Kerajaan MADANI Teliti Cadangan Peruntuk RM280 Juta Bagi Program Tanam Semula Sawit – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perjumpaan Bulanan Kementerian Perladangan dan Komoditi di Putrajaya pada 8 September 2026.

PUTRAJAYA, 8 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara cadangan utama yang diteliti Kerajaan MADANI dalam merangka Belanjawan 2027 bagi memperkukuh sektor agrikomoditi negara ialah memperuntukkan sebanyak RM280.03 juta menerusi Program Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 2.0.

Perdana Menteri berkata, cadangan itu sebahagian daripada beberapa inisiatif utama bagi memastikan sektor agrikomoditi terus menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi, selain meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan memperkukuh daya tahan sektor berkenaan.

Keupayaan pengeluaran hasil optimum pekebun kecil antara tumpuan utama kerajaan dalam memastikan kelangsungan sektor berkenaan selain melindungi kepentingan mereka.

Kerajaan turut mencadangkan peruntukan RM100 juta bagi Projek Jalan Ladang Pekebun Kecil Persendirian (JLPK), selain RM28.57 juta untuk Tabung Bencana dan Kawalan Penyakit Sektor Agrikomoditi.

Katanya, kerajaan turut mencadangkan peruntukan RM100 juta bagi Projek Jalan Ladang Pekebun Kecil Persendirian (JLPK), selain RM28.57 juta untuk Tabung Bencana dan Kawalan Penyakit Sektor Agrikomoditi.

“Bagi memastikan sektor agrikomoditi terus menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta memperkukuh daya tahan sektor, Kerajaan MADANI merangka beberapa inisiatif utama.

“Jadi ada beberapa hal lain yang saya umumkan sedikit mengenai pemerkasaan usahawan hiliran, sektor komoditi dengan menunjukkan ini tambahan beberapa perkara yang kita sedang kaji dalam inisiatif utama di bawah Belanjawan 2027,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.





No comments: