LEPAS NI KITA NAK TENGOK PERSOALAN YANG DIKEMUKAN OLEH CHE NIN....APA YANG RAKYAT MARAH PADA PH?



Che Nin



1. Perkara pokok yang Anwar Ibrahim kena terima ialah rakyat yang majoriti Melayu ni memang dah menyampah pada PH. Kalau 2022 dulu melayu yang menyampah pada PH sekitar 60-70%.Sekarang ni dah naik kepada 80-90%.Maknanya 20 % je melayu yang akan sokong PH.


2. Ditambah pulak Cina yang dulu 80-90 % sokong PH sekarang merosot kepada 50-60% je. Kenapa turun? Sebab banyak benda yang dibuat menyusahkan peniaga Cina yang ramai. Tau ke tak yang e-invois tu peniaga cina tak suka??? Dah orang tak suka dok buat jugak buat apa?


3.Dah tentu mangkuk mangkuk pengampu penjilat takkan terima hakikat ni. Kononnya kajian A menunjukkan itu dan kajian B menunjukkan ini. Semua hasil kajian indah indah belaka. Tapi inilah yang berlaku di ground. Boleh pick up sesiapa sahaja dan tanya adakah mereka sokong PH. Jawapan ya dah tentu tidak.


4. Penjawat awam yang bekerja boleh di katakan 80% sokong BN dan PN. Alasannya mudah. Kerajaan sekarang terkenal dengan alasan takde duit. Bajet disekat itu dan ini. Ada ke munasabah bagi peruntukan ciput tapi nak hasil yang gah. Karut. Perjawatan baru pulak tak ditambah. Umumlah tambah jawatan ape pun tapi sudahnya takde kelulusan dari JPA dan MOF. Sendiri umum tapi sendiri sekat. Jawatan kenaikan pangkat dah berapa lama JPA tolak. Ingat penjawat awam redha macam tu je???Tak payah la jual sangat pasal SSPA tu. Jual pasal kenaikan gaji. Takde kesan pun sebab kos sara hidup meningkat.


5. Isu harga minyak pun jadi isu ampuh untuk memampuskan PH. Rakyat tak terima ayat kata harga minyak paling murah tapi subsidi sampai 200 liter je. Elok dulu 300 liter, bangang mana yang suggest turun ke 200? Isu ni bangkut tiap tiap bulan sebab rakyat habis kuota 200 liter. Tapi si bebal Amir Hamzah tu kata tak ramai yang guna lebih 200 liter.


6. Harga tol sama je start jadi pembangkang sampai jadi PM. Mana tol yang mansuh? Dah la tak mansuh jadi penyebab jem pulak. Ingat rakyat tak marah?? Tu tol gombak yg jadi penyebab jem tiap kali cuti bila nak mansuh kan? Kalau kebulur sangat nak kutip tol, pegi kutip kat Bentong nun. Robohkan tol gombak tu dan combine je harga tol gombak ngan Bentong sekali. Tak payah susahkan orang dalam KL ni nak bersesak dengan orang masuk ke karak highway. Benda macam tu pun tak boleh buat?


7. Pasal perumahan rakyat yang tak nampak effort dari kerajaan nak bantu. Berapa projek yang kerajaan ni buat untuk rakyat dapat rumah yang murah? Kalau harga 400K sampai 500K siapa yang mampu? Tokey? Manipulasi harga oleh orang tengah dan agen yang berlaku selama ni, apa intervensi kerajaan??


8. Kos sara hidup ni orang dah muak bercakap. Rakyat macam dah immune tapi dalam hati membengkak marah. Walaupun KPKM bawah Abg Mat boleh di katakan perform tapi harga barang lain tu apa tindakan??contoh mudah macam kicap kipas undang yang dulu harga rm7 dah jadi rm10. Harga makanan dan minuman apa mekanisma kawalan?? , kalau dulu minum pagi sekadar RM5 sekarang dah cecah RM 9.


9. Soal kesihatan pun makin hancur sekarang ni. Semua orang yang pergi hospital sekarang ni akan menunggu lama. Takde satu orang pun dalam negara ni kata, cepat dia dapat rawatan di Hospital atau klinik. Semua akan kata lama. Sebab tu sispaa hospital banyak. Puncanya sebab Doktor kurang, Jururawat kurang, MA kurang, Radiographer kurang, Fisio kurang.Bila di lapor masa menunggu lama, kerajaan buat umum hospital dan klinik baru. Sedangkan jawatan yang kurang tu tak ditambah. Bila nak operasi klinik atau hospital baru tu tarik dari kakitangan sedia ada yang memang tak cukup tu. Kalau tak bebal tu apa namanya??? Tu belum pegi pada kualiti ubat ubat lagi. Kalau dulu makan 2 bijik panadol berjurai peluh keluar dan demam baik. Sekarang ni makan sepapan pun demam tak kebah lagi.


10. Janji lain buat lain. PTPTN ape cite? Reform ape cite? Yang dulu di kata penyamun, sakau tu lepas ape cite? Banyak la kalau nak tulis satu persatu janji tapi yang orang marah ya bila dulu bersungguh kritik, bila jadi kerajaan dok sama je bahkan kadang lagi teruk dari BN. Tu yang keluar ejekan hancing tu. Aku tak pernah sebut hancing tu tapi tak lama lagi aku akan sebut HANJING.


11. Muka muka pimpinan dalam PH dah tak boleh pakai dah.. Muka ni dah di rosak masa PH Mahathir dulu. Mahathir dah bunuh karakter pemimpin PH sebermula lantikan menteri lagi. Itu yang melarat kebencian tu sampai sekarang. Pimpinan muda pulak semua lebih lajak dari laju. Tiada kawalan dan disiplin yang tambah menjengkelkan di mata orang Melayu.





No comments: