Macam macam suara dan pendapat yang keluar bila dah kalah ni.. itu lah.. ini lah.. yelah, pendapat masing masing.
Sebelum hari penamaan calon PRN Negeri sembilan tempoh hari, saya dah turun kesana selama 3 hari. Ada program yang saya kena hadiri.
Tapi bila masa lapang, saya akan keluar pergi jalan jalan sekeling negeri sembilan ni. Saya jumpa, berbual dengan orang tempatan dan minta pandangan mengenai isu semasa . Orang tak kenal saya dan saya pun datang dengan pakaian biasa bukan baju parti. Maka perbualan tu jadi lebih santai dan mesra.
Macam di penulisan saya pada 20 julai tempoh hari, saya dah gariskan keluhan hati rakyat yang sempat saya temui dan saya yakin itulah suara hati rakyat keseluruhan sekarang ni.
Sebenarnya..banyak dasar yang kerajaan lakukan tetapi tidak dapat diterima dengan baik oleh rakyat marhaen.
Macam dalam penulisan saya tu, DAP sebenarnya bukan isu utama tetapi dasar yang kerajaan lakukan dilihat tidak mesra rakyat
Tapi tulah..
Dalam penulisan saya tu, ramai juga yang hentam saya.. pada mereka.. " rakyat tak kisah la semua tu.. kami senang ja.." bila saya skodeng profile yang cakap macam tu mereka ni bukan lah rakyat B40 tapi upper M40 atau T20. Mereka tak rasa penat jerih rakyat bawahan.
Ada yang kata saya tak faham langkah ekonomi kerajaan.. pulakkk.. saya ni kalau nak terang semua dasar kerajaan pun saya boleh buat. Bukan setakat faham.. terlebih faham dah.
Malah ada yang kata tu semua rungutan saya, siap tanya saya kenapa saya susah?

Saya menulis berdasarkan hasil tinjauan saya sendiri ke lapangan. Bukan saya yang komplen tu.
Isi kuota petrol diesel, isu kenaikan bil letrik, LHDN yang semakin menekan nekan, e- invoice ( ni kaum cina ramai komplen isu ni), harga barangan, isu perumahan tak mampu milik. Macam macam la.. semua tu saya ada tulis hari tu.
Mereka bukan tak faham isu hutang negara, isu perang asia barat.. tapi pada mereka yang utama adalah periuk nasi mereka dan kehidupan mereka.
Ya ekonomi negara memang cantik, RM mengukuh, pelaburan makin banyak masuk.. tapi mereka tak rasa semua tu. Mereka nak langkah pembelaan kerajaan yang boleh mereka terus rasa.
Kita selalu bercerita.. rakyat kita bagi STR, kita bagi SARA dan macam macam bantuan. Tapi realitinya bantuan tu bukan semua orang dapat.. dah yang paking teruk tertekan sekarang ni adalah golongan lower dan middle M40.
Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang.. ya saya faham tu. Tapi kalau ramai yang tak puas hati.. tu yang akan jadi masalah pada kerajaan untuk kekal berkuasa.
Tapi tulah .
Beban kerajaan juga bukan satu isu yang kecil.
Tahun ini pendapatan negara bagi tempoh Jan-jun2026 telah mencecah RM165bilion tapi perbelanjaan dah mencecah RM210billion. Tu termasuk kos subsidi petrol dan diesel yang kerajaan tanggung.
Maknanya untuk tempoh 6bulan , kita dah defisit sebanyak RM44.93 bilion.
Untuk subsidi petrol/diesel dah cecah RM15bilion setakat 6 bulan pertama ni sahaja. Ianya melonjak apabila perang di Asia barat meletus.
Kalau subsidi diteruskan kepada semua, defisit akan terus membesar. Kalau subsidi disasarkan, ramai pula yang terasa terbeban. Kalau cukai tidak ditambah, hasil kerajaan tidak cukup. Kalau cukai diperluaskan, rakyat pula marah.
Hakikatnya, tiada keputusan yang benar-benar popular dan inilah dilemma yang dihadapi kerajaan hari ini.
Sebab itu saya selalu kata, jangan hanya melihat sesuatu dasar dari sudut ekonomi semata-mata. Politik juga ada realitinya sendiri. Dasar yang baik di atas kertas belum tentu diterima baik oleh rakyat jika kesannya terus dirasai dalam kehidupan harian mereka.
Sebab akhirnya, rakyat tidak mengundi berdasarkan graf pertumbuhan KDNK atau jumlah pelaburan yang masuk. Mereka mengundi berdasarkan apa yang mereka rasa ketika mengisi minyak, membayar bil elektrik, membeli barang dapur dan menyara keluarga.
Saya berharap DS Anwar Ibrahim mungkin boleh buat sedikit adjustment dalam perancangan beliau untuk setahun ini.
Mungkin dimulakan dengan menaikkan kuota Ron95 kepada 300 liter semula.
No comments:
Post a Comment