SAPU DIIT BILLION BILLION KENA PENJARA DAPAT DISKAUN DAN DISKAUN DENDA...APA PUNYA MALU LA NEGARA NI







 Duit berbilion disapu, kapal layar mewah dibeli, hartanah dikumpul, hidup macam raja. Bila kantoi, kerajaan pula kena jadi tukang kutip hutang. Satu dunia kena jelajah untuk cari balik duit rakyat Malaysia.


Itulah hebatnya skandal 1MDB. Nak songlap duit bukan main laju. Nak dapatkan balik, bertahun-tahun tak selesai. Amerika Syarikat, Singapura, Switzerland dan macam-macam pihak berkuasa terpaksa terlibat. Bukan setakat cari duit, nak buktikan duit itu milik siapa pun kena turun naik mahkamah.


Setakat Ogos 2026, sekitar RM31.3 bilion berjaya dipulihkan. Tetapi jangan ingat semuanya sudah selesai. Negara masih menanggung komitmen hutang 1MDB sehingga 2039. Yang menikmati kemewahan dahulu, rakyat hari ini masih kena hadap akibatnya.


Bayangkan sebuah negara terpaksa mengerahkan penyiasat, peguam, pegawai kewangan dan hubungan diplomatik semata-mata untuk mendapatkan semula duit sendiri. Duit yang sepatutnya boleh digunakan membina sekolah, hospital dan membantu rakyat.


Yang lebih ajaib, dalam negara ini masih ada manusia yang sibuk mempertahankan pemimpin terpalit skandal. Bila sebut berbilion ringgit diselewengkan, terus keluar cerita jasa. Bila sebut hukuman mahkamah, terus keluar cerita penganiayaan. Macam duit yang hilang itu duit Monopoly.


Agamawan politik pun ada yang bukan main bersemangat bercakap tentang keadilan dan amanah. Tetapi bila sampai bab pemimpin yang mereka mahu bela, tiba-tiba lebih sibuk mencari alasan untuk mempertahankannya. Kalau marhaen mencuri, panjang ceramah tentang dosa. Kalau melibatkan berbilion ringgit, panjang pula ceramah tentang jasa.


Paling kelakar, kerajaan yang berusaha mengutip balik duit negara boleh pula dijadikan sasaran politik. Sedangkan orang yang menyebabkan negara terpaksa menanggung kerosakan itu ada yang mahu dijulang sebagai wira.


Orang lain sapu duit, kerajaan kena kutip balik satu-satu. Yang menyapu dijulang, yang mengutip pula dihentam.


Begitulah politik Malaysia. Duit rakyat hilang berbilion pun masih boleh dicari alasan untuk bersorak. Yang penting bukan siapa menjaga amanah, tetapi siapa berada dalam kem politik sendiri.


#AhmadMursi #1MDB







No comments: