PMX TEGUR PENJAWAT AWAM

 Lebih-lebih lagi di pejabat tanah.




Nur Cahya


Geran hilang denda rm500. Malangnya dengan denda rm500 itu, geran hanya diperolehi dalam tempoh 6 hingga 12 bulan. Kegilaan apakah ini?
***
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur budaya kerja lembap dalam kalangan penjawat awam, termasuk urusan surat-menyurat yang sepatutnya boleh diselesaikan dalam sehari tetapi mengambil masa sehingga dua minggu.
“Kalau upah dah naik, minyak dah turun, dan ekonomi keadaan begini, kita tak bersyukur, kerja masih lembap, masih lambat, surat yang boleh dijawab satu hari, dia ambil masa dua minggu. Itu memang cari penyakitlah untuk negara,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya, Isnin (19 Oktober).
Anwar menegaskan kejayaan Belanjawan 2027 bukan sekadar bergantung kepada jumlah peruntukan atau pengumuman dasar, sebaliknya kecekapan jentera kerajaan melaksanakannya. Beliau mahu setiap kementerian dan agensi mempercepat urusan rakyat, meningkatkan produktiviti serta membendung ketirisan supaya manfaat bantuan kerajaan tidak terjejas akibat kelewatan pentadbiran.
Sumber: Berita RTM





No comments: