Presiden Macron Selit Gurauan, Hargai PM Anwar Luang Masa Adakan Pertemuan

IMG_1379

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada istiadat sambutan rasmi di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada 17 November 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Presiden Perancis Emmanuel Macron memulakan pertemuan dengan nada bersahaja sambil berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sudi meluangkan masa menerima delegasi Perancis meskipun mempunyai jadual yang padat.

Macron ketawa kecil sambil berseloroh mengenai kesungguhannya dalam mengatur pertemuan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada istiadat sambutan rasmi di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada 17 November 2026. Foto PMO

“Saya amat gembira kerana telah ‘mengganggu’ dan ‘mendesak’ anda serta kakitangan anda bagi menjayakan pertemuan ini,” kata beliau dalam ucapan pembukaan sebelum mesyuarat dua hala bersama Anwar yang berlangsung di Bangunan Sultan Abdul Samad pada Selasa.

Presiden Perancis itu turut berterima kasih kepada Anwar kerana menyusun semula jadualnya bagi memberi laluan kepada pertemuan berkenaan, sambil menyifatkan langkah itu amat bermakna buat beliau serta delegasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada istiadat sambutan rasmi di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada 17 November 2026. Foto PMO

“Terima kasih kerana menerima kunjungan kami, dan terima kasih kerana mengatur, atau lebih tepat menyusun semula agenda anda bagi membolehkan pertemuan ini diadakan,” kata beliau.

Anwar yang sedang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Manila, Filipina, kembali seketika ke tanah air bagi menerima kunjungan Macron.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada istiadat sambutan rasmi di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada 17 November 2026. Foto PMO

Perdana Menteri dijadual berlepas semula ke Manila petang ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat.

Beliau seterusnya dijadual berkunjung ke Shenzhen, China untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC ke-33.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada istiadat sambutan rasmi di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada 17 November 2026. Foto PMO

Dalam pada itu, Macron turut merakamkan penghargaan atas komunikasi berterusan Anwar menerusi kiriman mesej dan ucapan.

Beliau berkata Perancis bersedia memperkukuh kerjasama dengan Malaysia merentasi pelbagai isu dua hala serta kekal sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada istiadat sambutan rasmi di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada 17 November 2026. Foto PMO

Macron kini dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula Isnin atas jemputan Anwar, sekali gus menandakan lawatan pertama beliau ke negara ini sejak memegang jawatan pada Mei 2017.

Menurut kenyataan Kementerian Luar pada Isnin, lawatan berkenaan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan hubungan Malaysia-Perancis ke tahap Perkongsian Strategik.

No comments: