Panas !! Azeez Rahim Bebas Rasuah RM144.5 juta?


Mahkamah Rayuan diberitahu, tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM144.5 juta terhadap Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim patut dibatalkan kerana cacat dan tidak berasas. Azeez yang juga bekas pengerusi Tabung Haji, didakwa atas tiga tuduhan rasuah berjumlah RM5.2 juta dan 10 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM139.3 juta. Dia dituduh menerima RM5.2 juta daripada Mohammad Redzuan Mohanan Abdullah, pengarah Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd, di Lembah Klang, antara Disember 2010 hingga April 2018. Dia turut dituduh menerima RM139.3 juta daripada empat syarikat – Menuju Asas Sdn Bhd, Mangkubumi Sdn Bhd, Pintas Utama Sdn Bhd dan AVP Engineering Sdn Bhd. #malaysianews #azeezrahim #politik #malaysia #rasuah

No comments: