Pemuda PKR berkonvoi ke ibu pejabat SPRM, protes terhadap Azam


Salah seorang peserta yang membawa pelekat dalam konvoi protes Pemuda PKR pagi ini.

PUTRAJAYA: Kira-kira 50 ahli Pemuda PKR mengambil bahagian dalam konvoi dari Dataran Putra ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi sebagai protes terhadap Azam Baki susulan kontroversi pemilikan saham korporat membabitkannya.

Para peserta konvoi, yang menaiki 50 kenderaan, membawa pelekat yang antaranya tertera kenyataan seperti “Undur Azam” dan menyerahkan memorandum sejurus tiba di ibu pejabat SPRM.

Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir berkata, mereka mahu Ketua Pesuruhjaya SPRM itu meletakkan jawatan selain menggesa siasatan terbuka dan bebas dijalankan.

Mereka juga mahu Ismail Sabri Yaakob meletakkan SPRM bawah bidang kuasa Parlimen, bukannya Perdana Menteri, katanya.

Beliau juga berkata, Ismail perlu memanggil sidang khas Parlimen untuk membincangkan integriti agensi antirasuah itu.

“Parlimen akan bersidang pada 20 Jan untuk membincangkan banjir. Pada masa itu, beliau perlu berdepan dengan Ahli Parlimen yang akan menuntut sidang khas,” katanya.

Empat ahli  PKR yang menyertai konvoi ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Beberapa pemimpin lain, termasuk veteran DAP Lim Kit Siang, turut menggesa agar sidang khas Parlimen diadakan pada 21 Jan bagi memulihkan keyakinan orang ramai terhadap SPRM.

Azam dan SPRM mendapat kecaman selepas didedahkan bahawa beliau membenarkan adiknya membeli saham menggunakan akaun dagangannya.

Pada 5 Jan, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM Abu Zahar Ujang membersihkan nama Azam daripada sebarang salah laku, dengan berkata, Azam telah memaklumkan perkara itu kepada lembaga pengarah dan pembelian saham oleh adiknya tidak menjadi konflik kepentingan.

Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir berkata, Perdana Menteri perlu memanggil sidang Parlimen khas untuk membincangkan kontroversi membabitkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.

Bagaimanapun, pada 8 Jan, enam ahli LPPR menjauhkan diri daripada kenyataan Abu Zahar, dengan mendakwa itu hanya pandangan peribadinya.

Mereka sebenarnya telah mencadangkan supaya perkara itu dirujuk kepada jawatankuasa bebas, Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah atau Jawatankuasa Aduan SPRM, kata mereka.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Ahmad Khusairi Yahaya, Norazlan Mohd Razali dan Junipah Wandi kemudian tampil menyokong Azam, dengan mendakwa beliau menjadi mangsa “politik balas dendam”.

SELAMAT DATANG KE PENANG DARUL PESTA....HAAAA.....MAI MAI MAKAN....VERSI MELAYU PUN BANYAK...YANG INI ADA YANG CAMPOQ PUNYA VERSI.BANYAK LAGI TEMPAT YANG SEDAP SEDAP.

 

5 santapan kegemaran bukti P Pinang syurga makanan




Percutian di Pulau Pinang tak lengkap sekiranya tidak menjamah hidangan makanan jalanan di Pulau Mutiara ini.

PETALING JAYA: Pulau Pinang begitu banyak tarikan dan keindahannya dengan kepelbagaian makanan, budaya dan gaya hidup yang ditawarkan menjadikannya destinasi pelancongan popular kepada pengunjung tidak kira dari dalam atau luar negara.

Terletak di barat laut Semenanjung Malaysia, Pulau Mutiara ini memiliki apa saja yang diperlukan untuk percutian bersama keluarga atau rakan-rakan dengan pelbagai hidangan lazat yang pasti memuaskan selera dan cita rasa anda.

Pasti sukar untuk membuat pilihan apabila begitu banyak makanan jalanan yang menyelerakan, jadi kami kongsikan hidangan kegemaran popular yang pasti menjadikan percutian anda di pulau ini kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Mi Goreng Lorong Bangkok

Mi Goreng Lorong Bangkok di New World Park.

Beroperasi di New World Park, pemiliknya Mahboobin Zakaria yang juga fasih berbahasa Hokkien, terkenal dengan mi goreng istimewanya sejak 1970-an apabila beliau mengambil alih perniagaan daripada bapanya.

Hari ini, segala ilmu perniagaan diwarisi diturunkan pula kepada anaknya Sabik Ahamad yang kini meneruskan legasi resipi warisan keluarga itu.

Ia bukan sahaja lazat, malah proses menyiapkannya juga cukup hebat.

Mi yang kenyal digoreng dalam kuali panas sebelum dicampurkan dengan tiga jenis sos buatan sendiri. Ia kemudian ditambah pula kentang, tauhu, sotong dan taugeh – hasilnya memang tiada tandingan.

Setiap suapan pasti memuaskan dengan rasa manis, pedas dan masam yang membawa kepuasan tersendiri.

Nasi Kandar Hameediyah

Restoran Hameediyah dipercayai restoran Nasi Kandar tertua di Malaysia.

Dipercayai restoran nasi kandar tertua yang ada, Hameediyah menghidangkan kari dan pelbagai lauk-pauk termasuk ayam, hidangan laut serta sayur-sayuran setiap hari sejak bertahun-tahun lalu.

Campuran rempah digunakan dalam rendang daging, biryani, murtabak, kari ayam, ayam kapitan dan dalca tidak berubah sejak lebih 100 tahun lalu.

Beroperasi sejak 1907, hidangan lazat ini satu ketika dulu dimasak secara terbuka di sebuah padang sebelum dibawa oleh pekerja menggunakan kandar, iaitu kayu yg diletakkan di bahu untuk menggalas atau memikul barang yang tergantung di kedua-dua hujungnya.

Restoran ini pernah dinobatkan sebagai restoran nasi kandar tertua di Malaysia dalam Malaysia Book of Records pada 2020.

Ais Kacang Kafe Kek Seng

Ais kacang di Restoran Kek Seng satu-satunya yang dihidangkan bersama jeli berperisa ros.

Jika anda berada di Pulau Pinang, jangan lupa singgah di Restoran Kek Seng bagi menghilangkan dahaga dengan ais kacangnya yang lazat dan sememangnya merupakan sesuatu yang wajib dilakukan.

Memang banyak cara untuk menikmati pencuci mulut tradisional ini, tetapi kaedah asli dengan ais kisar, susu pekat manis dan sirap ros yang ditambah pula jeli, jagung manis, kacang merah dan cincau dengan sendirinya cukup memuaskan.

Kafe ini beroperasi sejak 1906 dan pada asalnya turut menghidangkan manisan seperti “cream puff” sebagai sajian minum lewat petang.

Bagaimanapun pada 1930-an, datuk kepada pemiliknya sekarang, Cheow Sow Lei, mula menjual ais kacang dan sejak itu ia adalah hidangan yang paling dicari-cari di kafe berkenaan.

Lebih menarik lagi, kafe ini adalah satu-satunya perniagaan yang menghidangkan ais kacang bersama jeli berperisa ros di Pulau Pinang.

Laksa Bisu

Asam laksa sudah pasti menjadi hidangan wajib bagi pengunjung ke pulau ini.

Gerai Laksa Bisu dikendalikan dua beradik, Choo Siew Choo and Choo Heng Fook yang meneruskan usaha bapa mereka yang dimulakan pada 1957.

Dua beradik itu mula menerima pesanan pelanggan dari jam 10.30 pagi. Ini bererti mereka perlu membeli bekalan keperluan masakan di Pasar Air Itam pada jam 7 pagi.

Antara bahan basah wajib termasuklah ikan kembung, pudina segar dan bunga kantan.

Kemudian kuah laksa pula perlu disiapkan, dengan tugas rumit membuang tulang ikan, menambah perisa termasuk cili dan asam dan hasilnya semangkuk asam laksa lazat yang dihidangkan bersama lapan jenis ulam-ulaman.

Char Kuey Teow Jalan Siam

Char kuey teow Jalan Siam dimasak menggunakan dapur kayu yang memberikannya rasa unik.

Diiktiraf berada di tempat ke-14 daripada 50 hidangan oleh World Street Food Congress 2017, Char Kuey Teow Jalan Siam memang merupakan antara makanan jalanan yang kini terkenal.

Dimasak dengan menggunakan kayu api, Tan Chooi Hong, 80, atau lebih mesra digelar Uncle Tan, dan anaknya Kean Huat, 56, menawarkan char kuey teow popular mereka yang lazimnya habis dijual sebelum jam 6 petang setiap hari.

Menurut pelanggan tetapnya, char kuey teow Uncle Tan begitu berbeza disebabkan beliau menggunakan kayu api yang memberikan perisa tersendiri berbanding masakan yang menggunakan dapur gas.

Tahun lalu, kuey teow Uncle Tan diberi jolokan ‘Humble King of Noodles’ dalam rancangan BBC Travel, ‘50 Reasons to Love the World in 2021.


Tolong jawab! Malaysia ‘tipu’ beli 33 jet tentera udara Kuwait?


ABDULLAH MAT ISA


KANTOI… Kementerian Pertahanan Kuwait menyangkal sekeras-kerasnya konon kerajaan Malaysia bakal membeli sejumlah 33 unit jet tempur milik tentera udara negara tersebut.


Penafian tegas tersebut disiarkan oleh agensi berita rasmi Kuwait (Kuna) dan menyifatkan laporan kononnya ada tawaran penjualan pesawat itu sebagai langsung tidak berasas.


“Pengerusi Staf Tentera Kuwait menerusi kenyataan media menyatakan bahawa sebarang rundingan melibatkan isu aset ketenteraan akan dibuat secara terus dan terbuka,” katanya.


Minggu lalu, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz memberitahu Dewan Negara di Parlimen konon Malaysia dalam proses memperoleh pesawat berkenaan.


Beliau mendakwa inisiatif pemerolehan jet tempur baharu model F/A-18C/D buatan Amerika Syarikat (AS) itu sedang dirunding peringkat tertinggi antara kerajaan Malaysia dan Kuwait.


Berita penafian disiarkan oleh pemerintah Kuwait itu turut mendapat liputan luas dari pelbagai media antarabangsa sekali gus memberi imej amat buruk kepada kerajaan Malaysia sendiri.


Malah ia turut tular diperkatakan warganet tempatan yang teruja apabila dilaporkan beberapa portal pertahanan serantau sambil menyifatkan ia bentuk penipuan tidak boleh dimaafkan.


 

Media pada 13 September lalu pernah melaporkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal menaik taraf jangka hayat armada pesawat tempur agar dapat beroperasi lebih lama.


Ia melibatkan program penambahbaikan melalui proses rutin penyelenggaraan secara berkala termasuk sejumlah lapan jet Hornet F/A-18D yang diterima pasukan itu sejak 1990-an lalu.


Bagaimanapun, Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad langsung tidak ada menyebut penggantian pesawat itu kerana ia masih lagi elok bertahan sehingga tahun 2035.


Ketika ini, jet pejuang berkenaan ditempatkan di Skuadron 18 Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang dan hanya akan digantikan dengan model baharu selepas 15 tahun kelak.


Mengulas lebih lanjut, Kementerian Pertahanan Kuwait berkata, negara tersebut tidak pernah menerima sebarang pertanyaan daripada kerajaan Malaysia untuk membeli jet tenteranya.


“Sebarang rundingan berkaitan jualan aset akan diselaraskan pihak kementerian ini dan juga Kementerian Kewangan selepas dapat kelulusan mengikut prosedur yang standard,” katanya.


Tentera Udara Kuwait hanya ada 27 pesawat F/A-18, manakala 28 buah model F/A-18 Super Hornet varian E dan F masih dalam proses pembuatan di kilang firma Boeing Defense di AS.


Justeru, Kementerian Pertahanan Kuwait dalam kenyataan itu menyifatkan dakwaan Malaysia adalah pelik kerana jumlah dibeli meliputi semua jet sedia ada dan sebilangan belum siap lagi.


Setakat ini, Kementerian Pertahanan Malaysia belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu itu meskipun sudah tular menjadi bahan jenaka para pengguna media sosial.


Namun jika benar ada penipuan fakta, Ikmal Hisham boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana memberi kenyataan mengelirukan anggota Dewan Negara.- BebasNews


* - Kenyataan yg di buat oleh timb menteri pertahanan Malaysia Sebelun dibalas oleh Kuwait Ada di ruangan Komen.


SIAPA MAKAN CILI DIA AKAN TERASA PEDASNYA.

 

Pas dan Kebodohan Pemimpinnya. Rakyat Sedang Menilai. Sila Baca Hingga Habis ....


GANGGUAN MENTAL DAN KEBODOHAN YANG DIALAMI OLEH LEBAI2 PAS SEMAKIN SERIUS


1. Mula2, ada wartawan bongkar rahsia Azam Baki miliki berjuta-juta saham dalam public listed company pada tahun 2015 dan 2016 tanpa mengisytihatkan pemilikan ini kpd kerajaan. Mengikut undang2, seorang penjawat awam wajib membuat pengisytiharaan hartanya. Kegagalan berbuat demikian akan dikenakan tindakan tatatertib yg tegas.


2. Kemudian, salah seorang ahli panel Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bernama Terence Gomez yg bukan berbangsa Melayu dan beragama Islam, bertindak meletak jawatan dari Lembaga ini atas dasar integriti kerana kesal Lembaga tersebut tidak mengambil apa2 tindakan untuk menyiasat dakwaan terhadap Azam Baki yg sangat serius kerana ia mencemar nama baik dan integriti SPRM.


3. Maka kes ini pun meletup apabila rakyat mula bising menyoal mengapa LPPR membisu terhadap dakwaan ini. Amat malang sekali apabila seorang bukan berbangsa Melayu dan beragama Islam telah berani bangkit untuk meluruskan kebengkokan yg dilakukan oleh seorang penjawat awam berbangsa Melayu dan beragama Islam yg merupakan Ketua Pesuruhjaya SPRM sementara semua ahli LPPR lain membisu dan cuba mempertahankan Azam Baki dari disiasat terhadap dakwaan kesalahannya. Siapa yg lebih Islamik di sini? 


4. Adakah dari ajaran Islam menyuruh umatnya supaya tidak berlaku adil dgn cara berpihak kepada kesalahan salahguna kuasa yang tidak beretika dan bermoral di mana padahnya membawa imej dan persepsi yg buruk kepada agama dan negara? 


5. Lalu LPPR pun akhirnya memecah kesunyian dengan membuat kenyataan media bahawa mereka mendapati Azam Baki tidak melakukan apa2 kesalahan walhal bukan tugas dan peranan LPPR untuk membuat keputusan ini kerana ia bukanlah sebuah badan penyiasat. 


6. Pada masa yg sama, Azam Baki pun membuat kenyataan media bahawa kononnya dia tidak memiliki saham2 tersebut. Sebaliknya, dia menyatakan bahawa saham2 tersebut dimiliki oleh adiknya Nasir Baki yg telah menggunakan akaun CDS kepunyaan Azam utk membeli berjuta-juta saham2 tersebut bagi kepentingan Nasir sendiri. Yang peliknya di sini ialah Nasir sudah pun mempunyai akaun CDS nya sendiri, lalu mengapakah dia perlu menggunakan akaun CDS abangnya utk membeli saham2 baru?


7. Tanpa disedari oleh Azam. kenyataannya telah mengundang masalah yg lebih besar dan serius kerana mengikut undang2, akaun CDS seseorang tidak boleh digunakan atau dipinjamkan kepada pihak lain kerana semua transaksi pembelian dan penjualan saham mesti dikendalikan sendiri oleh nama pemilik akaun tersebut atau pun proksi yang identitinya mesti didaftar dan diisytiharkan terlebih dahulu. 


8. Hukuman bagi sabitnya kesalahan ini ialah denda sebanyak RM3 juta, penjara tidak lebih dari 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.


9. Azam dan adiknya Nasir wajib disiasat oleh pihak berkuasa secara telus dan adil terhadap pelanggaran undang2 yang telah mereka lakukan. Ini adalah langkah dan prosedur biasa yg perlu dilakukan apabila sesiapa jua yg melanggar undang2. Malah dalam kes ini, kesalahan ini jelas sekali telah berlaku berdasarkan kepada pengakuan Azam Baki sendri melalui kenyataan media yang diberi olehnya secara sukarela.


10. Tiba2 dengan tidak semena-mena, Takiyuddin Hassan muncul bagi pihak Pas membuat kenyataan rasmi bahawa dakwaan terhadap Azam Baki ini kononnya bertujuan untuk menggugat kestabilan politik negara dan kempimpinan Ismail Sabri sebagai PM Msia. Apa kaitannya kesalahan Azam Baki melanggar undang2 dan kestabilan politik kerajaan Ismail Sabri? Dan apa pula kaitan Ismail Sabri dengan pelanggaran undang2 oleh Azam?


11. Selain dari lebai2 dan wala'un2 Pas yang sahih mengalami masalah terencat akal dan gangguan mental kerana seringkali berucap dan bertindak pelik diluar batasan logik, siapa lagi boleh "brain" kenyataan terbaru oleh Takiyuddin dan Pas yang tidak masuk akal ini?


12. Siapakah yg ingin dibodohkan oleh Takiyuddin dan Pas dengan kenyataan ini dalam usaha mereka untuk mempertahahankan Azam Baki? Diri mereka sendiri atau rakyat? Inikah kononnya ajaran Islam yg mereka ingin ajak umat ikuti? Tidak cukupkah lagi dengan sokongan dan tindakan mereka berpihak kepada Najib yg telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan atas kesalahan menyalah-gunakan kuasa melenyapkan RM4 billion duit pencen penjawat2 awam di mana sebanyak RM32 juta telah masuk ke akaun banknya sendiri? Orang yang tidak sembah Allah pun lebih waras dan siuman dari lebai2 dan wala'un2 Pas yang memalukan Islam.


13. Sepatutnya, setelah dibodohkan dengan percuma oleh Arul Kanda mengenai skandal 1MDB sebelum ini di mana mereka umumkan yg mereka berpuas hati dengan kelentongnya, lebai2 Pas hendaklah belajar untuk simpan sikit kebodohan luar biasa mereka yang bertahap dewa ini untuk generasi wala'un yang akan datang.


Sekian, terima kasih.Pas dan Kebodohan Pemimpinnya. Rakyat Sedang Menilai. Sila Baca Hingga Habis ....


GANGGUAN MENTAL DAN KEBODOHAN YANG DIALAMI OLEH LEBAI2 PAS SEMAKIN SERIUS


1. Mula2, ada wartawan bongkar rahsia Azam Baki miliki berjuta-juta saham dalam public listed company pada tahun 2015 dan 2016 tanpa mengisytihatkan pemilikan ini kpd kerajaan. Mengikut undang2, seorang penjawat awam wajib membuat pengisytiharaan hartanya. Kegagalan berbuat demikian akan dikenakan tindakan tatatertib yg tegas.


2. Kemudian, salah seorang ahli panel Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bernama Terence Gomez yg bukan berbangsa Melayu dan beragama Islam, bertindak meletak jawatan dari Lembaga ini atas dasar integriti kerana kesal Lembaga tersebut tidak mengambil apa2 tindakan untuk menyiasat dakwaan terhadap Azam Baki yg sangat serius kerana ia mencemar nama baik dan integriti SPRM.


3. Maka kes ini pun meletup apabila rakyat mula bising menyoal mengapa LPPR membisu terhadap dakwaan ini. Amat malang sekali apabila seorang bukan berbangsa Melayu dan beragama Islam telah berani bangkit untuk meluruskan kebengkokan yg dilakukan oleh seorang penjawat awam berbangsa Melayu dan beragama Islam yg merupakan Ketua Pesuruhjaya SPRM sementara semua ahli LPPR lain membisu dan cuba mempertahankan Azam Baki dari disiasat terhadap dakwaan kesalahannya. Siapa yg lebih Islamik di sini? 


4. Adakah dari ajaran Islam menyuruh umatnya supaya tidak berlaku adil dgn cara berpihak kepada kesalahan salahguna kuasa yang tidak beretika dan bermoral di mana padahnya membawa imej dan persepsi yg buruk kepada agama dan negara? 


5. Lalu LPPR pun akhirnya memecah kesunyian dengan membuat kenyataan media bahawa mereka mendapati Azam Baki tidak melakukan apa2 kesalahan walhal bukan tugas dan peranan LPPR untuk membuat keputusan ini kerana ia bukanlah sebuah badan penyiasat. 


6. Pada masa yg sama, Azam Baki pun membuat kenyataan media bahawa kononnya dia tidak memiliki saham2 tersebut. Sebaliknya, dia menyatakan bahawa saham2 tersebut dimiliki oleh adiknya Nasir Baki yg telah menggunakan akaun CDS kepunyaan Azam utk membeli berjuta-juta saham2 tersebut bagi kepentingan Nasir sendiri. Yang peliknya di sini ialah Nasir sudah pun mempunyai akaun CDS nya sendiri, lalu mengapakah dia perlu menggunakan akaun CDS abangnya utk membeli saham2 baru?


7. Tanpa disedari oleh Azam. kenyataannya telah mengundang masalah yg lebih besar dan serius kerana mengikut undang2, akaun CDS seseorang tidak boleh digunakan atau dipinjamkan kepada pihak lain kerana semua transaksi pembelian dan penjualan saham mesti dikendalikan sendiri oleh nama pemilik akaun tersebut atau pun proksi yang identitinya mesti didaftar dan diisytiharkan terlebih dahulu. 


8. Hukuman bagi sabitnya kesalahan ini ialah denda sebanyak RM3 juta, penjara tidak lebih dari 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.


9. Azam dan adiknya Nasir wajib disiasat oleh pihak berkuasa secara telus dan adil terhadap pelanggaran undang2 yang telah mereka lakukan. Ini adalah langkah dan prosedur biasa yg perlu dilakukan apabila sesiapa jua yg melanggar undang2. Malah dalam kes ini, kesalahan ini jelas sekali telah berlaku berdasarkan kepada pengakuan Azam Baki sendri melalui kenyataan media yang diberi olehnya secara sukarela.


10. Tiba2 dengan tidak semena-mena, Takiyuddin Hassan muncul bagi pihak Pas membuat kenyataan rasmi bahawa dakwaan terhadap Azam Baki ini kononnya bertujuan untuk menggugat kestabilan politik negara dan kempimpinan Ismail Sabri sebagai PM Msia. Apa kaitannya kesalahan Azam Baki melanggar undang2 dan kestabilan politik kerajaan Ismail Sabri? Dan apa pula kaitan Ismail Sabri dengan pelanggaran undang2 oleh Azam?


11. Selain dari lebai2 dan wala'un2 Pas yang sahih mengalami masalah terencat akal dan gangguan mental kerana seringkali berucap dan bertindak pelik diluar batasan logik, siapa lagi boleh "brain" kenyataan terbaru oleh Takiyuddin dan Pas yang tidak masuk akal ini?


12. Siapakah yg ingin dibodohkan oleh Takiyuddin dan Pas dengan kenyataan ini dalam usaha mereka untuk mempertahahankan Azam Baki? Diri mereka sendiri atau rakyat? Inikah kononnya ajaran Islam yg mereka ingin ajak umat ikuti? Tidak cukupkah lagi dengan sokongan dan tindakan mereka berpihak kepada Najib yg telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan atas kesalahan menyalah-gunakan kuasa melenyapkan RM4 billion duit pencen penjawat2 awam di mana sebanyak RM32 juta telah masuk ke akaun banknya sendiri? Orang yang tidak sembah Allah pun lebih waras dan siuman dari lebai2 dan wala'un2 Pas yang memalukan Islam.


13. Sepatutnya, setelah dibodohkan dengan percuma oleh Arul Kanda mengenai skandal 1MDB sebelum ini di mana mereka umumkan yg mereka berpuas hati dengan kelentongnya, lebai2 Pas hendaklah belajar untuk simpan sikit kebodohan luar biasa mereka yang bertahap dewa ini untuk generasi wala'un yang akan datang.


Sekian, terima kasih.


Cp: Abdullahmatisa




DAH NAMPAK MASA DEPAN PPBM GELAP,BAIK CABUT...




Parti Bangsa Malaysia (PBM) mohon sertai BN. Daripada apa yang berlaku ini, aku macam nampak apa hala tuju mereka.

Ini semuanya sebagai persediaan untuk selamatkan Azmin dan Zuraida. Sebab Azmin dan Zuraida dah nampak PPBM takkan ke mana.

Kalau ada pertembungan 3 penjuru antara PH, BN dan PN, yang akan KO awal sudah pasti PN. Maka dengan itu berakhirlah riwayat mereka.

Tapi apa pilihan mereka? Nak kembali kepada PH memang takkan dapat. Nak masuk semula UMNO akan jatuhkan air muka mereka.

Tapi kalau mereka ikut PBM, agak selamat sedikit. Mereka boleh jadi sekutu BN tanpa perlu masuk UMNO. Kurang sikit malu.

PBM ni bagus ke?

Entah. Parti baru, macamana nak komen? Tapi cuba fikirkan satu perkara ini...

Majoriti dalam PBM adalah mantan ahli Keadilan. Ada juga ahli PPBM. Mereka ini semua menentang BN dalam PRU14 dahulu.

Ketika berkempen, macam-macam mereka kutuk BN. Tapi sekarang mereka nak sertai BN. Sedang BN masih sama. Tak berubah pun.

Jadi merekalah yang telah berubah dan khianati perjuangan yang mereka sebut sebelum ini. Nak kata bagus ke kalau macam tu?

Lu fikir la sendiri!

Raja Gelap

 


ABU ZAHAR UJANG, DI MANA ANDA SEKARANG?

 

Sejak isu pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki menjadi bualan hangat dalam negara, Abu Zahar Ujang atas kapasitinya selaku Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM adalah antara yang kerap menonjolkan dirinya.

Beliau bukan saja terlibat dalam berbalas kenyataan media dengan Edmund Terence Gomez, bekas Ahli Panel Perundingan SPRM yang meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati lantaran tiada tindakan diambil untuk membincangkan isu melibatkan Azam, bahkan kemudiannya turut mengadakan sidang media khas semata-mata untuk membersihkan nama Ketua Pesuruhjaya SPRM itu daripada sebarang salah laku.

Bagaimanapun, sejak kenyataan beliau dalam sidang medianya yang membersihkan nama Azam itu disanggah oleh kesemua enam anggota LPPR, belum terdengar lagi beliau memberi respon balas mengenainya.

Di mana beliau sekarang ini?

Kenapa masih berdiam diri?

Bukankah hari ini sudah masuk hari ketiga sejak enam anggota LPPR mengeluarkan kenyataan media mereka pada Sabtu lalu?

Tak mahukah beliau menganggah balik kenyataan media mereka itu atau mengadakan sidang media khas sekali lagi?

Kata orang tua-tua – berani kerana benar dan takut kerana salah?

Apakah dalam diam-diam Abu Zahar sebenarnya turut bersetuju dengan kenyataan media enam anggota LPPR itu dan sedar ungkapannya dalam sidang media mempertahankan Azam sebelum ini hanyalah pendapat peribadinya semata-mata?

Jika itu yang menyebabkannya berdiam diri sehingga sekarang, terus berdiam diri bukanlah jawapannya.

Lebih baik jika beliau memberanikan diri menulis surat meletak jawatannya dengan segera.

Seperti mana Azam, nama anda juga sudah rosak dan hancur sebenarnya.

LPPR wajar diterajui tokoh lain yang intergriti dan wibawanya benar-benar bersih serta tidak tercalar. – ShahbudinHusin 10/01/2021.



EH..EH....BEGITU PULA YA...

 


Panas! Zuraida enggan dikaitkan dengan Parti Bangsa Malaysia


Panas! Zuraida enggan dikaitkan dengan Parti Bangsa Malaysia



Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Zuraida Kamaruddin menegaskan, beliau tidak mahu ambil pusing soal hala tuju politiknya ketika ini.

Sebaliknya, tegas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu, fokusnya kini adalah menyelesaikan amanah di peringkat kementerian dalam membantu meningkatkan pendapatan negara.

“Sekarang saya cuma mahu fokus kerja-kerja untuk meningkatkan pasaran sawit dan pendapatan negara. Itu lebih penting dalan keadaan pasca pandemik ini.

“Kita harus usaha untuk mengembali dan menstabilkan ekonomi negara, itu yang utama,” tegasnya kepada pemberita ketika ditemui selepas Program Ziarah Prihatin Pasca Banjir di Pengkalan di sini, hari ini.

Sebelum ini, Zuraida bersama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara dua nama Ahli MPT Bersatu yang disebut-sebut bakal menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Ia susulan pemegang jawatan dalam PBM yang baru ditubuhkan adalah dalam kalangan mereka yang rapat dengan dua figura politik itu.

Antaranya ialah Timbalan Presiden I PBM, Haniza Mohamed Talha; Ketua Wanita, Daroyah Alwi dan Setiausaha Agung, Nor Hizwan Ahmad.

Dalam pada itu, mengulas kenyataan presiden baharu parti itu, Larry Sng yang mengatakan parti berkenaan tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) selepas mendengar suara akar umbi, Zuraida menegaskan beliau tidak ambil maklum berhubung perkata itu.

“Kenyataan apa yang dikeluarkan oleh Larry itu, saya tiada maklumat sebenarnya,” jelas Zuraida.


Azalina persoal Muhyiddin lantik Azam Baki sebagai Pengarah SPRM

 


Azalina persoal Muhyiddin lantik Azam Baki sebagai Pengarah SPRM


Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said membangkitkan soalan sama ada pemeriksaan menyeluruh sudah dibuat terhadap Tan Sri Azam Baki sebelum dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Perdana Menteri ketika itu sewajarnya memastikan pihak berkuasa melakukan siasatan menyeluruh terlebih dahulu sebelum melantik Azam ke jawatan berkenaan pada Mac 2020.

Azalina yang juga Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia) turut mempersoalkan sama ada isu pemilikan saham membabitkan Azam ada diketengahkan pada ketika itu.

“Adakah perkara melibatkan Tan Sri Azam Baki dibawa ke perhatian (atau dibangkitkan sebagai isu) oleh Jawatankuasa Aduan SPRM di bawah Seksyen 15 Akta SPRM 2009 sebelum atau semasa pelantikannya?

“Akhir sekali, kalau boleh saya mencadangkan supaya SPRM menjadi suruhanjaya di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau pada Ahad.

Pada masa sama, Azalina mempersoalkan keperluan untuk menubuhkan lebih banyak jawatankuasa bebas atau badan pengawasan dalam SPRM.

Beliau berkata, berdasarkan Seksyen 14 Akta SPRM 2009, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong pada 15 Julai tahun lalu dan dianggotai tiga Senator, dua ahli Parlimen serta dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Negara.

“Secara prosedurnya, Jawatankuasa Khas ini menjalankan pengawasan terhadap Badan Penasihat SPRM yang berada di bawah Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) di bawah Seksyen 13 akta yang sama dan jelas. Terdapat dua badan pengawasan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Seksyen 15 akta itu juga membenarkan Jawatankuasa Aduan untuk memantau kelakuan pegawai SPRM,” jelas beliau.

Pada Rabu lalu, Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang dalam sidang akhbar menjelaskan bahawa beliau berpuas hati dengan penjelasan Azam berhubung dakwaan memiliki saham dengan nilai jutaan ringgit.

Menurut Abu Zahar, hasil penjelasan Azam, pemilikan saham yang menjadi pertikaian itu sebenarnya adalah milik Nasir Baki iaitu adik kepada Azam.

Katanya, LPPR mendapati tiada sebarang perlakuan jenayah atau ‘conflict of interest’ dalam perkara tersebut.

Azam pula mengulangi pendirian bahawa beliau tidak bersalah berhubung kontroversi pemilikan saham berkenaan dan bersedia untuk disoal siasat oleh pihak berkuasa.

Malah, beliau turut bersedia untuk menghadap Jawatankuasa Aduan SPRM sekiranya dipanggil untuk disoal siasat.

MALAS SEMBANG- TAPI LEBAI CAKAP TAK SERUPA BIKIN AKHIRNYA







MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF


Lebai... Also Lebai...... More Lebai....

Rupa-rupanya kenaikan tarif elektrik itu tak haram dan tak membebankan, janji mereka yang perintah.

Betul kata Syeikh Said Ramadhan Al-Buuti:

"Hukumnya sama, dan dalilnya tetap sama.. yang berubah adalah cita cita dan kepentingan mereka di dalam politik.. "

 

DARI RASUAH KEPADA RASUAH KEMANA RASUAH LEBAI PUN SOKONG RASUAH ......www.zunar.my


 

USTAZ BENGONG MANA PULAK LA DENGAN LAMBANG NASI LEMAK LA PULAK-TEORI NASI LEMAH ADUHAIIII


 


Aku tak pastilah kalau post ini serius atau troll. Tapi aku nak tulis juga. Bukan pasal post ini tapi pasal sifat orang Melayu yang takut kepada lambang.

Orang Melayu ni takut sangat dengan lambang agama atau kepercayaan orang lain. Nampak salib takut. Nampak patung Buddha, takut. Ini nampak bentuk piramid pun takut.

Kalau kata lambang itu terletak di tengah-tengah pusat bandar tanpa sebab, bolehlah juga kalau nak dijadikan isu. Ini segala lambang itu letaknya di rumah ibadat agama tersebut.

Makin kelakar, bukan setakat takut pada lambang, bayang lambang tu pun dia takut. Dekat sejarah ada bentuk macam 't' sikit je, terus dia kata agenda Yahudi nak sesatkan orang Islam.

Lemah sangat iman orang Melayu ni tengok benda begitu pun dah boleh sesat???

Ni sampai nasi lemak bungkus segitiga (piramid) begini pun nak dikaitkan dengan Illuminati. Aku harap ini sekadar troll. Sebab tak boleh nak hadam kalau betul ada orang yang sebodoh ini.

Bukan aku kata tak perlu berhati-hati. Tapi biarlah berpada. Memang ada musuh Islam yang cuba nak bangkitkan kemarahan orang Islam supaya Islam boleh ternampak sebagai jahat.

Tapi bukanlah sampai nak over sensitif! Kalau betul ada lambang salib pada sejadah, kita boleh ambil tindakan. Tapi taklah sampai segala yang ada bentuk 't' nak dikaitkan dengan salib.

Kenapa kita tak takut pada perkara yang sepatutnya tapi takut kepada perkara yang tidak ada kena mengena. Takut dengan salib, dengan piramid, tapi amaran Allah tentang pecah amanah, berlaku zalim, bersekongkol dengan kejahatan, orang kita tak takut pula.

Setiap kali pilihanraya, masih nak pilih pemimpin yang jelas menipu. Ataupun jenis yang tak reti buat kerja. Atau yang meniup api kebencian antara kaum. Ada yang jual undi sekadar untuk sekampit beras atau duit RM50. Ini orang kita tak takut pula.

Sedangkan di akhirat nanti inilah perkara yang kita akan dipersoalkan. Bukan pasal kenapa biarkan nasi lemak dibungkus macam lambang Illuminati. Erti orak? Ndase keruwak!

Raja Gelap


Polemik SPRM: ABIM mahu janji tranformasi MoU PH - Kerajaan Persekutuan dilaksana.



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru agar kerajaan BN - PN segera melaksanakan agenda tranformasi sebagaimana yang dipersetujui dalam memorandum kerjasama antara Pakatan Harapan dan Kerajaan Persekutuan tahun lalu.


Hal itu, menurut Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz kian mendesak berikutan polemik dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menyaksikan pemimpin tertinggi suruhanjaya itu bertelagah pendapat menentang anggota kerajaan mengenai dakwaan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.


"ABIM menegaskan isu terbaru ini akan menghakis lagi kepercayaan rakyat terhadap kerajaan termasuk institusi yang diamanahkan untuk mempertahan maruah serta tatakelola yang baik dalam pentadbiran Persekutuan.


"ABIM menilai krisis kepercayaan dalam kalangan rakyat semakin menebal kerana ia memberi kesan secara tidak langsung dalam kehidupan mereka," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Faisal lagi, hanya dengan menggerakkan MoU yang telah disepakati bagi melaksanakan pembaharuan dalam sistem pemerintahan maka kemelut yang ada sekarang akan dapat diatasi.


Pembaharuan tatakelola dan institusi Parlimen, katanya, boleh menguraikan dakwaan ke atas SPRM dan menjadikan suruhanjaya itu diletak secara langsung di bawah Parlimen, bukan lagi Perdana Menteri.


"Transformasi ini secara khusus merujuk kepada memperkasa institusi Parlimen seperti mana disebut dalam Perkara IV MOU tersebut.

"Pembaharuan perlu dibuat dengan segera bagi meletakkan SPRM khususnya sebagai sebuah institusi bebas yang bertanggungjawab kepada Parlimen bagi memastikan badan tersebut bebas dari campur tangan Eksekutif.


"Ini termasuklah dengan meletakkan kuasa penuh kepada institusi Parlimen secara konsensus untuk melantik Ketua Pengarah SPRM serta barisan Pesuruhjaya yang bertanggungjawab ke atas semua bidang tugas badan terbabit.


"ABIM khuatir sekiranya perubahan ini tidak dilakukan, situasi buruk yang berlaku hari ini akan terus berulang pada masa yang akan datang," katanya.


Tegas Faisal, pembaharuan penting dilaksanakan secepat mungkin untuk menyelamatkan negara ini daripada terjerumus ke dalam kemelut yang lebih buruk

 

Keputusan PBM mahu sertai BN belum dimuktamad, kata Larry Sng


Larry Sng berkata PBM sudah memutuskan untuk menyertai BN, namun ia belum muktamad.

PETALING JAYA: Parti Bangsa Malaysia (PBM) belum memuktamadkan keputusannya memohon menyertai Barisan Nasional (BN) sungguhpun akar umbi mahukan parti itu berbuat demikian, kata Presidennya Larry Sng.

“Minat untuk sertai BN adalah (daripada) usul perwakilan PBM dan belum dimuktamadkan lagi oleh kepimpinan PBM.

“(Tambahan lagi) untuk sertai BN, persetujuan gabungan itu (BN diperlukan) juga,” kata Ahli Parlimen Julau itu kepada FMT.

Semalam, Sng dilaporkan berkata, 12 bahagian PBM telah menyokong usul supaya parti itu menjadi komponen BN dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15.

Beliau dilaporkan berkata, usul itu dipersetujui oleh pemimpin tertinggi PBM dan perbincangan lanjut akan diadakan dengan kepimpinan BN tidak lama lagi.

Sng berkata demikian selepas dilantik sebagai Presiden PBM pada Mesyuarat Khas Persidangan Agung (EGM) PBM.

Selain Larry, 30 ahli jawatankuasa kepemimpinan baharu parti itu turut dilantik semalam termasuk bekas Exco kerajaan Selangor Haniza Mohamed Talha dan bekas ADUN Meluan Wong Judat sebagai timbalan presiden.

Sebelum ini, PBM dikenali sebagai Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang diasaskan oleh bapa Larry, Sng Chee Hua, bersama sekumpulan ahli politik pada 2012.

PBM kini ada dua wakil di Dewan Rakyat iaitu Sng dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong Shiau Yoon.

Laporan media sebelum ini turut memetik Sng sebagai berkata, PBM adalah parti yang menyokong kerajaan Keluarga Malaysia dan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

SOKONG BAWA REBAH

 

Sokong bawa rebah.... Dah memang guna akaun dia kan? Dia pun mengaku. Serangan nak jatuhkan apa? SPRM akan lebih kelihatan berintegriti kalau lebih tegas dalam hal ni walaupun terhadap ketua sendiri....




LAKARAN KARTUN FAHMI REZZA


 

WAJARNYA BERDIAM DIRI SEHINGGA KES DISELESAIKAN

Wajarnya mereka berkecuali sehingga siasatan selesai.. 

Bagaimana org awam nak percayakan SPRM jika mereka ade sikap memihak. Benar atau salah biarlah siasatan dan Mahkamah yg putuskan.

Dalam kenyataan bersama, mereka berkata tohmahan dan serangan terhadap Azam itu dilihat bermotifkan politik dendam bagi menjatuhkan imej dan kredibiliti SPRM.





Pembunuh Pensyarah Palestin Ditangkap Di Gaza, SPRM Keluar Memo Sokong A...


*Pembunuh Dr Fadi Ditahan *Dipenjara Lima Bulan *Sokong Azam Baki *PBM Cadang Masuk BN *Operasi Pembersihan Di Selangor *Sesi Persekolahan Di Segamat *Tukar Nama Akaun (COT) Ikuti berita-berita Malaysia Gazette di MG Flash #MalaysiaGazette #MGFlash #MGNews

[[LIVE]]9.1.22 Apa itu Parti Bangsa Malaysia? Parti Bangsa Malaysia peng...



[[LIVE]]9.1.22 Apa itu Parti Bangsa Malaysia? Parti Bangsa Malaysia pengkhianat kepada pengkhianat. Zuraida dan Azmin mula bertembung. Ali Biju dan Willie Mongin akan menyusul. Apakah ia satu ancaman? Apakah mereka boleh pergi jauh?

RASUAH & SPRM!! - BILA MOHD ASRI DAN HAJI HADI BERSUARA! | Azam Baki SPRM



Perdebatan mengenai INTEGRITI Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, kini sudah memasuki perdebatan mengenai nilai nilai agama, melangkaui nilai politik, yang kita sudah kerap dengar! Cuba dengar pandangan dua agamawan kontroversi ini! Dr. Mohamad Asri Zainul Abidin, dan Haji Abdul Hadi Awang! Antara dua agamawan ini, Kenyataan yang mana satu, saudara rasa yang mana boleh di guna pakai?