TUMBANG KHIANAT KITA MASIH BERSANGKA BAIK

 



PRU Negeri Sembilan: PM Anwar Jamin Kerjasama Dengan Kerajaan Negeri Baharu



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada rakyat Negeri Sembilan yang menjalankan tanggungjawab pada 1 Ogos 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas mandat diberikan rakyat untuk membentuk kerajaan Negeri Sembilan yang baharu.

Menerusi hantaran di media sosial hari ini, Anwar turut memberi jaminan Kerajaan Persekutuan akan terus memberikan sokongan dan kerjasama kepada kerajaan negeri demi menjamin kesejahteraan serta kemakmuran rakyat Negeri Sembilan.

Anwar berkata, penghargaan setinggi-tingginya wajar diberikan kepada semua pengundi yang bersungguh-sungguh menunaikan tanggungjawab dalam proses demokrasi yang baru selesai.

“Penghargaan juga kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan yang telah memberikan kepercayaan kepada Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar selama lapan tahun.

“Alhamdulillah, sepanjang tempoh tersebut, PH telah meninggalkan legasi pentadbiran yang cemerlang berteraskan tatakelola baik, kestabilan serta pembangunan yang memanfaatkan rakyat,” katanya.

Beliau berharap legasi pentadbiran itu dapat terus diperkukuh demi memastikan kemajuan Negeri Sembilan dapat diteruskan.

“Kerajaan Persekutuan akan terus memberi dukungan dan kerjasama kepada Kerajaan Negeri Sembilan yang baharu demi kesejahteraan serta kemakmuran negeri dan rakyat keseluruhannya,” katanya.



No comments: