Fathi Aris Omar
Dah tu kenapa ustaz dan penceramah agama cakap liberalisme itu haram? Sebab ustaz tidak baca. Kalau baca fatwa tersebut, mereka silap faham.
Kemudian ustaz dan pendakwa tidak pernah cuba mengkaji apa itu debat dan ideologi liberalisme. Ertinya, salah faham dan jahil puncanya.
Itu sahaja. Yang berpunca daripada malas kaji 😄
Semua kekeliruan ini bermula daripada tajuk mesyuarat satu unit bawah JAKIM kira-kira 20 tahun dahulu, kemudian ayat pada fatwa Selangor lebih kurang 10 tahun lepas.
Tajuk muzakarah pada 25-27 Julai 2006 berbunyi: Aliran Pemikiran Liberal: Hukum dan Implikasinya kepada Islam di Malaysia.
Di sinilah permulaan kekeliruan yang beranak-pinak sampai sekarang. Di mana keliru itu? Di sini: Aliran Pemikiran Liberal atau Pemikiran Liberal.
Jadi ustaz, pendakwah, penyokong parti dan pencinta Islam menyangka muzakarah dan fatwa itu mengenai pemikiran liberal atau faham liberal atau liberalisme!
Padahal niat asal JAKIM itu mengenai tafsiran akidah dan syariat yang tidak mengikut disiplin berhujah agama yang lazim atau tradisi sedia ada. Malah dikupas ikut sisi pandang lain.
Sepatutnya ditulis dan difahami begini: Aliran Pemikiran (Agama Yang) Liberal: Hukum dan Implikasinya kepada Islam di Malaysia. Jadi sesuai dengan lapan perkara yang dikupas bawah tajuk ini.
Begitu juga fatwa di Selangor pada 17 Julai 2014 yang diwartakan pada 31 Julai 2014 mengenai pemikiran liberalisme dan pluralisme agama.
Niatnya baik tetapi ayat itu difahami dengan silap. Di mana? Pada ungkapan ini: pemikiran liberalisme dan pluralisme agama.
Bukan pemikiran liberalisme yang dimaksudkan tetapi pemikiran liberalisme agama! Ungkapan harus difaham begini: pemikiran liberalisme agama dan pluralisme agama.
Tetapi sewaktu mengarang, perkataan berulang selalunya kita gugurkan, jadilah begini sahaja: pemikiran liberalisme dan pluralisme agama.
Padahal niatnya pemikiran liberalisme agama dan pluralisme agama! Nampak?
Kekeliruan itu yang membiak poster di media sosial JAKIM yang mati-matian mengatakan fatwa itu mengenai fahaman liberal atau liberalisme.
Entah-entah mereka tidak baca teks penuh fatwa tersebut, :) apatah lagi mahu merenung dengan teliti persoalan di depan akal masing- masing.
Saya boleh cakap dengan yakin seperti ini sebab saya semak sendiri fatwa dan butiran fatwa JAKIM dan juga fatwa Selangor.
Jadi untuk memudahkan sesiapa yang berminat, boleh rujuk sendiri teks, dokumen dan imej yang dilampirkan sepenuhnya (lengkap).
Lihat imej fatwa pada link 1 di bahagian komen 👇👇







No comments:
Post a Comment