Kenapa negara besar dan kuasa dunia seperti Amerika Syarikat masih kekal kan F-15, dan tidak beralih sepenuhnya kepada pesawat generasi ke 5 seperti F-35 atau F-22 Raptor ?
Nampaknya hal sama dilakukan oleh Russia ?
Sebabnya bukan kerana F-15 itu lebih hebat daripada F-35 atau F-22. Sebabnya ialah tentera udara tidak boleh berperang hanya dengan pesawat halimunan semata-mata.
Konsepnya dipanggil campuran tinggi-rendah / hi-low mix, pesawat generasi kelima membuka jalan, pesawat generasi keempat membawa peluru yang banyak.
1. F-22 terlalu sedikit, F-35 terlalu terhad muatannya
F-22 Raptor dihentikan pengeluarannya terlalu awal. Amerika Syarikat hanya ada sekitar 180 buah yang masih boleh terbang, dan kos menyelenggara setiap satu amat tinggi.
F-35 pula memang halimunan, tetapi untuk kekal halimunan, pelurunya mesti disimpan di dalam badan pesawat. Ruang itu terhad.
Sebaliknya F-15EX Eagle II yang baharu,
Boleh membawa sehingga 12 peluru berpandu udara ke udara AMRAAM, malah sehingga 22 peluru dalam konfigurasi penuh, jauh lebih banyak daripada F-35 dan F-22 jika mahu kekal halimunan
Mempunyai jarak penerbangan lebih jauh, kelajuan lebih tinggi, dan muatan hampir 30,000 paun
Direka untuk bekerja bersama pesawat halimunan, bukan menggantikannya. F-35 dan F-22 masuk dahulu tanpa dikesan, F-15EX pula menyerang dari belakang dengan peluru yang banyak
Sebab itu F-15EX digambarkan sebagai pesawat generasi keempat-plus yang melengkapi armada halimunan, bukan pesaingnya.
2. Kos dan bilangan pesawat
Tentera Udara Amerika Syarikat berdepan masalah bilangan. Pesawat lama F-15C/D bersara lebih pantas daripada pesawat baharu yang dapat dibina.
F-35A pula masih berdepan kelewatan program pemodenan Block 4 dan Technology Refresh 3. Jika Amerika Syarikat menunggu F-35 semata-mata, akan ada lompang bilangan pesawat.
F-15EX pula boleh terus digunakan oleh skuadron F-15 yang sedia ada, juruterbang, juruteknik, alat ganti dan pangkalan sudah tersedia. Ia lebih cepat untuk dioperasikan, dan ia masuk perkhidmatan operasi pada Julai 2024 sebagai pengganti F-15C/D yang sudah uzur.
Bagi misi pertahanan tanah air dan rondaan amaran, halimunan tidak diperlukan. Yang diperlukan ialah pesawat yang sentiasa bersedia, laju, dan boleh terbang jauh.
Setakat April 2026, hanya 27 buah F-15EX sudah diserahkan, dan kebanyakannya digunakan untuk latihan dan pertahanan tanah air dahulu.
3. Rusia buat perkara yang sama, tetapi sebabnya lebih mendesak
Rusia hanya ada satu pesawat generasi kelima, iaitu Su-57 Felon. Tetapi bilangannya amat kecil, sekitar 30 + buah dalam perkhidmatan, berbanding lebih 400 buah pesawat keluarga Flanker seperti Su-27, Su-30 dan Su-35.
Sebab Rusia masih bergantung kepada Su-35S dan Su-30SM/SM2 :
Pengeluaran Su-57 perlahan dan mahal.
Menghasilkan pesawat halimunan generasi kelima amat mahal, dan Rusia masih bergantung kepada kilang yang sudah sedia mengeluarkan Su-30 dan Su-35
Su-35 sudah terbukti. Ia mempunyai radar baharu, avionik baharu dan senjata ketepatan, dan ia sudah digunakan dalam operasi sebenar. Su-35S kekal menjadi pesawat utama dalam armada Rusia walaupun Su-57 mendapat lebih banyak perhatian
Perang memaksa Rusia kekalkan pengeluaran lama. Industri Rusia terpaksa terus mengeluarkan Su-30SM, Su-34 dan Su-35 sambil membaiki kerugian dan menyokong operasi harian
Asas reka bentuk yang sama. Kebanyakan pesawat pejuang barisan hadapan Rusia berasal daripada Su-27 Flanker, termasuk Su-30, Su-34 dan Su-35, jadi penyelenggaraan dan latihan lebih mudah
Jadi,,, Rusia bukan tidak mahu Su-57 semata-mata. Rusia tidak menghasilkannya dalam jumlah yang cukup, kerana fokus pada pesawat Su-35 dan Su-30 yang lebih mudah dibina.
Amerika Syarikat dan Rusia sampai ke jawapan yang sama melalui jalan yang berbeza.
Peperangan udara moden bukan soal pesawat mana paling canggih. Soalannya ialah : siapa ada cukup pesawat, cukup peluru, dan cukup pesawat yang boleh terbang setiap hari.
Begitulah yer
Oleh Salman Al Farisy
#uniformsoriginal
#salmanalfarisy
#aviationnavalarmour
#UOCG





No comments:
Post a Comment