Polis siasat dakwaan Hadi Awang pernah ditawar AS jatuhkan kerajaan BN pada 2014

 


Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung laporan polis yang mendakwa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, pernah ditawarkan kerjasama oleh Amerika Syarikat (AS) untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2014.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M Kumar berkata, rakaman percakapan Abdul Hadi akan diambil dalam tempoh terdekat bagi melengkapkan siasatan.

“Setakat ini sebanyak 12 laporan polis telah diterima mengenai isu ini dan seramai 12 ora

Kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan berhubung kenyataan yang boleh menyebabkan kegusaran awam, manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

“Masyarakat turut digesa untuk menggunakan platform media sosial secara berhemah dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya.



No comments: