HEBAT DRAMA DI N9 ..PANDAI BETOI RAKYAT JADI PENONTON....OENGARAHNYA PULA BELAKANG TABIR....IDUP AMANO.




 Kontroversi di Negeri Sembilan memasuki plot twist baru bila pimpinan UMNO mengakui Ismail Lasim dipecat tanpa pengetahuannya.




Walaupun tidak menjelaskan sebab terperinci kenapa Ismail Lasim dipecat UMNO Zahid Hamidi tetapi pemerhati percaya hal ini ada kaitan dengan tindakan Ismail Lasim yang kembali taat kepada Yamtuan Besar N9 yang sah, Tuanku Muhriz.


Sumber yang dikenali sebagai Ramzi Rahimi memaklumkan di dalam UMNO sekarang terdapat dua kem. Satu kem Tok Mat yang mahu UMNO N9 move on dan fikirkan tentang masalah rakyat. Tindakan UMNO N9 uturn ada kaitan dengan nasihat Tok Mat kepada Ismail Lasim. Manakala satu lagi team dipercayai di bawah kawalan Zahid Hamidi. Zahid dipercayai tetap mahu memastikan agenda asal dilaksanakan kerana telah menerima sesuatu yang amat bahaya untuk didedahkan kepada orang awam kerana jika hal ini terdedah semua pihak yang mendedahkan akan didakwa dibawah Akta Hasutan, demikian dimaklumkan oleh Ramzi.


Pemberita juga tidak mahu mengambil risiko atas perkara yang amat serius ini.


Bagaimanapun tindakan memecat Ismail Lasim tanpa mengambilkira status dan maruahnya telah menyebabkan UMNO mendapat tempias.


"Itu hari kemain merentan bab Tuanku Muhriz takde adab la apa la. Tak sampai sebulan dua Allah nak tunjuk punyalah hipokrit nakmamposnya UMNO neh depa yang sebenarnya tak ada adab. 


Kot nak buang kawan tu buatlah dengan cara bermaruah. Kawan tu dah telan segala penghinaan & caci maki atas sebab tindakan atasan parti yang menekan-nekan suruh pecat Tuanku Muhriz. Ke kiri salah ke kanan pun salah. 


Pangkat baginda tu ada hierarki dalam institusi. Tapi kau pijak-pijak pula maruah baginda. 


Kau dah biasa buat UMNO. Semalam pun orang kau buat dalam Parlimen. Kau dah biasa malukan orang. Aibkan orang. Jatuhkan orang. Kawal semua benda. Undang-undang bawah tapak kaki kau," tulis netizen lagi.




No comments: