Normah Yusof
Tahun 2019 NAFAS dah buat forensik audit dn terdapat 52 penemuan audit.
Antaranya beli beberapa aset over value, beli baja under spek dan mcm2 lagi la benda tak betul. Ada ladang sawit beribu ekar pun rugi padahal orang kampung tanam sawit pun untung.
Anak syarikat rugi bertahun² pun masih beroperasi ibarat tanggung biawak hidup. Semua tu dah di report polis dan SPRM. Tapi bila 2020 PH jatuh sumber dalaman kata semua laporan tu di tarik balik dn Nafas kena bayar pulak kepada BOD2 yang di dakwa.
Saya sebagai Ketua Unit Peladang sangat berharap semua laporan kepada polis dan SPRM pada 2019 itu di buka semula. Harap Abang Mat dan pengurusan nafas boleh melihat cdgan sya ini utk dibuka kertas siasatan
Kerugian dan hutang lebih RM400 juta pada tahun kewangan 2022 menyebabkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengambil keputusan untuk menutup sembilan daripada 16 anak syarikatnya yang mengalami kerugian.
Selain itu, strategi NAFAS ialah kembali kepada perniagaan teras, terutama berkait dengan pengedaran input pertanian antaranya membabitkan kontrak baja daripada kerajaan mencecah RM2 bilion setahun, selain menyelesaikan isu legasi.
Pengurus Besar NAFAS, Muhammad Faris Arriffin, memberitahu BH, perkhidmatan penyampaian input pertanian membentuk 95 peratus daripada pendapatannya.
Katanya, rancangan penutupan anak syarikat itu dalam proses usaha memulihkan kedudukan kewangan dan perniagaan organisasi berkenaan.
Pengurus Besar NAFAS, Muhammad Faris Arriffin.
Pengurus Besar NAFAS, Muhammad Faris Arriffin.
Beliau berkata, keputusan itu diambil sebagai sebahagian daripada pelan pemulihan perniagaan bagi memastikan NAFAS kembali memberi tumpuan kepada perniagaan teras yang menyumbang lebih 95 peratus kepada pendapatannya.
Sembilan syarikat itu yang disifatkan bukan perniagaan teras NAFAS terbabit dalam penyiaran, Kolej NAFAS, jentera, burung walit, industri makanan, makanan ternakan pemprosesan ayam dan pembekalan anak ayam.
"Ketika mengambil alih kepemimpinan NAFAS pada Mac 2023, NAFAS mencatat kerugian bersih dan mempunyai hutang lebih RM400 juta pada tahun kewangan 2022," katanya.
Bagi memulihkan kembali prestasi NAFAS, katanya dengan mengambil kira kedudukan kewangan itu, ada pelbagai aspek yang perlu ditambah baik, khususnya membabitkan perolehan bahan mentah, selain menangani masalah legasi dalam beberapa perniagaan diceburi NAFAS.
Industri ayam rugi besar
Mengambil contoh industri ayam, beliau berkata ia antara cabang perniagaan yang mengakibatkan NAFAS menanggung kerugian paling besar, termasuk membabitkan kilang memproses ayam, pengeluaran anak ayam dan pengeluaran makanan ayam.
Jelasnya masalah berlaku apabila keseluruhan rantaian nilai industri berkenaan tidak dirancang dan dibangunkan secara bersepadu, sedangkan industri ayam memerlukan integrasi bagi membolehkan sesebuah syarikat bersaing dengan pemain besar.
"Ini adalah isu legasi. Ada (anak syarikat) yang kita tidak boleh selamatkan. Jadi kita terpaksa potong dan tutup, manakala yang masih boleh diselamatkan kita cuba perbaiki.
"Seperti perniagaan ayam, kita buat (operasi) secara berpecah-pecah, kilang memproses ayam di Pulau Pinang, tempat anak ayam di Kota Tinggi dan komponen lain di tempat berbeza, bagaimana hendak bertahan?" katanya.
Beliau berkata, sepatutnya semua operasi berkenaan berada dalam satu kompleks yang bersepadu dan mampu berdikari dari segi baka, anak ayam dan makanan ayam.
Bagaimanapun, katanya NAFAS hanya terbabit sedikit dalam setiap komponen itu.
"Akhirnya selepas beberapa tahun pelaksanaan, NAFAS menanggung kerugian hampir ratusan juta ringgit," katanya.
Beliau berkata, baki enam anak syarikat NAFAS yang dikekalkan ketika ini adalah perniagaan teras.
"Ia adalah empat berkaitan baja, racun dan input pertanian, manakala dua lagi berkaitan industri sawit," katanya.
Mengulas langkah menutup sembilan anak syarikat NAFAS, Muhammad Faris berkata langkah itu bukan semata-mata mengecilkan operasi, sebaliknya bertujuan memastikan sumber dan modal NAFAS benar-benar memberi nilai kepada ahli peladang, pesawah dan kerajaan.
Katanya tumpuan kepada perniagaan input pertanian adalah langkah penting bagi memastikan kecekapan penyampaian dan pengagihan input pertanian bersubsidi kepada lebih 200,000 pesawah di seluruh negara.
"Kalau kita lihat dari sudut perniagaan, input pertanian menyumbang lebih 95 peratus kepada pendapatan NAFAS. Sebab itu kita fokus kepada bidang ini.
"Kita mahu membantu pesawah yang juga ahli peladang dan pada masa sama membantu kerajaan menyediakan penyampaian serta pengagihan input pertanian bersubsidi dengan lebih berkesan," katanya.

No comments:
Post a Comment