Dialog, diplomasi jadi pendekatan Malaysia tangani kemelut Myanmar

 


Malaysia meneruskan pendekatan diplomatik bagi menangani kemelut Myanmar menerusi penglibatan langsung dan dialog berterusan dengan semua pihak, tanpa mengetepikan kerangka ASEAN dan Konsensus Lima Perkara (5PC).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,, pertemuan dengan kepimpinan Myanmar di Bangkok dan Beijing, diikuti lawatan rasmi Min Aung Hlaing ke Malaysia pada Oktober lalu, merupakan sebahagian daripada usaha berkenaan.

Menurutnya, pendekatan itu tidak mengetepikan kerangka ASEAN dan Konsensus Lima Perkara (5PC), sebaliknya membuka ruang untuk Malaysia menyampaikan pendirian serta harapan secara langsung, selain menangani isu dua hala termasuk kebajikan rakyat Myanmar di Malaysia.

Anwar berkata demikian ketika berkongsi perkara yang dibincangkan dalam Sesi Pemukiman Sidang Kemuncak ASEAN ke-49.

Beliau turut berkongsi perbincangan bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio, yang antara lain menyentuh perkembangan di Myanmar.

Katanya, perkara itu memperlihatkan keperluan untuk meneruskan usaha diplomatik dengan pelbagai pihak bagi mencari penyelesaian kepada kemelut berkenaan.

Selain isu Myanmar, perbincangan turut menyentuh ancaman jenayah penipuan rentas sempadan serta potensi kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

Dalam aspek tenaga pula, Anwar menggesa supaya pelaksanaan Jaringan Grid Tenaga ASEAN dipercepat bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, khususnya daripada sektor ekonomi digital dan pusat data.

Usaha itu juga penting bagi memperkukuh keterjaminan bekalan tenaga serantau.




No comments: