MMR
Pada hari semalam , Syarikat tempatan Shafleena Holding Sdn Bhd telah menandatangani kontrak perjanjian memperoleh 34 buah kenderaan sokongan bagi meriam SPH 155mm Caesar daripada syarikat Chaiseri Defence Thailand
Dalam kontrak tersebut datang dengan 34 buah kenderaan sokongan yang terdiri daripada lima jenis model kenderaan bagi meriam SPH 155mm Caesar yang akan datang pada masa dekat ini 18 buah Kenderaan Bekalan Peluru (ASV) , 3 buah Kenderaan Pembaikan Hadapan (FRV), 3 buah Kenderaan Penyelaras Kawalan Tembak (FCC) , sebuah Kenderaan Pemulihan Sederhana(MRV) dan 9 buah Chaiseri Jackal 4x4 HMRV
Pada gambar dibawah ini Kita boleh nampakkan Spesifikasi Chaiseri Jackal 4x4 HMRV berbanding dengan Ribat 4x4 HMLTV tidak mempunyai perbezaan yang banyak daripada saiz kenderaan panjang, lebar,Tinggi, selain itu pada level perlindungan pada kedua-dua jenis kenderaan masih sama juga , Adakah Chaiseri Jackal 4x4 HMRV dipilih disebabkan harga lebih murah berbanding dengan Ribat 4x4 HMLTV daripada syarikat tempatan Mildef international technologies Sdn Bhd?

No comments:
Post a Comment