Mula-mula jadi Ketua Pembangkang cuma 21 hari. Sekarang belum pun genap lapan bulan jadi Pengerusi PN, gabungannya pula dibatalkan pendaftaran oleh RoS!







 Bukan calang-calang orang Dr Sam ni! Baru nak bina nama sebagai calon Perdana Menteri, dah dua kali berdepan episod jawatan yang luar biasa. Mula-mula jadi Ketua Pembangkang cuma 21 hari. Sekarang belum pun genap lapan bulan jadi Pengerusi PN, gabungannya pula dibatalkan pendaftaran oleh RoS!

Memang lain macam perjalanan politik Dr Sam ni. Orang lain kumpul pengalaman bertahun-tahun, beliau dalam beberapa bulan sahaja dah merasa macam-macam.
Ingat lagi bulan Mei lalu? Bukan main gah PN umum Dr Sam sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Hamzah Zainudin. Orang pun tertunggu-tunggu, mana tahu bakal muncul seorang tokoh pembangkang yang boleh menggegarkan Dewan Rakyat.
Sekali baru 21 hari, jawatan itu kembali kepada Hamzah. Belum sempat panas kerusi, dah kena serah balik!
Tak mengapa. Dr Sam masih ada jawatan besar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional. Bukan calang-calang jawatan tu. Gabungan yang bercita-cita besar nak menawan Putrajaya.
Sekali hari ini, 20 Oktober, RoS pula mengumumkan pembatalan pendaftaran PN selepas penjelasan yang dikemukakan gagal menyangkal asas pembatalan dalam notis terdahulu.
Aduhai! Daripada sibuk nak susun Kabinet bayangan, sekarang kena fikir pula macam mana nak selamatkan pendaftaran gabungan sendiri.
Bayangkan, belum genap lapan bulan menjadi pengerusi, Dr Sam sudah berdepan kemungkinan kehilangan gabungan yang dipimpinnya. Kalau keputusan RoS kekal, memang luar biasa singkat episod kepimpinan kali ini.
Cuma menarik juga perjalanan politik beliau. Jadi Ketua Pembangkang, 21 hari. Jadi Pengerusi PN, belum lapan bulan dah kena hadap krisis pendaftaran.
Dulu orang sibuk tanya bila Dr Sam nak jadi Perdana Menteri. Sekarang orang sibuk tanya apa pula nasib PN selepas ini.
Belum sempat sampai Putrajaya, dah kena singgah pejabat RoS dulu!

No comments: