiar pelepasan kebankrapan secara Fast Track. Justeru
bersempena Aidilfitri, sekitar 4,000 individu, khususnya ibu dan bapa tunggal
akan dibebaskan daripada belenggu kebankrapan.

“Semua langkah ini adalah manifestasi nilai ihsan dan kemanusiaan yang
menjadi teras Kerajaan MADANI dalam memastikan rakyat terus menikmati
manfaat daripada kemakmuran yang kita usahakan bersama.

“Pada masa sama, saya ingin mengulangi seruan agar rakyat terus berbelanja
secara berhemah sepanjang meraikan Syawal.

“Dalam keadaan ekonomi duniayang masih tidak menentu, semua pihak perlu mengurus kewangan secaraberdisiplin sebagai persediaan menghadapi ketidaktentuan pada masa
hadapan,” katanya.

Mewakili seluruh jentera Kerajaan MADANI, PM Anwar mengucapkan Selamat Hari
Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Semoga Aidilfitri disambut dalam suasana aman dan penuh kesyukuran bersama keluarga serta insan tersayang,” katanya.



LOKMAN TEGUR HADI: POLITIK JANGAN DISULAM RETORIK AGAMA


 

RENTASAN 1797 | PANAS!! KINI UMNO 'DISERANG' PAS?


 

PADAN MUKA WALAUN





 Saifuddin melalui firma guaman SN Nair & Partners, telah memfailkan saman terhadap Muhammad Zubair Ismail atau Tam Jebat selepas gagal mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tiga hari yang ditetapkan dalam surat tuntutan (LOD) bertarikh 4 April.

📲Jom follow Instagram Sinar Harian. https://www.instagram.com/sinarharian/

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menafikan dakwaan kononnya warga asing menerima rawatan percuma




 Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menafikan dakwaan kononnya warga asing menerima rawatan percuma di hospital kerajaan. Sebenarnya, mereka perlu membuat bayaran deposit sebelum dimasukkan ke wad.

Menurut SOP KKM, deposit yang perlu dibayar ialah RM1,400 untuk kes perubatan dan RM2,800 bagi kes pembedahan. Jadi, dakwaan rawatan percuma untuk warga asing adalah tidak tepat dan menimbulkan salah faham.


Ceplos cakap YB Rafizi Ramli merajuk pastu letak jawatan... tetapi FAKTANYA ialah DSAI hilang kepercayaan pada beliau... Kita rakyat bijak, pengundi atas pagar, yakin & percaya dengan RR...






 

Zamri Vinoth Bebas Dengan Ikat Jamin




 Zamri Vinoth Bebas Dengan Ikat Jamin

Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram, Zamri Vinoth berpelukan dengan orang ramai selepas diikat jamin sebanyak RM4,500 atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang berpotensi menimbulkan kegentaran awam di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Foto : Aizat Zainal