SIAPA BETUL SIAPA SALAH?


No photo description available.


NORMAN RADZUAN


Pro Vaksin dan Anti Vaksin

Siapa betul siapa yg salah…pro vaksin atau anti vaksin? Isu yg tidak pernah sunyi di wall FB. Muncul kelompok anti vaksin bukan masalah org Melayu di negara kita sahaja tetapi ia masalah global.

Saya telah byk bercerita mengenai Covid19 sejak Sep 2020 dan serba sedikit mengenai vaksin. Jika mengikuti artikel lalu pada awalnya saya agak steptikal terhadap vaksin.

Saya menulis saya bukan anti vaksin tetapi mahu tunggu dan lihat. Ia menjadi amalan saya bukan sahaja tentang vaksin tetapi isu2 politik, perniagaan dan pembelian saya perlu menunggu dan mendapat maklumat yg tepat utk menulis atau berurus niaga..

Selepas beberapa bulan iaitu sejak Mac 2021 saya mula positif utk divaksinasi selepas yakin ia adalah indikator kpd pelan pemulihan Covid19 berdasarkan data2 yg saya baca mengenai negara luar. Walaupun sudah lengkap 2 dos secara jujur keyakinan saya kpd vaksinasi hanya 70% keberkesanannya.

Saya masih ada perasaan ragu2 berdasarkan pandangan dan kenyataan pakar2 luar negara mengenai vaksinasi. Jadi apa penyebab saya rela divaksinasi mengatasi keraguan mengenainya? Jawpannya ada di penghujung cerita.

Maaf saya tidak percaya kpd Dr Tik Tok muda2 ni yg tunjuk bijak di medsos. Begitulah sikap mereka (Dr Tik Tok) yg anti kpd ubat iverxxxxxx. Mereka Dr muda dan bukan pakar. Tapi kerana bergelar Dr kononnya semua pandangan mereka wajib dipercayai.

Pengalaman hidup saya dpt melihat sesama Dr bercanggah mengenai pemberian ubat kpd ibu mertua, isteri dan anak saya sudah cukup membuktikan bezanya Dr pakar dan Dr Tik Tok.

Begitu juga dgn ubatan alternatif Iverxxxxx. Dr Tik Tok masing2 membuat kenyataan sindiran ini ubat utk binatang, rawatan cacing atau kudis buta. Sdgkan ubat Viagra keluaran Pfizer asalnya utk mengawal tekanan darah dan kini hasil kajian membuktikan ia mampu mengubati mati pucuk. Ia kini sgt popular sbg ubat masalah seksual berbanding tujuan asalnya.

25 tahun saya berbekam, bila kebetulan saya ke klinik dan Dr melihat bekas bekam saya…kesemua Dr bukan Muslim mengatakan bekam ini mengarut. Anda percaya dakwaan mereka?

Dr dipandang tinggi oleh masyarakat kerana gelaran Doktor, mereka berkebolehan bercerita tentang penyakit sb mereka belajar mengenainya dan kebiasaannya mampu berbahasa Inggeris dgn baik. Tipikal Malaysia mereka yg fasih berbahasa Inggeris dianggap cerdik.

Maaf kata org Malaysia ini bukan jenis pengkaji, pembuat atau berani melakukan perkara yg dirasakan positif secara proaktif. Semua kena tunggu org lain buat dahulu.

Jgn kata tentang perubatan, bab pakaian pun kita tak berani mengubahnya walaupun sudah merdeka berpuluh tahun. Masih anda ingat uniform Nurse dan Polis era 60an, 70an dan 80an…seksi dan tidak menutup aurat.

Walaupun org putih sudah balik dan tinggal yg hitam putih tetapi nak ubah perkara semudah itu pun sukar dilakukan. Paling memalukan apabila Gimnas Jerman telah menggunakan pakaian yg lebih sopan berbanding atlit negara kita. Kita ini jenis kena tunggu org lain buat dulu barulah mengikutinya.

Berbalik kpd isu pro vaksin dan anti vaksin. Saya merasakan adalah tidak adil utk kita melayani mereka yg anti vaksin seperti warga negara kelas kedua. Di negara kita seorang anggota tentera enggan divaksin dibuang kerja tetapi di Amerika majoriti tentera mereka tidak mahu divaksin tiada seorang pun dibuang kerja. Nampak diskriminasi kita kpd mereka yg anti vaksin.

Kpd yg anti vaksin mereka berhak tidak divaksinasi atas nama hak asasi tetapi mereka juga pula menghormati hak mereka yg pro vaksin. Sebagai contoh kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan mereka yg divaksinasi sahaja menunaikan umrah atau mengerjakan Haji.. kpd anti vaksin kena akurlah polisi kerajaan sesebuah negara.

Di negara kita polisi pengurusan Mall tidak benarkan anti vaksin memasuki Mall. Kena hormatlah dan jika mahu juga ke Mall mereka boleh cadangkan kpd tauke2 anti vaksin utk membuka Mall khas utk golongan anti vaksin. Jadi kpd mereka yg anti vaksin tidak perlu marah2 soal ini.

Itu baru adil namanya. Cuma ada satu pemasalahan di sini terutama kpd kakitangan kerajaan yg dipaksa utk divaksin. Sewajarnya kerajaan mesti bertanggungjawab jika berlaku kematian atau kemudaratan.

Contoh pampasan kematian atau kemudaratan lain wajar diberikan kpd yg dipaksa menerima vaksin seperti sejumlah wang RM 100 ribu. Ini kerana mereka tiada pilihan (diwajibkan) utk meneruskan kehidupan.

Jadi kenapa saya rela divaksin sudah terjawab. Berdasarkan data dlm dan luar negara menunjukkan mereka divaksin risikonya kecil berbanding mereka yg enggan divaksin. Saya juga berniat utk ke Mekah, saya juga mempunyai perniagaan di dlm Mall, urusan memerlukan penerbangan, penginapan di hotel dan lain2.

Kita ada pilihan samada pro vaksin atau anti vaksin. Jika kita rela divaksinasi kita boleh mengerjakan haji, umrah, ke luar negara, ke Mall, ke rumah ibadat, menginap di hotel, dine in dan bermacam mcm lagi. Mana boleh sama bila kita anti vaksin mahu privilege mcm org yg divaksin.

Ya benar ada org yg divaksin juga mati dan begitulah juga ramai yg belum divaksin juga mati. Ajal maut kita serahkan kpd Allah mudahan vaksin ini asbab kesihatan terus dilindungi dari wabak ini.

Alhamdulillah dan 10 bulan penduduk dunia divaksin belum ada lagi mereka yg menjadi zombie. Alhamdulillah dah 100 tahun mereka di Turki masih menjadi manusia biasa.

Apapun kita yg sudah divaksin kena yakin vaksin ini bukan semestinya kita kebal...virus ini makhluk Allah..makhluk tidak mempunyai kuasa apa2. Lalu yg penting berdoa terus kpd Allah. Vaksin sekadar ikhtiar. Risiko tetap ada.

Akhir kata isu Pandemik Covid19 tidak pernah sunyi. Bermula SOPnya, proses vaksinasi, PPV, ubatan Ivermecxxx dan yg seronoknya jenis vaksin juga menjadi isu. Jenis ini bagus, jenis itu tidak. Yg lucu dlm nak tunjuk pandai adalah satu kesilapan bila ditanya divaksin jenis apa…kita menyebut Pfizer. Sebenarnya jenis vaksin tersebut adalah mRNA keluaran Pfizer. Manakala viral vector keluaran Astra Zeneka dan inactivated keluaran Sinovac.

 

No comments: