Pelarian Rohingya Miliki Kad UNHCR Tetap Tertakluk Kepada Undang-Undang Negara

 


JIM berkata, mereka boleh diambil tindakan seperti pendatang asing tanpa izin (PATI) sekiranya melakukan kesalahan lain, termasuk bekerja tanpa pas atau permit yang sah. Foto Ezairi Shamsudin

KUALA LUMPUR, 7 Sep – Pelarian yang memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCHR) sah tetap tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Jabatan Imigresen (Imigresen) dalam satu kenyataan menegaskan, mereka boleh diambil tindakan seperti pendatang asing tanpa izin (PATI) sekiranya melakukan kesalahan lain, termasuk bekerja tanpa pas atau permit yang sah.

“Majikan yang menggaji pelarian pemegang kad UNHCR tanpa kebenaran juga boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang,” katanya, hari ini.

Kenyataan media Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang dikeluarkan pada 7 September 2026. Foto JIM

Sehubungan itu, Imigresen menafikan ada mengeluarkan kenyataan warga Rohingya yang memiliki kad UNCHR tidak dianggap PATI.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, dilaporkan berkata, warga Rohingya tanpa dokumen sah tetap dikategorikan sebagai PATI mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Beliau berkata, pengecualian hanya membabitkan dua kesalahan di bawah Akta Imigresen, iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah serta kesalahan tinggal lebih masa.

Kenyataan media Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang dikeluarkan pada 7 September 2026. Foto JIM

Bagaimanapun, katanya, ia bukan bermaksud pemegang kad UNHCR dikecualikan daripada pematuhan terhadap peruntukan lain di bawah Akta Imigresen.

Kenyataan Imigresen itu menyatakan komitmen agensi berkenaan melaksanakan tanggungjawab penguatkuasaan secara tegas berlandaskan undang-undang serta dasar yang ditetapkan kerajaan.





No comments: