Sebuah helikopter membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Long Lellang STOLport di Marudi, Sarawak hari ini.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan, helikopter jenis BO-105 dengan nombor pendaftaran 9M-LLF itu sedang menjalankan penerbangan Perkhidmatan Doktor Udara ketika kejadian.
Menurut kenyataan dikeluarkan, CAAM menerima makluman berhubung kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan (Flight Information Service) pada jam 3.58 petang.
“Helikopter itu sedang menjalankan penerbangan Perkhidmatan Doktor Udara dengan lima individu berada di dalamnya termasuk juruterbang,” menurut kenyataan itu hari ini.
CAAM berkata, Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah Kementerian Pengangkutan akan menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.
Untuk rekod, Long Lellang STOLport terletak di kawasan Tanah Tinggi Kelabit iaitu di timur laut dari ibu negeri Kuching.
STOLport (Landasan Pendek) biasanya dihubungkan melalui perkhidmatan udara luar bandar.
No comments:
Post a Comment