PMX seronok layan cucu bermain gelongsor, netizen puji adab dan cara berpakaian

 


Gelagat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melayan dua cucunya bermain gelongsor di rumah menarik perhatian orang ramai yang terhibur melihat kemesraan beliau bersama keluarga.

Menerusi perkongsian di Facebook malam tadi, Anwar memuat naik video pendek yang memperlihatkan beliau membantu cucu-cucunya bermain gelongsor yang dipasang bersebelahan tangga rumah.

“Layan cucu main slide,” tulisnya ringkas menerusi hantaran yang menerima lebih 23,000 tanda suka setakat ini selain ribuan deretan komentar positif.

Namun, bukan sekadar gelagat Anwar yang menarik perhatian, malah cara berpakaian salah seorang cucunya turut mendapat pujian netizen kerana dilihat menjaga aurat meskipun sedang bermain di rumah.

Pengguna Facebook dikenali sebagai Chef Amer melahirkan rasa kagum terhadap penampilan cucu PMX yang berbaju merah.

“Apa yang sangat menarik dan mengagumkan saya tentang keluarga ini. Lihat sahaja cucunya yang memakai baju merah tu.

“Walaupun di dalam rumah dan bermain bersama keluarga, pakaiannya tetap menutup aurat,” katanya.

Menurut Chef Amer, amalan menjaga aurat sejak usia kanak-kanak itu mencerminkan adab dan batas yang diterapkan dalam keluarga berkenaan.

“Tetap dijaga. Saya yakin ini bukan sengaja tetapi adalah adab dan batas yang dijaga. Masya-Allah… semoga Allah sentiasa pelihara keluarga PMX,” tulisnya.

Pandangan sama disuarakan Mazinah Muda yang turut memuji penampilan cucu kepada tokoh Muslim paling berpengaruh ke-10 di dunia itu.

“Alhamdulillah. Cucu pun dididik menutup aurat,” katanya sambil memuji idea memasang gelongsor di tangga rumah untuk kegembiraan kanak-kanak.

Sementara itu, Julia Yahya turut terhibur melihat keceriaan cucu-cucu Perdana Menteri.

“Cucu dia happy, kita pun senang,” ujarnya, manakala Mohd Ghani berseloroh, “Cucu main slide, hati pun cair.”

Subramaniam Nagamuthoo pula menyifatkan cucu sebagai segala-galanya bagi setiap datuk dan nenek.

Bagi Ong Bee Ying pula, meluangkan masa bersama cucu dapat membantu seseorang melepaskan tekanan selepas seharian bekerja.

Malah, netizen turut mengambil kesempatan mengingatkan Anwar supaya mendapatkan rehat secukupnya di sebalik kesibukan menjalankan tugas negara.

“Take rest for a while PMX!” tulis AmiRah, manakala Nash Kenyalang berpesan, “Jangan lupa rehat sendiri juga PMX





No comments: