USTAZ BENGONG MANA PULAK LA DENGAN LAMBANG NASI LEMAK LA PULAK-TEORI NASI LEMAH ADUHAIIII


 


Aku tak pastilah kalau post ini serius atau troll. Tapi aku nak tulis juga. Bukan pasal post ini tapi pasal sifat orang Melayu yang takut kepada lambang.

Orang Melayu ni takut sangat dengan lambang agama atau kepercayaan orang lain. Nampak salib takut. Nampak patung Buddha, takut. Ini nampak bentuk piramid pun takut.

Kalau kata lambang itu terletak di tengah-tengah pusat bandar tanpa sebab, bolehlah juga kalau nak dijadikan isu. Ini segala lambang itu letaknya di rumah ibadat agama tersebut.

Makin kelakar, bukan setakat takut pada lambang, bayang lambang tu pun dia takut. Dekat sejarah ada bentuk macam 't' sikit je, terus dia kata agenda Yahudi nak sesatkan orang Islam.

Lemah sangat iman orang Melayu ni tengok benda begitu pun dah boleh sesat???

Ni sampai nasi lemak bungkus segitiga (piramid) begini pun nak dikaitkan dengan Illuminati. Aku harap ini sekadar troll. Sebab tak boleh nak hadam kalau betul ada orang yang sebodoh ini.

Bukan aku kata tak perlu berhati-hati. Tapi biarlah berpada. Memang ada musuh Islam yang cuba nak bangkitkan kemarahan orang Islam supaya Islam boleh ternampak sebagai jahat.

Tapi bukanlah sampai nak over sensitif! Kalau betul ada lambang salib pada sejadah, kita boleh ambil tindakan. Tapi taklah sampai segala yang ada bentuk 't' nak dikaitkan dengan salib.

Kenapa kita tak takut pada perkara yang sepatutnya tapi takut kepada perkara yang tidak ada kena mengena. Takut dengan salib, dengan piramid, tapi amaran Allah tentang pecah amanah, berlaku zalim, bersekongkol dengan kejahatan, orang kita tak takut pula.

Setiap kali pilihanraya, masih nak pilih pemimpin yang jelas menipu. Ataupun jenis yang tak reti buat kerja. Atau yang meniup api kebencian antara kaum. Ada yang jual undi sekadar untuk sekampit beras atau duit RM50. Ini orang kita tak takut pula.

Sedangkan di akhirat nanti inilah perkara yang kita akan dipersoalkan. Bukan pasal kenapa biarkan nasi lemak dibungkus macam lambang Illuminati. Erti orak? Ndase keruwak!

Raja Gelap