Siasat RM3 bilion dibelanjakan untuk 1BestariNet, kata pemimpin BN

 

Sejumlah RM3 bilion dibelanjakan untuk projek 1BestariNet bagi menyediakan sambungan internet dan platform pembelajaran. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Barisan Nasional menggesa siasatan dijalankan terhadap projek 1BestariNet yang sebelum ini diwujudkan bagi menyediakan platform pembelajaran dalam talian yang menelan belanja RM3 bilion.

Susulan pendedahan bekas menteri pendidikan Maszlee Malik, Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor Isham Jalil menggesa jawatankuasa khas atau suruhanjaya siasatan diraja dibentuk untuk menyiasat perkara itu.

Projek mega itu dimulakan pada 2011 ketika bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin memegang portfolio pendidikan. Ia menelan belanja RM3 bilion sepanjang tempoh kontrak beberapa fasa dengan YTL Communications Sdn Bhd.

Maszlee berkata, projek itu yang direka bagi memastikan saling hubungan serta platform pembelajaran dalam talian untuk guru, pelajar serta ibu bapa, kerap dikritik kerana perkhidmatan internet yang lembab.

“Kes ini masih tiada pengakhiran,” kata Isham kepada FMT.

“Kerajaan perlu menyiasat ke mana perginya RM3 bilion itu. Ia jumlah besar untuk hanya satu syarikat.”

Katanya, turut perlu diteliti adalah dakwaan Maszlee bahawa beliau didesak meletak jawatan kerana enggan melanjutkan kontrak YTL itu.

“Beliau membayangkan tindakannya tidak melanjutkan kontrak ada kaitan dengan peletakan jawatannya.

“Jika apa dikatakan Maszlee itu benar, ia membayangkan ada campur tangan daripada seseorang di luar kerajaan yang mendesak penyingkirannya. Ada sesuatu yang tidak kena di sini,” katanya.

Pendedahan Maszlee itu dibuat dalam bukunya, ‘Memori Bukan Memoir’. Antara lain, beliau mendakwa keputusan untuk tidak melanjutkan YTL adalah profesional susulan ia tidak mencapai objektif dan indeks prestasi utama.

Kontrak YTL itu dikatakan antara sebab Mahathir memintanya meletak jawatan, malah beliau mendakwa telah diberitahu “Presiden Bersatu amat marah dengan anda kerana isu ini…”

Anwar Ibrahim Merungkai Sedikit Kekeliruan Terkait Proses Undi Percaya




06/09/2021 Anwar Ibrahim: Saya merungkai sedikit kekeliruan terkait proses #UndiPercaya . Gesaan oleh Yang di-Pertuan Agong ini adalah selaras dengan kebiasaan dan juga semasa pertemuan di Istana tempoh hari. Ini adalah tuntutan paling asas dalam mana- mana #SistemDemokrasi berparlimen.

RENTASAN 961 | GEMPAR!!! MOTIF MAHIADDIN DIBERI TEMPAT DALAM KERAJAAN IS...






MENARIK DALAM RENTASAN 961

1. PEGUAM NEGARA DERHAKA 2. LANTIK PEMIMPIN GAGAL, TAK MASUK AKAL 3. APA MAKNA 10 KPI UNTUK KEMENTERIAN KESIHATAN? 4. PENYAHWARTAAN HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT UTARA ANGKARA SIAPA?



DSAI JAWAB ISU PEGUAM NEGARA KATA TAK PERLU BUAT UNDI PERCAYA PM/DEPAN A...



Kenapa penting undi percaya di Parlimen? Kerana ia sebahagian dari Perlembagaan Negara. Even YPDA dan Timbalan YDPA juga bertitah benda yang sama. Peguam Negara masa itu tak kata apa-apa. Tiba-tiba hari ini boleh derhaka dan ingkar pada titah YDPA.


Saya merungkai sedikit kekeliruan terkait proses undi percaya. Gesaan oleh Yang di-Pertuan Agong ini adalah selaras dengan kebiasaan dan juga semasa pertemuan di Istana tempoh hari. Ini adalah tuntutan paling asas dalam mana- mana sistem demokrasi berparlimen.

Vaksin Covid 19 : Kenapa Masih Ada Yang Menentang? #SKOPMG



Ini pandangan saudara Zubaidi Sudin ygmana akaun FB kena jail dan akaun YouTube kena remove kerana melawan diskriminasi vaksin.

*BILA YB-YB PEMBANGKANG NAK BUKA MATA??*

JUJURnya....Saya dah JELAK dengar ayat Dato' Seri Anwar Ibrahim sebut MERANGKUL KEKUATAN. Apa kekuatan yg kita rangkul dalam mengkritik KERA jaan #GAGAL ini menangani pandemik? YB2 ni patut dengar Webinar tadi Presentation oleh Dr Kenny Yong SURVIVOR COVID-19 yg jelaskan Protokol berkesan FLCCC bagi rawatan COVID-19 di Stage 1,2,3,4 and 5.

Itu kejayaan Amerika, India dan Afrika Selatan. Kenapa kita tidak mahu belajar? Kenapa kita angkuh dan sombong utk RANGKUL segala kekuatan dan kaedah

terbaik

bagi menyelamatkan Rakyat Malaysia? Setiap hari sebuah kapalterbang Boeing TERHEMPAS dan kita hanya anggap ia statistik dan tidak ada Political Will utk cari pendekatan baharu?

Kalau kerajaan ini Tolol sekali pun, PEMBANGKANG cadangkanlah. Mulakan dgn bertemu doktor2 pakar seperti Dr Kenny Yong, Dato Dr Vijay, Dr Amir Farid, Dr Nurshinah dan lain2 pakar Virology dan Immunilogy bukan doktor ROCK KAPAK mcm si Musa tu. Sudah2lah dgr nasihat yg salah.

Smlm kami bincangkan dgn beberapa doktor mengenai pelbagai aspek termasuk persoalan NARATIF TIPU dan PALSU. DG sudah TIPU kita. KUNUNnya wujud Herd immunity. Hari ni Dr Dzul masih sebut HI?? Dah jadi bahan ketawa di pelbagai group Whatsapp.

Israel GAGAL capai HI. Ia hanya Urban Myth kata pakar sbb virus ini bermutasi. Kita sudah silap. Lama mana lagi? Berapa kali lagi Boeing harus terhempas sebelum kita sedar yg vaksin BUKANLAH satu-satunya CARA??

Satu lagi NARATIF PALSU ialah kena asingkan yg TIDAK divaksin dgn yg divaksin. SILA BUKTIKAN MCM MANA ORG2 YG TIDAK DIVAKSIN BOLEH MERISIKOKAN ORG YG TELAH DIVAKSIN SDGKAN YG TELAH DIVAKSIN JUGA MAMPU DIJANGKITI VIRUS DAN BOLEH KE DALAM ICU??

Naratif Tipu Ini menimbulkan Medical Apartheid, DISKRIMINASI dan pertelingkahan sesama Rakyat. Tak nampak lagi kah yg kita telah mengambil TINDAKAN ZALIM berdasarkan KEPUTUSAN yg SALAH?

- Zus Din

05 SEPTEMBER 2021

 


KERAjaan gagal adalah KERAjaan yang membenarkan rakyat nya Mati hari-hari.



MOHD ALIF


May be an image of 4 people, including Nordin Belang and text that says "Korban Harian ...339, 252, 285, 295, 282, 278... HOME MALAYSIA Sabah doctors share heartbreaking Covid-19 battle in hospitals, left with no choice but to turn away patients Thursday, 02 Sep 2021 04:47 AM MYT BY JULIA CHAN Bukan gagal, tapi belum berjaya"

SIAPA BETUL SIAPA SALAH?


No photo description available.


NORMAN RADZUAN


Pro Vaksin dan Anti Vaksin

Siapa betul siapa yg salah…pro vaksin atau anti vaksin? Isu yg tidak pernah sunyi di wall FB. Muncul kelompok anti vaksin bukan masalah org Melayu di negara kita sahaja tetapi ia masalah global.

Saya telah byk bercerita mengenai Covid19 sejak Sep 2020 dan serba sedikit mengenai vaksin. Jika mengikuti artikel lalu pada awalnya saya agak steptikal terhadap vaksin.

Saya menulis saya bukan anti vaksin tetapi mahu tunggu dan lihat. Ia menjadi amalan saya bukan sahaja tentang vaksin tetapi isu2 politik, perniagaan dan pembelian saya perlu menunggu dan mendapat maklumat yg tepat utk menulis atau berurus niaga..

Selepas beberapa bulan iaitu sejak Mac 2021 saya mula positif utk divaksinasi selepas yakin ia adalah indikator kpd pelan pemulihan Covid19 berdasarkan data2 yg saya baca mengenai negara luar. Walaupun sudah lengkap 2 dos secara jujur keyakinan saya kpd vaksinasi hanya 70% keberkesanannya.

Saya masih ada perasaan ragu2 berdasarkan pandangan dan kenyataan pakar2 luar negara mengenai vaksinasi. Jadi apa penyebab saya rela divaksinasi mengatasi keraguan mengenainya? Jawpannya ada di penghujung cerita.

Maaf saya tidak percaya kpd Dr Tik Tok muda2 ni yg tunjuk bijak di medsos. Begitulah sikap mereka (Dr Tik Tok) yg anti kpd ubat iverxxxxxx. Mereka Dr muda dan bukan pakar. Tapi kerana bergelar Dr kononnya semua pandangan mereka wajib dipercayai.

Pengalaman hidup saya dpt melihat sesama Dr bercanggah mengenai pemberian ubat kpd ibu mertua, isteri dan anak saya sudah cukup membuktikan bezanya Dr pakar dan Dr Tik Tok.

Begitu juga dgn ubatan alternatif Iverxxxxx. Dr Tik Tok masing2 membuat kenyataan sindiran ini ubat utk binatang, rawatan cacing atau kudis buta. Sdgkan ubat Viagra keluaran Pfizer asalnya utk mengawal tekanan darah dan kini hasil kajian membuktikan ia mampu mengubati mati pucuk. Ia kini sgt popular sbg ubat masalah seksual berbanding tujuan asalnya.

25 tahun saya berbekam, bila kebetulan saya ke klinik dan Dr melihat bekas bekam saya…kesemua Dr bukan Muslim mengatakan bekam ini mengarut. Anda percaya dakwaan mereka?

Dr dipandang tinggi oleh masyarakat kerana gelaran Doktor, mereka berkebolehan bercerita tentang penyakit sb mereka belajar mengenainya dan kebiasaannya mampu berbahasa Inggeris dgn baik. Tipikal Malaysia mereka yg fasih berbahasa Inggeris dianggap cerdik.

Maaf kata org Malaysia ini bukan jenis pengkaji, pembuat atau berani melakukan perkara yg dirasakan positif secara proaktif. Semua kena tunggu org lain buat dahulu.

Jgn kata tentang perubatan, bab pakaian pun kita tak berani mengubahnya walaupun sudah merdeka berpuluh tahun. Masih anda ingat uniform Nurse dan Polis era 60an, 70an dan 80an…seksi dan tidak menutup aurat.

Walaupun org putih sudah balik dan tinggal yg hitam putih tetapi nak ubah perkara semudah itu pun sukar dilakukan. Paling memalukan apabila Gimnas Jerman telah menggunakan pakaian yg lebih sopan berbanding atlit negara kita. Kita ini jenis kena tunggu org lain buat dulu barulah mengikutinya.

Berbalik kpd isu pro vaksin dan anti vaksin. Saya merasakan adalah tidak adil utk kita melayani mereka yg anti vaksin seperti warga negara kelas kedua. Di negara kita seorang anggota tentera enggan divaksin dibuang kerja tetapi di Amerika majoriti tentera mereka tidak mahu divaksin tiada seorang pun dibuang kerja. Nampak diskriminasi kita kpd mereka yg anti vaksin.

Kpd yg anti vaksin mereka berhak tidak divaksinasi atas nama hak asasi tetapi mereka juga pula menghormati hak mereka yg pro vaksin. Sebagai contoh kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan mereka yg divaksinasi sahaja menunaikan umrah atau mengerjakan Haji.. kpd anti vaksin kena akurlah polisi kerajaan sesebuah negara.

Di negara kita polisi pengurusan Mall tidak benarkan anti vaksin memasuki Mall. Kena hormatlah dan jika mahu juga ke Mall mereka boleh cadangkan kpd tauke2 anti vaksin utk membuka Mall khas utk golongan anti vaksin. Jadi kpd mereka yg anti vaksin tidak perlu marah2 soal ini.

Itu baru adil namanya. Cuma ada satu pemasalahan di sini terutama kpd kakitangan kerajaan yg dipaksa utk divaksin. Sewajarnya kerajaan mesti bertanggungjawab jika berlaku kematian atau kemudaratan.

Contoh pampasan kematian atau kemudaratan lain wajar diberikan kpd yg dipaksa menerima vaksin seperti sejumlah wang RM 100 ribu. Ini kerana mereka tiada pilihan (diwajibkan) utk meneruskan kehidupan.

Jadi kenapa saya rela divaksin sudah terjawab. Berdasarkan data dlm dan luar negara menunjukkan mereka divaksin risikonya kecil berbanding mereka yg enggan divaksin. Saya juga berniat utk ke Mekah, saya juga mempunyai perniagaan di dlm Mall, urusan memerlukan penerbangan, penginapan di hotel dan lain2.

Kita ada pilihan samada pro vaksin atau anti vaksin. Jika kita rela divaksinasi kita boleh mengerjakan haji, umrah, ke luar negara, ke Mall, ke rumah ibadat, menginap di hotel, dine in dan bermacam mcm lagi. Mana boleh sama bila kita anti vaksin mahu privilege mcm org yg divaksin.

Ya benar ada org yg divaksin juga mati dan begitulah juga ramai yg belum divaksin juga mati. Ajal maut kita serahkan kpd Allah mudahan vaksin ini asbab kesihatan terus dilindungi dari wabak ini.

Alhamdulillah dan 10 bulan penduduk dunia divaksin belum ada lagi mereka yg menjadi zombie. Alhamdulillah dah 100 tahun mereka di Turki masih menjadi manusia biasa.

Apapun kita yg sudah divaksin kena yakin vaksin ini bukan semestinya kita kebal...virus ini makhluk Allah..makhluk tidak mempunyai kuasa apa2. Lalu yg penting berdoa terus kpd Allah. Vaksin sekadar ikhtiar. Risiko tetap ada.

Akhir kata isu Pandemik Covid19 tidak pernah sunyi. Bermula SOPnya, proses vaksinasi, PPV, ubatan Ivermecxxx dan yg seronoknya jenis vaksin juga menjadi isu. Jenis ini bagus, jenis itu tidak. Yg lucu dlm nak tunjuk pandai adalah satu kesilapan bila ditanya divaksin jenis apa…kita menyebut Pfizer. Sebenarnya jenis vaksin tersebut adalah mRNA keluaran Pfizer. Manakala viral vector keluaran Astra Zeneka dan inactivated keluaran Sinovac.

 

HARI INI SORANG LAGI PENYAMUN BEBAS

 

NORMAN RADZUAN

Apa yg Melayu dpt dari kerajaan Melayu...

HARI INI SORANG LAGI PENYAMUN BEBAS

Apa yg Melayu dpt selepas dlm sebulan kerajaan Keluarga 69 Melayu. Satu persatu penyamun yg mempunyai kes jutaan ringgit dilepaskan. Satu persatu MP diberikan pebagai jawatan Menteri, Tim Menteri, Duta2 Bertaraf Menteri dan GLC. Genting dibuka Masjid masih ketat dgn SOP. Soal kepentingan rakyat kemudian.

Apa yg Melayu marhaen dpt? Kes Covid19 terus tinggi, kes kematian terus tinggi, hilang pekerjaan dan perniagaan, saman RM ribuan pelanggar SOP, pekerja2 kontrak kerajaan tetap tidak diserapkan kpd jawatan tetap kerajaan....apa lagi?

Tak mengapa Melayu harap di wall kalian jgn mengeluh. Kdg rasa dah penat dan menulis dan beritahu kebenaran. Rasis kalian tak boleh dibawa bincang. Malas mencari ilmu dan malas berfikir...

Redha dan bergembira utk ditipu. Hadis Rasulullah dah beritahu org jujur dianggap bohong, org amanah dianggap khianat. Kita memang dia akhir zaman.

Gambar sekadar hiasan

 

Panas !! Azeez Rahim Bebas Rasuah RM144.5 juta?


Mahkamah Rayuan diberitahu, tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM144.5 juta terhadap Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim patut dibatalkan kerana cacat dan tidak berasas. Azeez yang juga bekas pengerusi Tabung Haji, didakwa atas tiga tuduhan rasuah berjumlah RM5.2 juta dan 10 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM139.3 juta. Dia dituduh menerima RM5.2 juta daripada Mohammad Redzuan Mohanan Abdullah, pengarah Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd, di Lembah Klang, antara Disember 2010 hingga April 2018. Dia turut dituduh menerima RM139.3 juta daripada empat syarikat – Menuju Asas Sdn Bhd, Mangkubumi Sdn Bhd, Pintas Utama Sdn Bhd dan AVP Engineering Sdn Bhd. #malaysianews #azeezrahim #politik #malaysia #rasuah

KHASKAN SPRM UNTUK RAKYAT BAWAHAN

 


NOR AZIMAH RAZALI

Panas !! Azeez Rahim Bebas Rasuan RM144.5 juta?

Ramainya terlepas kes rasuah

Alhamdulillah

X lama lg boleh tutup dah SPRM

Pemimpin Msia semua berintegriti

Tak pun khaskan SPRM hanya tuk rakyat biasa.

 

CUBAAN KARTEL MENYERANG PKR

 


HAMZAH RIE NA


Jika bijak Kita Tak ikut rentak kartel dalam dan kartel luaran. Berhati hati, jika pisang emas masak kuning pun si jemin boleh beli jiwa mereka apa sangat dgn penyembah2 dia didlm ni. Bayar sikit utk buat isu dan kucar kacirkan parti. Kalau nak projek dapat, nak projek dapat dari MB.....itu bukan rezeki itu menyamun namanya. Tak dapat projek mula lah korang meroyan yer?

Selangor Dan N9 adalah dambaan pengkhianat. Jika 2 negeri ini jatuh maka mudah lah kerja pengkhianat menghapuskan ph terutama pkr.

Pengkhianat membuat serang demi serangan terhadap 2 negeri ini. Bagaimana kita boleh menang di pru 15 jika kita terlepas kedua dua negeri ini? Cuba jawab?

Tak kan nak minta bantuan Pulau Pinang itu Dap. Pengkhianat amat2 mengidam Selangor dan N9 utk memantapkan kedudukkan mereka di federal.

Jangan kita terjebak dgn suntikkan halus jarum pengkhianat dari dalam dan luar parti. Ada waktunya Kita perlu berdiam demi sebuah kejayaan.

Jika nak terasa, sakit hati, kecewa, sedih, merajuk, jauh hati dan letih adalah DSAI Dan Kak Wan apa yg tidak mereka lalui? Nak bandingkan dgn kita? Apa tidak nafikan hak dsai dan keluarga?

Dari dilucutkan serta merta jawatan beliau sehingga dinafikan hak beliau dan keluarga sebagai manusia. Tidak cukup dimalukan DSAI diseksa sehingga lebam2 mata dan hampir patah riuk. Jika nak beremosi seolah olah kita tidak dilayan Adil oleh parti lihatlah sejarah hidup dsai dan keluarga. Moga Kita insaf dan terus istiqomah bergerak kehadapan. Bukan menoleh kebelakang mencari kesalahan dan kekecewaan.

 


May be a Twitter screenshot of 1 person, sitting and text that says "mk malaysiakini Malaysiakini (BM) @mkini_bm Kepimpinan PKR N Sembilan hilang kepercayaan terhadap MB Translate Tweet MAN NEG L SORITR malaysiakini.com Kepimpinan PKR N Sembilan hilang kepercayaan terhadap MB"

KALAU ANAK KAYA RAYA SEMASA BAPAK JADI PM MACAMANA PULAK ?

 


Rakyat berhak anggap PM terima duit haram, jika dia kaya selepas jadi PM


RUU 355 MACAMANA ?

 

Kawal pengembangan agama bukan Islam antara 4 RUU Syariah baharu digubal, kata Ahmad Marzuk




Ahmad Marzuk Shaary berkata, penggubalan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) sebahagian daripada Pelan Pemerkasaan Undang-undang Syariah 2020 hingga 2025. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Rang Undang-undang Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam antara empat akta baharu yang akan digubal untuk memperkasa perundangan syariah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau berkata, RUU bersabit pengembangan agama bukan Islam sebahagian daripada Pelan Pemerkasaan Undang-undang Syariah selama lima tahun, dari 2020 hingga 2025.

“Dalam pelan pemerkasaan ini, kerajaan bercadang menggubal 11 Undang-undang Syariah utama, iaitu termasuk penggubalan undang-undang baharu dan pindaan undang-undang sedia ada, dan lapan Undang-undang Syariah subsidiari,” beliau memberitahu Harakah.

Marzuk bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut, termasuk keperluan rang undang-undang berkenaan.

FMT sedang berusaha menghubungi beliau untuk mengulas lanjut.

Marzuk berkata, selain RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam, tiga lagi undang-undang Syariah yang akan digubal adalah RUU Wakaf, RUU Mufti dan RUU Mahkamah Syariah.

“Penggubalan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) sebahagian daripada pelan pemerkasaan tersebut,” tambah beliau.

Perbahasan RUU 355 ditangguhkan sekian lama, selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pertama kali membentangkan usul persendirian itu di Dewan Rakyat pada Mei 2016.

RUU 355 mencadangkan hukuman penjara ke atas pesalah syariah ditambah kepada 30 tahun, denda maksimum RM100,000 dan sebat 100 kali berbanding maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.

KALAU MAHIADDIN GAGAL TADBIR NEGARA MACAM MANA BOLEH PULIHKAN NEGARA?


PM ISMAIL SABRI PUSING-PUSING ISU UNDI PERCAYA, TAKUT APA?


Datuk Mahfuz Omar : Malaysia Ditimpa Malang

Aminuddin still has majority support to lead Negeri Sembilan government,...

Siapa Sebenarnya Komunis. DAP Atau MCA? Beza Antara Keluarga DSAI Dan Ma...

WAH.....TERBAIK LAH....KERAJAAN PN MEMANG HEBAT

 


Terkini! SPRM bebaskan Azeez Rahim daripada tuduhan rasuah

Terkini! SPRM bebaskan Azeez Rahim daripada tuduhan rasuah

Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu laporan analisis kewangan oleh SPRM sebelum ini membebaskan bekas pengerusi Tabung Haji Abdul Azeez Abdul Rahim daripada dakwaan rasuah.

Peguam bela Amer Hamzah Arshad berhujah di sebalik laporan ini, anak guamnya Azeez masih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk menghadapi pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan projek jalan raya di Kedah dan Perak.

Mahkamah Rayuan mendengar hujah peguam itu atas rayuan Azeez untuk membatalkan 13 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haramnya.

Ahli parlimen Baling itu merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Mac yang menolak permohonannya untuk membatalkan tiga tuduhan rasuah dan sepuluh tuduhan pengubahan wang haram.

Hakim Mahkamah Tinggi Muhammad Jamil Hussin antara lain memutuskan bahawa tertuduh gagal membuktikan bahawa tuduhan itu tidak berasas, cacat atau dilakukan dengan niat jahat oleh pihak pendakwaan.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Azeez untuk menangguhkan perbicaraan utama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, sementara menunggu keputusan rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Semasa prosiding dalam talian hari ini di hadapan sidang hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Hakim Kamaludin Md Said, Amer berhujah pertuduhan itu tidak dapat dipertahankan sekiranya laporan SPRM sendiri menyatakan Azeez tidak melakukan kesalahan.

“Ada laporan daripada (Unit) Analisis Kewangan SPRM mengenai Azeez menerima dana yang sah. SPRM membuat penemuan bahawa dia menerima pendapatan sah,” katanya.

Amer berkata SPRM mengakui syarikat Menuju Asas Sdn Bhd telah menggajikan Azeez secara sah, dan oleh itu, dia tidak dapat menerima hasil yang tidak sah daripada majikannya.

“Saya berhujah sekarang bahawa perkara (laporan siasatan SPRM) itu tidak boleh berubah-ubah. Sebaliknya, anda mengatakan dia (Azeez) menerima wang yang sah, kemudian anda mengatakan dia menerima hasil haram daripada majikan yang sama.

“Laporan ini tidak dibantah oleh SPRM. Tiada satupun pertuduhan yang dapat dipertahankan di mahkamah,” kata Amer.

Semasa prosiding dalam talian di Mahkamah Rayuan, peguam itu juga mengulangi hujahannya bahawa 13 tuduhan terhadap Azeez itu cacat dan menafikan kemampuan perayu untuk memahami dan bertindak balas dengan betul.

Amer berpendapat 13 tuduhan itu harus digugurkan kerana mereka cacat, tidak berasas dan dibawa ke atas Azeez dengan niat jahat (mala fide) oleh pihak pendakwaan.

Peguam itu antara lain berhujah, ketiga-tiga tuduhan rasuah itu cacat kerana beberapa projek yang berlainan disenaraikan dalam satu pertuduhan.

Amer berpendapat ini bertentangan dengan undang-undang mengenai tuduhan bertindih, yang memperuntukkan tuduhan jenayah hanya menyatakan kesalahan yang didakwa berkaitan dengan satu transaksi atau kejadian sahaja.

