Fjor.
Muka DAP ke yang korang marah sangat. Tengok betul², sikit² DAP DAP DAP. Ni semua muka M.
Satu demi satu skandal buruk kini mula terbongkar dengan izin Allah.
Semua skandal ini berlaku di zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) sewaktu mereka menguasai majoriti dua pertiga. Ketika itu, jawatan Perdana Menteri, Menteri, dan Pengerusi GLC semuanya dipegang oleh pemimpin BN, terutamanya daripada UMNO.
Peluang untuk menyeleweng, menyalahgunakan kuasa, dan mungkir amanah sangat terbuka luas buat mereka. Tambahan pula, mereka mendapat sokongan padu daripada ahli akar umbi dan pengundi tegar yang tetap setia mengundi parti tersebut secara membuta tuli setiap kali pilihan raya.
Inilah hakikat dan realiti yang sebenar.
Pendedahan laporan RCI Tabung Haji ini ibarat "hadiah" di sebalik kemenangan besar BN dalam PRN Johor. Kemenangan majoriti dua pertiga itu juga terus digunakan oleh Menteri Besar Johor untuk melantik 10 Timbalan EXCO secara serta-merta tanpa perlu dibahas di DUN Johor.
Itulah sifat sebenar kerajaan BN yang kerap bersikap sombong dan angkuh apabila memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga.
Sebut sahaja apa-apa skandal yang pernah berlaku, pasti pemimpin BN—terutamanya UMNO—ialah dalang di sebaliknya.



No comments:
Post a Comment