Berkaitan dengan 10 tuduhan pengubahan wang haram, peguam itu berhujah ia cacat kerana pendakwaan tidak menyatakan dengan jelas kesalahan asas yang mendasari tuduhan pengubahan wang haram itu.

Di bawah konteks undang-undang antipengubahan wang haram di Malaysia, kesalahan predikat adalah kesalahan utama (biasanya rasuah) yang berkaitan dengan kesalahan pengubahan wang haram (kesalahan yang melibatkan jejak wang atau transaksi untuk menyamarkan asal wang haram dari kesalahan utama) .

Pada akhir prosiding petang ini, Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Oktober depan untuk mendengar balasan pendakwaan terhadap penghujahan pasukan peguam Azeez hari ini.

Hakim Mahkamah Rayuan Abu Bakar Jais dan Che Mohd Ruzima Ghazali antara hakim yang mendengar kes ini.

Pendakwaan hari ini terdiri daripada timbalan pendakwa raya Aslinda Ahad dan Nik Haslinie Hashim.

Azeez menghadapi tiga tuduhan menerima rasuah RM5.2 juta berkaitan dengan projek jalan raya di Kedah dan Perak.

Dia juga menghadapi 10 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan RM13.9 juta, yang didakwa diterimanya daripada syarikat Menuju Asas.

Kesalahan rasuah itu didakwa dilakukan di CIMB Bank, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur pada 8 Disember 2010, dan di Affin Bank, Pusat Bandar Puchong, Selangor, pada 13 Jun 2017, dan 10 April 2018.

Berkaitan dengan tuduhan pengubahan wang haram, Azeez didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Lembah Klang, antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.

Abang Azeez Abdul Latif pada mulanya dituduh bersubahat dengan dua tuduhan memperoleh suapan RM4 juta, sebagai balasan kerana menolong Menuju Asas mendapatkan projek jalan raya melalui tender terhad daripada Kementerian Kerja Raya.

Namun, susulan permohonan oleh pihak pendakwaan pada 8 Februari, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepaskan tetapi tidak membebaskan Latif daripada pertuduhannya (DNAA).

Terkini! MB Negeri Sembilan cemerlang, diakui Yang Dipertuan Besar

 

Terkini! MB Negeri Sembilan cemerlang, diakui Yang Dipertuan Besar


Merujuk Kenyataan Media yang tular sejak semalam berkaitan ‘Hilang Kepercayaan Terhadap Pengerusi MPN, KeAdilan Negeri Sembilan’ yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan. Pemuda Pakatan Harapan ingin menegaskan bahawa, perkara tersebut tidak sedikitpun akan menggugatkan kestabilan Pemerintahan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

Pemuda Pakatan Harapan Negeri Sembilan, menzahirkan sokongan penuh terhadap kepimpinan Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar sehingga tamat penggal ini.

Sehingga hari ini, pengurusan pentadbiran yang dipamerkan adalah begitu telus dengan akauntibiliti yang cermat dan tidak berlakunya sebarang salahguna kuasa. Ini juga diperakui oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, melalui titahnya dalam sesi pembukaan Sidang Dun pada Jumaat lalu, bahawa kerajaan Negeri Sembilan, pimpinan YAB Dato’ Seri Aminuddin Bin Harun adalah sangat cemerlang dengan berusaha mengutip hasil ke paras yang membanggakan iaitu sebanyak 98%.

Kerajaan Negeri Sembilan juga telah berusaha dengan gigih dalam mengawal Covid-19 di samping mengeluarkan peruntukan sebanyak 5 juta Ringgit ke seluruh Negeri Sembilan, melalui ADUN dan Penyelaras Dun.

Tahniah dan Syabas juga diucapkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Amninuddin Harun bersama kakitangan awam khususnya ‘frontliner’ di atas kejayaan mencapai Imuniti kelompok di mana seramai 669,260 orang iaitu sebanyak 82.18% telah selesai divaksin. Ini merupakan suatu pencapaian yang amat membanggakan.

Pemuda Pakatan Harapan Negeri Sembilan berpandangan bahawa, krisis dalaman parti yang sedang melanda Parti KeAdilan Rakyat, Negeri Sembilan ini merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti politik sekalipun. Diharapkan agar, krisis ini dapat diselesaikan dengan harmoni dalam suasana kekeluargaan sesegera mungkin agar fokus utama Kerajaan Negeri hari ini untuk mensejahterakan rakyat tidak akan terpesong jauh.

SEKIAN.

*MOHD HANIS ALIMIN*
Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Negeri Sembilan


Vaksin Covid 19 : Kenapa Masih Ada Yang Menentang? #SKOPMG

ADAKAH BERBALOI MEMAKSA.

 

Virus tu bermutasi dan *Herd Immunity* adalah *Naratif* dan harapan *PALSU* yang menyebabkan penindasan dan paksaan terhadap orang yang TIDAK mahu ambik vaksin COVID-19 separuh masak itu sebagai *SIA-SIA* dan *ZALIM*.

Kredit: Zubaidi Sudin

 No photo description available.

APA JASA MENTERI AGAMA YANG BARU ?


May be an image of text that says "SENYUM KAMBING Sejak PAS-UMNO jadi kerajaan banyak Pusat Tahfiz ditutup kerana tak dapat bantuan dari kerajaan, alasannya kerajaan kekurangan dana. SR suara akyat Tapi boleh pulak ada dana bayar gaji ratusan ribu ringgit sebulan pada 3 Duta Khas tak berfungsi tu?"



ZUWAIRI MOHD YUUSOF

Semasa Mujahid jadi Menteri Agama, antara jasa terbesar Mujahid ialah merealisasikan RUU Profesioan Guaman Syarie, dengan kata lain, ia adalah ia usaha memperkasakan institusi syariah di Malaysia.Ini ialah satu kejayaan. even PAS sendiri tidak pernah mengkritik dan menyerang Mujahid dalam isu ini.Masa Dzulkifli jadi Menteri Agama pula, aku tak pasti apa RUU yang dia pernah bawa selain daripada tulis buku pasal Fiqh SOP, pastu dia sendiri langgar SOP (dua kali pula tu), mencetuskan kluster Bah Kasturi menjangkiti hampir 40 orang.Boleh anggap dia gagal sebagai seorang Menteri Agama, tiada sebarang perubahan konkrit sepertimana yang Mujahid buat sebelum ini.Terbukti gagal.

Sekarang ni Idris pula jadi Menteri Agama, dan tiada alasan lagi untuk tidak membawa RUU355 sepertimana yang dilaungkan sebelum ini. Jika benar-benar mahu laksanakan, ia ambil masa lebih kurang 1 tahun sahaja.Ambil contoh RUU333, Jawatankuasa Teknikal bermula Januari 2020, diluluskan di Parlimen pada Julai 2020. Mudah dan sekejap sahaja.Sebab itu apa yang penting sekarang ini ialah, Idris Ahmad menubuhkan Jawatankuasa Teknikal RUU355 sebagai bukti permulaan serius.Jika tidak, anggaplah ia satu lagi penipuan dan pembohongan PAS.Tanaka Mustafa kena push Menteri Agama PAS agar segera tubuh kembali Jawatankuasa Teknikal RUU355 yang terbengkalai sejak 2015 kerana pengkhianatan PAS pada ketika itu.

Ada member dalam grup whatsapp kata cerita mengenai pondok/tahfiz diarah tutup sebab masalah kewangan tu adalah sekadar nak tipu je sebenarnya.Sebab geng-geng lebai ni nak buat naratif pondok/pusat tahfiz takde duit, sebab target belanjawan 2022 nanti akan dapat peruntukkan yang besar untuk mereka,lebih-lebih lagi selepas lebai PAS jadi Menteri Agama.Ini semua game lebai nak mengketedarah duit peruntukkan belanjawan 2022 dengan pura-pura takde duit.Belanjawan 2022 akan dibentangkan menjelang akhir tahun ini (November) dan sehingga ke saat itulah naratif pondok/pusat tahfiz takde duit akan dimainkan.

Mengandaikan bila kerajaan Ismail nanti umum "satu peruntukkan mega" untuk pondok/pusat tahfiz, maka yang paling untung ialah lebai ; imej lebai dilihat bagus dan dapat duit juta-juta pula.Apatah lagi menjelang PRU15 yang semakin dekat.Nampak tak permainan mereka?Hmm..takkan la lebai menipu? Description: 🙂

#KerajaanGagal2 #KabinetKitarSemula #FailGovernment2 #RecycledCabinet #Kerajaan69 #69Government